KEM BELIA ZON MINAWO KE-2 TAHUN 2017

Keningau, Sabah – Komiti Belia Katolik Zon Minawo telah mengadakan Kem Belia peringkat Zon Minawo pada 2 hingga 3 Jun 2017, bertempat di KUK St.Yohanes Rasul, Bomboi, Keningau. Tema bagi kem ini ialah “Ikutilah Aku” (Yoh:21:15-19).

belia dgn baner

Sepanjang kem ini, terdapat beberapa sesi ceramah dan aktiviti kerohanian  yang diadakan. Terdapat dua sesi ceramah yang diadakan pada hari yang pertama iaitu sesi yang berkaitan tentang peranan dan tugas belia di dalam dan luar Gereja. Sesi-sesi ini dikendalikan oleh Saudara Ronnie Alfred dan Saudara Patrick Marius.

Pada hari yang seterusnya, sesi yang berikutnya disampaikan oleh Kat. Severinus, bertajuk “Memahami Firman Allah”. Sesi yang terakhir, dengan tajuk “Cabaran Belia Pada Masa Kini” disampaikan oleh Saudara Freddy Hendrikus.

Pada malam 2 Jun, peserta kem yang berjumlah seramai 90 orang dibawa dalam sesi refleksi. Dalam sesi refleksi ini para peserta diberi kesempatan untuk merenungkan kehidupan mereka bersama Yesus. Selain itu, beberapa indoor games juga telah diadakan dan para peserta kelihatan gembira dengan semua aktiviti yang telah mereka ikuti.

ungun apaiii

Melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam kem ini, para peserta dapat lebih mendalami iman mereka terhadap Yesus Kristus dan lebih mengetahui peranan mereka sebagai belia Katolik. Di samping itu para peserta juga dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara belia dalam Zon Minawo. Secara keseluruhannya, pelaksanaan aktiviti seperti ini dapat membantu perkembangan belia yang merupakan tonggak utama dalam komiti Katolik.

tanpa baner

Pelaksanaan kem sebelum ini yang pernah diadakan buat kali pertama di gereja St. Joseph, Minawo mendapat sambutan dan maklum balas yang positif. Oleh itu, pihak penganjur memutuskan acara ini untuk dijalankan sebagai aktiviti tahunan KBK Zon Minawo. –  Floly Tadius

REKOLEKSI 3 HARI KERASULAN BELIA KATOLIK, KSFX

20160131_141304

Tambunan – Sesuai dengan komitmen yang telah diucapkan, melayani dengan bakat yang sudah Tuhan anugerahkan, seramai 12 orang belia dari Katedral St Francis Xavier, memutuskan untuk mengadakan rekoleksi bermula dari 29hb – 31hb Januari yang lalu. Rekoleksi di awal tahun 2016 kali ini, diadakan di Taman Getsemani, Tambunan.

20160131_141324

Perjalanan dari bandar Keningau menuju destinasi mengambil masa 45 minit dan ditempuh dengan kenderaan masing-masing peserta. Setelah tiba di tempat tujuan, pemilik Taman Getsemani iaitu Encik George William, menerima kedatangan para peserta dengan senyuman dan mempersilakan peserta untuk mengalami keheningan bersama dengan Sang Penguasa tempat itu iaitu, Tuhan Yesus sendiri.

Rekoleksi pada kali ini diadakan atas permintaan para peserta sendiri. Mereka ini adalah para belia yang melayani di dalam Kerasulan Belia Katolik (pelayanan koir). Selaku belia-belia yang melayani di bahagian pusat (Katedral St Francis Xavier, Keningau), tidak mungkin dapat mengunjungi dan melayani para belia yang bernaung di bawah Paroki St Francis Xavier, jika mereka sendiri tidak dipersiapkan dan diperlengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan. Atas alasan inilah mereka bertekad mahu meninggalkan keramaian dan bertemu dengan Tuhan di dalam keheningan dan kesunyian.

Taman Getsemani yang letaknya di Kampung Kiawayan, Tambunan mampu memberi suasana yang diperlukan. Di tempat ini, para peserta yang datang, boleh mengalami keheningan yang dalam dan bertemu dengan Tuhan secara peribadi. Taman Getsemani ini dilengkapi dengan bangunan-bangunan seperti sebuah bilik pertemuan, dua buah chapel yang dapat digunakan untuk perayaan Ekaristi dan tentunya alam yang terbuka untuk dapat mengadakan Devosi Jalan Salib, dan sebagainya.

DSC_0018

Tepat pada jam 8 malam, para peserta berkumpul di bilik pertemuan untuk memulai aktiviti yang telah dirancang. Pertemuan dimulai dengan menyanyikan lagu “Kisah Cintaku” yang menghantar para peserta untuk mulai terbuka terhadap bimbingan kuasa Roh Kudus. Selanjutnya, Saudara Aldrin Benedict, membawa para peserta untuk terbuka dan memberi pertanyaan, “Mengapa mahu datang ke tempat ini? Apakah harapan selama rekoleksi ini berjalan dan komitmen seperti apakah yang mahu dibawa setelah meninggalkan tempat ini?. Program yang diberi waktu selama 2 jam, ternyata tidak mencukupi. Para peserta masing-masing mengeluarkan “curhat” atau curahan hati. Dimana mereka mensharingkan jatuh bangunnya mereka ketika bergerak di dalam pelayanan belia. Setiap titisan air mata menjadi saksi bahawa mereka sebetulnya tidak kuat, tetapi kerana Tuhan yang memanggil mereka satu persatu, Tuhan jugalah yang akan memberikan kekuatan dan rahmat buat mereka.

20160130_093536

Keesokan harinya, para peserta memulai kembali kegiatan rohani mereka dengan menyelami siapakah mereka yang sesungguhnya. Di dalam acara “Self Discovery”, mereka mencuba untuk menyelami siapakah mereka tanpa menggunakan “topeng-topeng”. Acara menyelami siapakah aku ini difasilitatorkan oleh Saudari Roselinah Francis dan Saudara Roney Eming, selaku wakil dari Komisi Belia Keuskupan Keningau.

20160130_093549

Para peserta dibagi menjadi dua kumpulan dan masing-masing mereka saling berhadapan. Mereka semua diberi masa selama 2 minit untuk bertanya kepada pasangan mereka “Who are you?”Di dalam 2 minit ini, peserta yang ditanya memberikan jawapan dan yang bertanya tidak boleh bertanya soalan yang lain, selain “Who are you?”sahaja. setelah 2 minit berakhir, peserta yang ditanya sebelumnya, mulai bertanya kembali ke pasangannnya. Ketika mereka mengongsikan pengalaman mereka, ternyata mereka belum mengenal siapakah mereka yang sebenarnya. Semua jawapan yang diberikan sifatnya umum dan tidak menyentuh kedalaman peribadi mereka. Semakin mereka ditanya, semakin sukar untuk menjawab. Maka timbullah perasaan marah kerana pertanyaan yang dilontarkan seolah-olah mereka kurang dipercayai dan dihakimi. Inilah proses untuk mengenal peribadi yang dilalui oleh para peserta.

20160130_090927

Sesi berikutnya, mereka diberi masa untuk mencari dari majalah-majalah dan suratkhabar, gambar-gambar yang boleh menggambarkan peribadi mereka. Proses ini membuat mereka berfikir mengapa gambar ini sesuai dengan peribadi mereka dan seterusnya.

DSC_0022

Pada petang hari, Saudara Jerome, memberikan kesaksian berkaitan dengan ceramah penyembuhan. Beliau menjelaskan bagaimana manusia seharusnya mempersiapkan diri untuk menerima rahmat yang disediakan oleh Tuhan melalui Sakramen-Sakramen. Selanjutnya, para peserta dijelaskan bagaimana luka-luka batin itu diperolehi dan bagaimana caranya untuk menyembuhkannya. Setelah ceramah selesai, para peserta mempersiapkan diri untuk mengikuti acara penyembuhan dari luka-luka batin. Sesi ini dilayani oleh Saudara Heldi dan dibantu dari team KIPKK dari KUK Monsok, Tambunan. Di dalam sesi ini, peserta dibawa untuk menelurusi lorong-lorong “gelap” dan menemukan luka-lukanya. Mulai dari dalam kandungan hinggalah saat mereka sekarang ini. Membiarkan kasih Tuhan menutupi luka-luka tersebut dan disirami dengan kasih-Nya yang menyembuhkan dan menguatkan.

Hari terakhir, para peserta mengikuti perayaan Ekaristi di Gereja St Theresa, Tambunan. Homili dari Rev Fr Anthony Mikat menjelaskan bahawa setiap manusia, namanya tertulis di telapak tangan Tuhan dan “Ruah” atau Roh Tuhan telah ditiupkan ke dalam tubuh dan mendapat kehidupan daripada-Nya. Kerana itu, tidak ada seorangpun yang berhak mengambil nyawa orang lain. Hanya Tuhan yang berhak menariknya kembali. Rev Fr Anthony Mikat juga menjelaskan bahawa, hubungan luar nikah dipandang serong dan sifatnya dosa, tetapi anak yang dilahirkan adalah anak Tuhan kerana nafas yang ditiupkan Tuhan ketika terjadinya persenyawaan.

20160131_114203

Seusai perayaan Ekaristi, para peserta kembali ke Taman Getsemani untuk meneruskan program yang terakhir iaitu acara “Integration” dimana para peserta sekali lagi mensharingkan pengalaman mereka sejak malam jumaat hinggalah hari terakhir. Apakah harapan mereka setelah ini. Dan mereka juga diajak untuk saling memberi sokongan dan bantuan di dalam pelayanan.

Selamat tinggal Taman Getsemani dan sampai berjumpa lagi di lain hari. Para peserta sedar bahawa tempat ini menjadi saksi bahawa titisan air mata mereka adalah bukti bahawa mereka lemah dan memerlukan orang lain untuk menyokong pelayanan mereka. Doakan mereka agar semakin bersatu di dalam setiap pelayanan.

20160131_135017

20160131_135008

 20160131_134942

20160131_134930

KHEMAH BELIA KEUSKUPAN KENINGAU KALI KE-4

kuala penyu

Tarikh: 02 – 06 Jun 2015

Tempat: Gereja St. Peter Bundu, Kuala Penyu

Borang boleh didapati di kaunter KBK selepas Misa pertama dan kedua. Borang yang lengkap diisi boleh dikembalikan di kaunter KBK atau di Bilik Gerakan Belia KSFX (masa pejabat) beserta yuran RM85 dan 2 keping gambar, sebelum atau pada 25 Januari 2015.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Ann (011-19571023), Mazlan (019-8724018), TJ (013-5469264)