BANGGA DENGAN IDENTITI DAN MENJADI SAKSI YESUS AGAR DESTINASI HIDUP TERJAMIN

KENINGAU :  “Perayaan Paskah bukanlah setakat mengenang sejarah kebangkitan Yesus, tapi kaitkan juga dengan kehidupan peribadi masing-masing,” Ujar Uskup dalam Perayaan Paskah yang diadakan di Pusat Keluarga Kudus Nulu Sosopon.

Setelah berpuasa selama 40 hari, diakhiri dengan perayaan besar Hari Minggu Paskah. Disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong, kemuncak Minggu Suci diakhiri dengan perayaan Hari Minggu Paskah. Umat juga berpeluang untuk memperbaharui Janji Baptis Suci.

 “Selaku umat yang percaya dan yakin bahawanya Yesus ada bersama kita kerana Dia hidup. Tiga perkara yang perlu dibanggakan dan disyukuri iaitu berbanggalah dengan identiti, siapa kita iaitu melalui pembaptisan kita sudah menjadi milikNya dan mahu mengikuti Dia. Kita juga haruslah bersaksi bagi Yesus, identiti menjadi sia-sia kalau kita tidak menjadi garam iaitu dengan menyebarkan berita dan bukti mengenai Yesus bahawa Dia benar-benar hidup. Bawa orang lain, keluarga mahupun komuniti mengenal Tuhan.Yang terakhir, seperti Yesus yang wafat dan bangkit semula, destinasi bagi mereka yang percaya adalah di rumah Bapa di syurga,” demikianlah homili daripada Uskup.