35 KRISMAWAN DAN KRISMAWATI MENERIMA SAKRAMEN KRISMA

KENINGAU :  Pada 10 Jun 2018, seramai 35 orang calon telah menerima Sakramen Krisma di sebuah gereja stesen luar Paroki KSFX, Gereja St. Yohanes Penginjil Panui. Perayaan Misa disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong.

Seramai lebih kurang 300 orang yang datang merayakan perayaan ini. Calon-calon penerima Sakramen Krisma ini terdiri daripada umat sekitar naungan Zon Magatang.

Dalam homili, Uskup menyeru kepada umat khasnya kepada Krismawan dan Krismawati agar sentiasa memohon bimbingan Roh Kudus. Kerana Roh Kudus penting dalam perjalanan iman, kerana Ia sentiasa akan mengingatkan kepada ajaran-ajaran Yesus.

Uskup juga mengucapkan kesyukuran dan terima kasih khasnya kepada Katekis Pembimbing dan juga keluarga calon kerana telah membimbing para calon sehingga dapat menerima Sakramen Krisma. Beliau berharap krismawan dan krismawatimenerima Sakramen Krisma bukan kerana terpaksa melainkan sukacita daripada Tuhan dan sentiasa berdoa memohon Roh Kudus kerana penting dalam perjalanan iman terutamanya kepada yang baru menerima Sakramen Krisma.

Seusai perayaan Misa, jamuan kesyukuran sempena penerimaan sakramen Krisma dan Pesta Kaamatan Peingkat KUK Panui diadakan di Dewan Terbuka KUK Panui. Pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya adalah cabutan tiket bertuah, persembahan pentas, pertandingan masakan tradisi dan pertandingan Sugandoi belia dan kanak-kanak. 

Leave a Reply