387 views

KESATUAN BELIA DIBENTUK MELALUI SUKAN SOLIDARITI

FacebookTwitterWhatsApp

Sukan BeliaKENINGAU: Pada 16 September 2017, Kerasulan Belia Katolik (KBK) di bawah naungan Paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) berjaya menjayakan sukan belia peringkat Paroki. Sukan ini diadakan setiap tahun dengan  Zon Minawo sebagai tuan rumah. Sukan ini bertempat di padang Kg. Minawo Laut. Sesi ucapan perasmian ringkas yang disampaikan oleh Pengerusi Belia Paroki iaitu saudara Tony Jauseh sebelum memulakan acara padang sekitar jam 9.30 pagi.

IMG_20170916_105630 (1)

     Antara acara sukaneka yang dipertandingkan adalah Walking Bata, Rampanau, Kacang tersembunyi, Getah Mesra, Baling Belon, Span Bocor, Si Cacat & Si Buta, Larian Sejoli dan sukaneka 6 stesen iaitu Kopi Panas, Keropok, Pisang, Maggi, Roti Paun dan Aiskrim Cumi. Sukaneka kali ini telah disertai daripada Zon Menawo, Zon Liau, Zon Magatang, Zon Panagatan, Zon Biah, Zon Apin-Apin, Zon Toboh Laut dan Zon Bingkor.  

       Juara Sukan Belia sekali lagi diraih oleh Zon Toboh Laut buat kali ketiga berturut-turut selama 3 tahun. Tempat kedua diungguli oleh  Zon Apin-Apin seterusya ketiga daripada Tim Belia KSFX. 

       Kemeriahan dan kesatuan belia dapat dilihat menerusi penyertaan dalam setiap acara sukaneka. Penglibatan daripada ibu-bapa turut memeriahkan lagi program ini dengan memperlihatkan satu bentuk pelayanan iaitu nilai kerjasama, komitmen, tanggungjawab serta saling menyokong antara satu sama lain.

      Pengerusi Zon Minawo, En. Kenneth Mahinggil berkata dalam sesi penutupan Sukan Belia Paroki melalui penganjuran sukan belia peringkat paroki KSFX ini, mewujudkan satu kesatuan antara semua umat khususnya belia yang bakal menjadi pemimpin serta pewaris kepimpinan dalam gereja mahupun dalam lingkungan komuniti bersama. Aktiviti seperti ini juga telah memecahkan jurang perbezaan dalam diri setiap umat khususnya bagi semua Zon di bawah naungan KSFX dengan membina satu ikatan pelayanan kepada Tuhan sesama dan saling bersatu untuk terus membentuk iman dan komuniti yang melayani di ladang Tuhan yang luas.- Walter Tadius

     

 

LE TALENTA NIGHT: 110 ORANG BELIA ST. PATRICK MEMBAKUT TERLIBAT

FacebookTwitterWhatsApp

Membakut : Le Talenta Night peringkat paroki Membakut telah diadakan. 6 kumpulan koir yang melibatkan 110 orang belia naungan paroki St. Patrick Mambakut telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan pada 19 Ogos 2017 bertempat di Dewan St.Patrick. Dimeriahkan lagi dengan kehadiran umat yang datang memberikan sokongan.

FB_IMG_1503541603757

FB_IMG_1503541615987

FB_IMG_1503541622938

FB_IMG_1503541597408

FB_IMG_1503541534328Le Talenta Night merupakan satu pertandingan koir anjuran Kerasulan Belia Katolik (KBK) St. Patrick. Dimana bakat penciptaan lirik dan melodi lagu dipertandingkan. Kumpulan koir ini diadili dari segi tempo yang diadili oleh saudara Becker Ray Benedict, dari paroki St. Peter Bundu Kuala Penyu, vokal diadili oleh saudari Diana Aegidius dari paroki St.Valentine Beaufort dan persembahan diadili oleh saudari Joanne Maria Koijin dari paroki St.Yohanes Sipitang. Pengadil-pengadil jemputan ini merupakan orang-orang yang berpengalaman luas dalam pengadilan koir dan pertandingan nyanyian.

FB_IMG_1503541577854

FB_IMG_1503538156954

FB_IMG_1503538193593

Terdapat 2 kategori dalam penciptaan lirik dan melodi lagu. Lirik lagu yang bertemakan pra paska dan bertemakan sambutan Jubli Perak Keuskupan Keningau 2018. Penciptaan lagu ini diadili sendiri oleh Rev. Fr. Ronnie Luni, paderi penguasa paroki St.Patrick Membakut.

Disamping beliau merasmikan pertandingan, beliau berpesan dan berharap agar golongan belia menggunakan bakat yang ada sebaik-baiknya. Menurut beliau, anjuran Le Talenta Night adalah satu platform yang baik untuk para belia melibatkan diri dalam pelayanan Tuhan melalui bakat seni yang mereka miliki.FB_IMG_1503538221407

FB_IMG_1503541585382

Kumpulan koir yang menggabungkan empat KKD berjaya menewaskan 5 lagi kumpulan koir untuk dinobatkan sebagai Johan Le Talenta Night Paroki St.Patrick Membakut 2017. Paduan suara belia-belia gabungan KKD St.Monica Bawan, KKD St.Martha Takapan, KKD Ganah, KKD St.Edward Ambinahaton/Kabuluan ternyata telah berjaya menarik perhatian para pengadil dan juga penonton yang hadir. Kemenangan tersebut lebih manis lagi apabila salah seorang ahli kumpulan tersebut Loreta Deborah menyapu bersih dua hadiah iaitu Lirik Terbaik Tema Pra-Paska dan Tema Jubli Perak. Pemenang ini akan mewakili paroki St.Patrick ke Pesta Koir Keuskupan Keningau yang akan diadakan di Dewan Gereja St.Peter, Bundu, Kuala Penyu pada 13-15 Oktober 2017.FB_IMG_1503538015661

Kumpulan koir KBK St. Philip Sinoko pula membawa pulang dua hadiah iaitu sebagai naib johan dan juga Persembahan Terbaik. Kumpulan koir gabungan KKD St.John Of The Cross Bandau, KKD St. Thomas dan KKD Bunda Maria Limadang dan KKD Kristus Raja Tahak telah meraih tempat ketiga.

FB_IMG_1503541558996

Para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan koir belia veteran (CYC) dan juga persembahan tarian sumazau. Lebih daripada 30 cabutan tiket bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi pertandingan. Program pada malam tersebut selesai pada jam 10 malam dengan doa penutup yang dipimpin oleh Rev.Fr.Ronnie Luni. –KOMSOS St.Patrick Membakut

ANDA AKAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE MELAKA ATAU JOHOR?

FacebookTwitterWhatsApp

Pelayanan Belia dan Kampus Keuskupan                    Melaka-Johor sedia membantu anda!

aa     hhh

 

 

 

 

 

Multimedia University (MMU), Melaka

Hubungi : Shahriel D. B Aludah

Tel : 012-422 9434


University Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

University Teknologi Mara (UiTM), Bandaraya

University Teknologi Mara (UiTM), Lendu

University Teknologi Mara (UiTM), Jasin

Putra International Collede (PIC), Melaka

Hubungi : Teresa Senatia Anak Sabastian

Tel : 014-687 3932


University Teknologi Mara (UiTM), Segamat

Hubungi : Esther Angie Ahad

Tel : 014-5760552


 

University Tun Hussein Onn (UTHM), Pagoh

Hubungi : Yohannes Nyambong Anak Lowrance

Tel : 012-353 0796


 

University Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat

Hubungi : Exzreena Michael

Tel : 019-536 5896


 

University Teknologi Malaysia (UTM), Skudai

Hubungi : Rayvinshie A/L Selvadurai

Tel : 019-582 8001


 

EDUCITY

Multimedia University (Nusajaya)

Newcastle University Medicine Malaysia

Netherlands Maritime Institute of Technology

Reading University

Southampton University

Hubungi : Lavindren Luke A/L Panneerchelvam

Tel : 019-557 4787


 

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPKTI), Larkin

Hubungi : Brandon Liaw Ah Kim

Tel : 011-3187 5387


 

Kolej Sains Kesihatan Bersukutu (KSKB), Kempas

Hubungi : Edric Lorenz Lister

Tel : 016-881 4213


 

University Teknologi Mara (UiTM), Pasir Gudang

Hubungi : Eva Glenn Robert

Tel : 011-1417 2654


 

University Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC), Johor

Hubungi : Lorio L’wiey Anak Tawi

Tel : 012-857 2178


 

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Masai

Hubungi : Donacius

Tel : 012-840 9805


Jika kampus anda tidak tersenarai, atau untuk pertanyaan umum, sila hubungi secara terus Pelayanan Kampus Melaka-Johor :

Deacon Adrian Ng      : 016-222 1089

Daryl Tan Hock Ann  : 014-227 4785

Sister Shanti                 : 016-387 5040

 

Untuk pelayanan kampus di Keuskupan lain, sila hubungi :

Keuskupan Agung Kuala Lumpur (Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu)

Mernah Timun : 016-828 1039

 

Keuskupan Pulau Pinang (Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan)

Shereena Ho : 010-971 2217

HARI MINGGU ALKITAB 2017: ALKITAB DIGUNAKAN UNTUK PELAYANAN PASTORAL

FacebookTwitterWhatsApp

Alkitab digunakan untuk Pelayanan Pastoral

“Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah

dan Firman itu adalah Allah.” (Yoh 1:1)

Wahyu Ilahi sebagai Tuhan mewahyukan dirinya

Iman Katolik kita berdasarkan pada wahyu ilahi.  Sebelum Konsili Vatikan II, konsep “wahyu” adalah merujuk kepada senarai kebenaran yang mana memberi informasi tentang Tuhan.  Walau bagaimanapun di dalam Konsili Vatikan II pemahaman kita tentang wahyu berkembang menjadi Tuhan mewahyukan dirinya di dalam peribadi Yesus yang adalah Firman menjadi manusia.  Kristus, Friman yang kekal datang mewahyukan wajah Tuhan kepada manusia serta juga menjemput setiap orang masuk kedalam kesatuan intim di dalam kehidupan Tritunggal yang Mahakudus .

Sebenarnya, iman Kristiani muncul dari pertemuan dengan Kristus.  Apabila Yesus yang adalah Firman Allah berbicara, Dia menyerukan keterbukaan  dari para pendengar untuk memberi respon kepada-Nya dalam iman dengan memungkinkan Dia untuk mengubah arah hidupnya.  Sepertimana Emeritus Pope Benedict XVI menulis di dalam Deus Caritas Est,”Menjadi Kristian bukannya kesan dari pilihan etika atau idea luhur, tetapi suatu pertemuan secara peribadi, yang mana memberikan cakrawala baru, dan arah yang pasti”

Alkitab dan Umat Katolik pada masa kini

Pada masa kini, manusia cenderung mempunyai masa lapang yang sedikit atau tidak mempunyai masa dan ruang untuk hening, mereka terburu-buru untuk memenuhi ketepatan waktu tugasan yang diberi dan bertujuan untuk menjadi produktif.  Sebagai Umat Katolik,  kita juga dapat terjebak dalam kesibukan menyelesaikan sesuatu, bahkan di arena Gereja, sehingga kita lupa apa yang paling penting iaitu pertemuan dengan Kristus. Lebih mudah menjadikan diri kita sibuk dengan melakukan kegiatan amal dan tugasan organisasi di paroki-paroki dan mengabaikan untuk menanamkan sifat doa dengan Firman Tuhan.  Semakin kita menjadi tuli kepada Firman Tuhan, semakin besar bahaya iman kita hadapi menjadi basi dan kering.  Sepertimana yang dikatakan oleh Fr.Meehan , “Jangan bekerja keras untuk Tuhan sehingga anda lupa Allah yang siapa anda bekerja”.

Berdoa dan membaca Firman Allah  bukanlah suatu yang  menjadi kebiasaan di kalangan Katolik. Bahkan, banyak keluarga memiliki  Alkitab tetapi banyak menganggapnya hanya sebagai hiasan  di rumah mereka. Malah kebanyakan berpandangan  yang salah bahawa Alkitab  tidak ada tempat di dalam tradisi Katolik.

Bagi sebilangan umat Katolik , Firman Tuhan, tidak masuk akal untuk kehidupan mereka saat mereka mencari arah hidup, bergulat dengan penyakit dan usia, mengatasi rasa sakit dan kehilangan, dalam dunia pekerjaan untuk memenuhi keperluan dan sebagainya. Namun, mereka perlu menemukan jawapan yang ada di dalam Alkitab bahawa halaman dalam Alkitab  mengandungi jawapan untuk masalah dan pertanyaan-pertanyaan mereka. Allah berbicara kepada mereka melalui firman-Nya dan memimpin mereka untuk menemukan ketenangan dalam kehadiran-Nya ditengah-tengah pergolakkan hidup seharian.  Dengan itu mereka dapat bersedia memberikan kesaksian dan harapan kepada sesiapa sahaja yang meminta.

Ia juga menjadi pandangan umum di kalangan kaum muda bahawa Alkitab hanya sebagai buku yang mempunyai banyak ayat yang mengarahkan mereka apa yang Tuhan harapkan dari mereka.  Ramai juga yang mendapati Alkitab tidak memberi penjelasan secukupnya persoalan hidup yang rumit disekeliling mereka.  Oleh itu ramai orang muda yang sudah dewasa mendapati Alkitab tidak menarik dan tidak relevan unntuk kehidupan mereka dan melihatnya tidak ada keperluan untuk membacanya.  Apakah yang dapat dilakukan oleh Gereja supaya umat lebih dekat kepada Friman Tuhan?

Menjadikan Alkitab sebagai inspirasi dalam semua pelayanan pastoral

Peranan Gereja adalah untuk memudahkan dan mempromosikan relasi intim pertemuan antara Kristus dan Umat-Nya yang penuh rahmat melalui Firman-Nya.  Oleh itu amat penting bagi semua umat diberi galakkan untuk mendengar Firman Tuhan dengan penuh perhatian dan berdoa membaca Alkitab, supaya kehidupan beriman tidak pernah kehilangan kegairahan dan penuh semangat.

“Di sepanjang perjalanan Sinod ini ada panggilan untuk komitmen pastoral yang khusus untuk menekankan Firman Tuhan menjadi pusat dalam kehidupan Gereja dan ada rekomendasi yang kuat kepada “kerasulan alkitab”, bukannya terasing  dari semua bentuk pelayanan pastoral tetapi menjadikan Alkitab sebagai inspirasi kepada semua pelayanan pastoral.  Ini tidak bermaksud menambah mesyuarat di paroki-paroki atau keuskupan-keuskupan , tetapi menyelidiki aktiviti harian di dalam komuniti Kristiani, paroki, kerasulan dan komiti untuk melihat apakah mereka  ambil peduli untuk menggalakan pertemuan peribadi dengan Kristus yang memberi diri-Nya kepada kita dalam firman-Nya”.

Sebagai Umat Allah,  terdapat banyak segi bagi kita sebagai para katekis, religius, paderi, ibubapa, guru-guru dll dapat mengambil  komitmen untuk menjadikan Firman Tuhan pusat kehidupan kita serta juga dalam kehidupan Gereja, dan menggalakan transformasi kehidupan pertemuan peribadi dengan Kristus.

Untuk memulakan dan mempertahankan relasi peribadi ini, kita harus mengenali peranan utama mereka yang dipercayakan untuk mewartakan Firman Tuhan setiap hari.  Firman Tuhan adalah dasar kehidupan Gereja, umat perlu mendengar pewartaan yang sejati dari para pengkhutbah yang mana hidup mereka sendiri menjadi orang-orang yang berdoa dan menghidupi Firman itu dalam kehidupan mereka seharian.  Direktori Cara Memberi Khutbah yang diterbitkan oleh Kongregasi Penyembahan Ilahi dan Sakramen  menyatakan: “Khutbah yang disampaikan adalah dalam kontek doa dan ia harus dalam bentuk doa di dalam kontek doa.”    Oleh itu berkhutbah adalah tugasan yang kudus dimana para pengkhutbah bercakap dari dalam hati kepada para pendengar dan Kristus harus ada di dalam khutbah itu, hanya Kristus sahaja.  Para pengkhutbah harus menjadi orang-orang pendoa agar memberi tidak menjadi “tin kosong yang hanya berkhubah secara luaran namun dalamannya hidup kosong”.

Firman Tuhan menyentuh semua realiti  kehidupan

Paroki haruslah menjadi sebagai pusat di mana umat  dari pelbagai latarbelakang dapat berkumpul sebagai sebuah komuniti iman untuk mendengar dan mengaplikasikan Firman Tuhan dalam kehidupan mereka supaya dalam perjalanan kehidupan menjadi Kristian yang semakin sejati.  Para paderi dan umat disetiap paroki haurslah menjadi kreatif dalam menciptakan peluang supaya Alkitb dapat di dengarkan, didoakan dan dikongsikan.  Sering kali, teks Alkitab hanya digunakan sebagai alat bantu untuk pembelajaran dalam moral atau hanya sebagai alat untuk perbincangan bagi mengisi masa.  Para katekis, pemimpin belia, formator umat dll,  mempunyai tanggungjawab untuk menciptakan suasana di mana umat Katolik yang muda dan dewasa boleh memperkembangkan kemampuan untuk mendengar kepada Yesus dan secara peribadi mengalami kuasa firman-Nya yang membawa transformasi kepada hidup mereka.

Supaya Alkitab menjadi relevan kepada kehidupan umat, paroki-paroki haruslah memikirkan mengadakan pelayanan pastoral Alkitab yang menyediakan respon dari alkitab kepada persoalan hidup seperti penyakit, pertelingkahan perkauman, tiada keadilan, kematian, dsb supaya umat dapat mempunyai jawapan yang diterangi oleh firman Tuhan.  Ini juga merupakan pengalaman Sto.Augustine dimana hidupnya berubah apabila membenarkan firman Tuhan menggema dalam pergulatannnya menjadi murni  sewaktu berdoa di dalam sebuah taman, dia mendengar suara seorang anak yang berkata, “Tolle, lege!”(“Ambil dan baca!”)  Sto.Augustine mengambil alkitabnya dan membaca petikan pertama dan memandang tepat kepadanya.  Petikan itu adalah Roma 13:13 .  Petikan alkitab itu memberi maksud yang mendalam kepadanya yang mana hidupnya berubah setelah mengalami secara peribadi dengan Firman Tuhan.

Komuniti Katolik  dapat membantu mempromosi Alkitab melalui muzik nyanyian yang dicipta dari petikan alkitab, buku-buku komik atau seni lukisan dari orang-orang muda untuk lebih menghargai Firman Tuhan.  Adakan lebih banyak pelayanan di dalam pelayanan belia  berpusat hanya pada Alkitab di mana para remaja dan belia dapat bertemu Kristus yang hidup melalui doa dan perkongsian Firman.

Para ibubapa dan penanggung memainkan peranan penting dalam membentuk iman anak-anak dan remaja dengan memberi contoh dan menjadi orang dewasa yang hidup mereka berdasar dan berakar dalam firman Tuhan.  Bapa suci Francis ketika memberi khutbah kepada para ibubapa dan penanggung berkata, “setiap hari jadikan ia sebagai tabiat untuk membaca petikan dari Injil, membawa buku injil yang kecil di dalam beg supaya anda boleh  membacanya. Dan ini akan menjadikan contoh kepada anak-anak anda yang melihat ayah, ibu, penangung, datuk, nenek, makcik dan pakcik membaca firman Tuhan.”

Lektio Divina

Konsili Vatikan II menyatakan bahawa “Agar santapan sabda Allah dihidangkan secara lebih melimpah kepada Umat beriman, hendaklah khazanah harta Alkitab dibuka lebih luas” .  Rata-rata umat Katolik mendengar Firman Tuhan ketika menghadiri perayaan Misa.  Interaksi mereka dengan Firman Tuhan berkahir ketika mereka meninggalkan bangunan gereja dan kembali kepada rutin seharian mereka.  Oleh itu ada keperluan yang mendesak pada masa kini untuk “membawa kembali teks alkitab dari pinggiran menjadi pusat agar teks dihidupi secara mendalam dalam kehidupan Kristiani.”

Cara yang berkesan membawa Alkitab pada pusat kehidupan Kristiani ialah menggunakan keadah yang digelar sebagai Lektio Divina, yang mana ia adalah amalan tradisi monastik sejak abad ke 6.  Ia mengandungi 4 langkah: Baca, Renung, Kontemplasi dan Menghidupinya.  Lektio divina boleh digunakan mana-mana sahaja kelompok di dalam paroki.  Sebenarnya, ia adalah cara yang secara langsung  dapat disesuaikan untuk kanak-kanak dan kelompok belia di paroki-paroki.

Langkah pertama Lektio Divina ialah mendoakan dan membaca secara peribadi petikan Alkitab.  Ia mengambil teks Alkitab itu sehingga meresap di dalam hati seseorang itu dan membuka dirinya untuk berdialog dengan Yesus.  Langkah kedua dalam Lektio Divina ialah merenungi Firman Tuhan dan seseorang itu menetap pada perkataan, frasa atau petikan itu.  Apabila seseorang itu mula merenungkan pada Firman itu dia akan secara perlahan-lahan dibawa dari perkara-perkara dalam fikiran kedalam perkara-perkara hatinya.  Dari hatinya seseorang itu mulai kontemplasi dan menikmati kehadiran Tuhan dalam keheningan tanpa apa-apa perkataan.  Dari berdoa, membaca, merenungi dan kontemplasi Firman itu, seseorang akan dibawa menjadi “pelaku Firman” .  Firman Tuhan berbuah apabila seseorang itu mulai menghidupinya dan menjadikannya sebagai karunia untuk orang lain.  Sepertimana yang dikatakan oleh Bapa Suci Francis, “kehidupan Kristiani adalah: mendengar kepada firman Tuhan dan mengamalkannya.”

Penutup

Pada Hari Minggu Alkitab ini, marilah kita dengan rendah hati memberi kesyukuran kepada Tuhan atas karunia Firman-Nya yang tidak dapat dinilaikan.  Kristus tidak pernah keletihan untuk berbicara dengan setiap kita dan senantiasa mengobarkan jiwa kita dengan api kasih-Nya.  Semoga kita senantiasa bersemangat untuk disegarkan dengan Firman agar  kita menjadi murid-murid Firman yang menjadi manusia, Tuhan dan Allah kita.

Soalan-soalan renungan:

1)  Sebagai umat Katolik, apakah kita bersukacita didalam Alkitab sebagai khazanah rohani kita?

2)  Apakah Firman Tuhan memberikan penyegaran untuk iman kita setiap hari?

Oleh Sr Sandra Seow, FMVD