BANGGA DENGAN IDENTITI DAN MENJADI SAKSI YESUS AGAR DESTINASI HIDUP TERJAMIN

KENINGAU :  “Perayaan Paskah bukanlah setakat mengenang sejarah kebangkitan Yesus, tapi kaitkan juga dengan kehidupan peribadi masing-masing,” Ujar Uskup dalam Perayaan Paskah yang diadakan di Pusat Keluarga Kudus Nulu Sosopon.

Setelah berpuasa selama 40 hari, diakhiri dengan perayaan besar Hari Minggu Paskah. Disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong, kemuncak Minggu Suci diakhiri dengan perayaan Hari Minggu Paskah. Umat juga berpeluang untuk memperbaharui Janji Baptis Suci.

Continue reading

KHAMIS PUTIH: Malam Perjamuan Terakhir

KENINGAU : Minggu Suci merupakan hari memperingati minggu terakhir kebangkitan Yesus dari kewafatanNya di kayu salib. Tridum sempena sambutan paskah bermula pada perayaan Khamis Putih. Tridum ini merupkan tiga hari sebelum perayaan Paskah dan perkara penting khasnya umat Katolik seluruh dunia.

Perayaan yang disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong ini diadakan di Dataran Keuskupan Keningau dihadiri lebih 6000 orang umat dari sekitar Paroki Keningau.

Continue reading

100 BUAH KERUSI DIDERMAKAN

100 buah kerusi didermakan  oleh Mr.Chin Nyuk Cheong dan Bro Donny Jailis untuk gereja stesen luar Paroki KSFX terutamanya gereja di Lumiri dan sekitarnya. Kerusi ini diterima oleh Rev. Fr Rudolf dan disaksikan oleh Romo Yohanes pada 9 Disember lalu.

WhatsApp Image 2017-12-11 at 10.29.39 AM

WhatsApp Image 2017-12-11 at 10.29.53 AM

WhatsApp Image 2017-12-11 at 10.29.51 AM

HARI PENAUNG GEREJA ST. MATIUS KG. KOROLOK, KEMABONG

Hari penaung (KEMABONG)
 
Pada 24 September 2017, sambutan Hari Santo Penaung bagi Gereja St. Matius telah diadakan buat pertama kalinya. Disempurnakan oleh Rev. Fr. David Mamat. Gereja yang baru dibina 3 minggu lepas itu boleh memuatkan seramai 50 orang.    Kg. Korolok adalah umat baru di daerah Kemabong yang baru disenaraikan. Penduduk seramai 30 keluarga, jauh dari kawasan Pedalaman di Zon Rundum.   Kini mereka sudah memiliki Gereja sementara yang diperbuat dari bahan asas semula jadi iaitu kayu dan buluh.