99 views

ENAM ANGGOTA FSIC MERAYAKAN JUBLI PERAK

FacebookTwitterWhatsApp

jubli

KOTA KINABALU – “Menyaksikan enam orang Sister Fransiskan memperbaharui kaul yang dilafazkan 25 tahun lalu, benar-benar menyentuh hati saya. Saya percaya, selama 25 tahun ini, para jubilarian ini telah menyentuh kehidupan ramai umat dan memperkenalkan Kristus kepada semua orang,” ujar Pn. Elizabeth Ann Paidis, salah seorang daripada 500 orang umat yang gembira meraikan enam orang jublirian FSIC.

Pada 4 Februari lalu, enam orang biarawati dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) telah memperbaharui komitmen religius mereka sempena ulang tahun jubli perak mereka di Katedral Hati Kudus, Kota Kinabalu.

25 tahun lalu, Sister Christella Lim dari Beaufort, Suzana Guntabid dari Sandakan, Terecia Loukang dari Inanam, Lounah Pulis dari Limbanak, Carmen Cordova dari Sandakan, dan Joan Michael dari Kiulu melafazkan kaul pertama mereka pada 27 Februari, 1992.

Uskup Agung John Wong yang memimpin Misa Kudus dibantu oleh dua orang Uskup dari Keningau dan Sandakan serta Uskup Agung Emeritus John Lee. Turut hadir ialah Msgr Primus Jouil, Fr John Chong dari Kuching dan beberapa orang Paderi dari Keuskupan Agung KK dan Keningau.

Para jublirian tersebut memasuki Kongregasi FSIC pada tahun 1989, melafazkan kaul pertama mereka pada tahun 1992 dan mengucapkan kaul akhir pada 1997.

Selepas homili, para jubilarian memperbaharui kaul mereka seraya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan di atas rahmat-Nya.

Dalam ucapannya selepas Misa, Uskup Agung John Wong mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada para jubilarian di atas pelayanan, komitmen dan kehidupan rohani mereka yang dicurahkan di pelbagai Gereja tempatan, sepanjang 25 tahun ini.

Prelatus itu juga menyuntik semangat para jubilarian itu agar meneruskan pelayanan mereka untuk memperkenalkan Kristus kepada semua orang di samping menjaga kesihatan mereka dengan baik.

Superior General FSIC, Sr Grace Deosing dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada para jubilarian dan berterima kasih kepada semua umat yang mendoakan serta membantu para jubilarian ini untuk bertumbuh dalam panggilan mereka.

Majlis meraikan enam orang jubilarian FSIC ini diteruskan di Pusat Paroki dengan acara makan bersama dan persembahan pentas. (sumber: Herald Malaysia Online).

PELAFAZAN KAUL KEKAL KEDUA ANGGOTA KONGREGASI FRANCISCAN SISTERS OF THE IMMACULATE CONCEPTION

FacebookTwitterWhatsApp

SONY DSC

Tambunan – “Kasih Kristus yang menguasai kami” (2Kor 5:14) menjadi moto bagi kedua Sister yang melafazkan kaul kekal pada sabtu yang lalu (16/01). Di hadapan Mother General FSIC, Sr. M. Grace Deosing FSIC, kedua mempelai Kristus iaitu, Sr. M. Lucynia Jeprin FSIC dan Sr. M. Liza Anggie, FSIC dan disaksikan seramai 2500 umat yang turut hadir, kedua mempelai Kristus ini menyatakan kesanggupan mereka untuk menghayati ketiga kaul (kemiskinan, kemurnian dan ketaatan) menurut Peraturan Hidup “Third Order Regular of St. Francis of Assisi” yang disahkan oleh Santo Yohanes Paulus II dan “Constitutions of the Franciscan Sisters of the Immaculate Conception”.

SONY DSCBapa Uskup Datuk Cornelius Piong selaku selebran utama, dan disertai berpesan kepada umat yang hadir, bahawa kehadiran mereka di dalam perayaan ini bukanlah sebagai penonton belaka, melainkan turut serta di dalam mendukung panggilan kedua mempelai Kristus ini dan juga mendoakan agar ramai belia yang terpanggil untuk menyahut panggilan menjadi seorang paderi atau seorang religius.

Selanjutnya, Bapa Uskup berpesan bahawa peristiwa yang disaksikan oleh umat pada hari itu, adalah peristiwa yang bermakna, dimana kedua mempelai Kristus ini dengan rela mahu menyerahkan seluruh hidup mereka hanya untuk menyenangkan hati Tuhan. Peristiwa semacam ini hendaklah memberi inspirasi kepada ibubapa agar berdoa dan mohon supaya ada anak-anak mereka yang dipanggil untuk menjadi seorang paderi ataupun religius.

SONY DSC

 

SONY DSC

Sr. M. Lucynia Jeprin FSIC dan Sr. M. Liza Anggie, FSIC berlutut di hadapan Sr. M. Grace Deosing, FSIC selaku Mother General dan melafazkan ketiga kaul-kaul mereka dan atas nama Gereja dan Kongregasi FSIC, Mother General menerima pelafazan kedua mempelai Kristus ini ke dalam keluarga besar Kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception. Selanjutnya, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong menyarungkan cincin ke jari kedua mempelai sebagai tanda bahawa mereka adalah milik Kristus dan berusaha untuk tetap setia tanpa cela di dalam mencintai-Nya di atas segala sesuatu. Mereka juga menerima buku doa harian yang memiliki erti dan harapan bahawa pujian syukur kepada Bapa Syurgawi menjadi sebati dalam diri mereka dan berdoa tanpa henti untuk penyelamatan jiwa-jiwa. Seusai penyerahan cincin dan buku doa harian, Sr. M. Grace Deosing, FSIC menyatakan kepada kedua Sister tersebut dan disaksikan oleh umat yang hadir, bahawa kedua mempelai ini menjadi anggota penuh di dalam Kongregasi FSIC dan segala sesuatu yang dimiliki oleh Kongregasi adalah milik mereka juga dan bersama.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Sesi ucapan didahului oleh Puan Helen Gurini selaku Pengerusi MPP, Gereja Holy Cross Toboh berkata, upacara pada hari ini adalah peristiwa pertama yang diadakan di Gereja HTC. Peristiwa ini amat bermakna dan diharapkan lebih ramai lagi para belia yang terdorong untuk menyahut panggilan menjadi seorang paderi mahupun religius. Selanjutnya Sr. M. Liza Anggie, FSIC di dalam ucapannya, menyampaikan rasa terima kasih kepada Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong yang berkenan merayakan perayaan Ekaristi pada hari itu, kepada Kongregasi FSIC yang berkenan menerima mereka menjadi anggota penuh di dalam Kongregasi dan kepada ibubapa dan adik-beradik yang menyokong perjalanan panggilan mereka dan umat yang hadir menyaksikan upacara pelafazan pada hari itu. Dan Bapa Uskup pula menyentuh perihal hubungan yang akrab dengan Tuhan Yesus. Tanpa relasi yang akrab dengan Tuhan, panggilan tidak akan bertahan. Untuk itu, hidup doa harus mendapat prioriti yang utama.

SONY DSC

SONY DSC

Seusai perayaan Ekaristi, kedua mempelai yang berbahagia bersama tetamu-tetamu undangan berarak ke dewan terbuka HTC untuk sama-sama menjamu makan tengahari sebagai ungkapan rasa syukur dan terima kasih.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

FSIC PROGRAM FOR THE FORMATION OF LAITY 2015

  13 – 15 March

Menghayati Perjalanan Misteri Paska dengan Warna-Warni Ikon

  08 – 10 May

Seminar Keluarga (open for family-couples)

  05 – 07 June

Woman in the Bible

  08 – 10 June

Student Camp (Open)

  10 – 12 July

Evangelization (Open)

  14 – 16 Aug

Terapi Keluarga (Open for couples)

  16 – 18 Oct

Marialogy (Open)

 

* Semua ceramah akan diberikan dalam Bahasa Melayu

Keterangan lanjut sila hubungi:

Sr. Cristella, FSIC di nombor 019-8517525

FRANCISCAN SISTERS OF THE IMMACULATE CONCEPTION

FacebookTwitterWhatsApp

fsic

fsic coat

THE FRANCISCAN COAT OF ARMS
Symbolizes the Franciscan challenge of ongoing transformation of self into the image and likeness of God

“MY GOD AND MY ALL” (DEUS MEUS ET OMNIA)
Expresses their total surrender to God as Consecrated Religious

OUR LADY OF THE MIRACULOUS MEDAL

Each sister wears the miraculous medal as a witness of faith and a sign of Veneration of the Holy Mother of God as well as of trust in her maternal protection

THE SHIELD
Like the Shield that defends, They are called to incarnate and promote the Gospel of evangelization to continue to make Him known to All


KENINGAU

St. Francis Xavier’s Convent

Kg. Tuarid Taud

P.O. Box 238

89007 Keningau, Sabah

Tel: 087-339307

 

KENINGAU (BINAONG)

Asrama St. Maria Goretti, Binaong

(Keuskupan Keningau)

P.O. Box 1562

89008 Keningau, Sabah

Tel: 087-392082

 

KENINGAU (APIN-APIN)

St. James’s Convent

P.O. Box 514

89008 Keningau, Sabah

Tel: 087-337344

 

KUALA PENYU (BUNDU)

St. Rita’s Convent

P.O. Box 1

89747 Kuala Penyu, Sabah

Tel: 087-884277

 

TENOM

St. Anthony’s Convent

P.O. Box 213

89908 Tenom, Sabah

Tel: 087-735724

 

TAMBUNAN (TOBOH)

Convent of the Immaculate Conception

P.O. Box 18, Toboh

89657 Tambunan, Sabah

Tel: 087-774294

 

SIPITANG

Sacred Heart Convent

P.O. Box 47

89857 Sipitang, Sabah