76 views

KESAKSIAN PERIBADI TENTANG PANGGILAN MENJADI FSC

FacebookTwitterWhatsApp

Brother Jaiku Egbertus STTertarik dengan cara hidup dan juga pelayanan Brother La Salle yakni memberi pendidikan kemanusiaan dan rohani kepada golongan muda khususnya yang kurang berada, saya telah membuat keputusan untuk memasuki kongregasi De La Salle Brothers yang juga dikenali sebagai Fratres Scholarum Christianarum (FSC) pada tahun 1988.   Saya telah melafazkan kaul pertama selepas Novitiate pada 16Feb 1990. Seterusnya pada 10 Julai 1999 saya telah melafazkan kaul kekal sebagai anggota FSC. Sekarang saya bertugas sebagai Brother in-charge Asrama Butitin Nabawan iaitu asrama untuk para pelajar luar bandar di daerah Nabawan/Pensiangan.

Kehidupan berdoa adalah salah satu tunjang utama dalam kehidupan Kristian. Begitulah juga dengan kehidupan Religius. Berdoa, sama ada secara peribadi atau berkomuniti, jika dilakukan semata-mata kerana mengikuti jadual doa komuniti akan cenderung menjadi mekanikal tanpa mengutamakan perhubungan peribadi dengan Tuhan. Kadang-kadang doa juga menjadi kering kontang, pelbagai perkara datang mengganggu dalam fikiran dan terasa seolah-olah mengalami ketidakhadiran Tuhan. Mungkin Tuhan membenarkan ia berlaku dan mencabar kita untuk merenung kembali kehidupan berdoa. Dengan kata lain, mungkin Tuhan mahu menyampaikan sesuatu mesej dalam segala gangguan, pengalaman kering kontang dalam berdoa. Namun begitu terdapat juga pengalaman indah dalam hubungan secara peribadi dengan Tuhan terutamanya dalam doa perseorangan.

Religius adalah manusia biasa yang masih mempunyai kelemahan dan keterbatasan. Oleh hal yang demikian Religius juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan, berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup, godaan, mengalami saat-saat gembira, sedih dan sebagainya. Namun begitu, saya percaya Tuhan yang telah memanggil untuk mengikuti cara hidup ini selalu hadir memberi petunjuk, perlindungan dan keupayaan untuk terus menghidupi kehidupan sebagai Religius.

Bapa Suci Francis menyeru kita untuk melibatkan diri dalam gereja khususnya untuk mereka yang miskin. Selaras dengan misi Brother La Salle, pelayanan di Asrama Butitin Nabawan berusaha untuk membantu golongan muda atau pelajar yang kurang berada. Kemiskinan bukan sahaja dilihat dari aspek material tetapi dari semua aspek kemanusiaan. Kejayaan yang dicapai oleh para pelajar Asrama Butitin dapat dinilai dengan mengambil kira pencapaian mereka dalam perkembangan kemanusiaan yang merangkumi aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu para pelajar juga dibantu dan dibimbing untuk menceburi sesuatu bidang kerjaya serta penglibatan dalam memberi sumbangan kepada masyarakat setelah meninggalkan bangku sekolah kelak.

Walaupun sebagai Religius dan berkomitmen, saya juga masih mempunyai masa untuk bersama keluarga mahupun untuk hobi. Perhimpunan keluarga seperti perayaan Krismas, perkahwinan, ulang tahun dan sebagainya memberi peluang kepada saya untuk bertemu dan mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli keluarga serta saudara-mara. Saya juga meminati bidang muzik dan masa yang terluang saya gunakan untuk mendengar, mencipta dan kadang-kadang membuat rakaman lagu di studio. Untuk kesihatan saya juga berjoging setiap petang.

Apa yang sangat menarik bagi saya dalam kehidupan Religius ialah misi, iman dan kehidupan yang dikongsi bersama. Sebagai kongregasi Pontifikal atau antarabangsa, Lasallian adalah sebuah keluarga yang sangat besar. Pelayanan Lasallian dalam bidang pendidikan sama ada sebagai Brother La Salle, Sister La Salle atau Lasallian awam tersebar di seluruh dunia. Kehidupan Brother La Salle juga merupakan suatu cara pendalaman janji baptis dan menghidupi komitmen sebagai Kristian dengan cara yang khusus iaitu hidup berkomuniti dan melayani golongan muda melalui dunia pendidikan.

Brother Jaikul Egbertus Severinus Tating FSC

DE LA SALLE BROTHERS

FacebookTwitterWhatsApp

Brothers di LEAD District (Malaysia, Singapore, HongKong, Philippines, Japan, Myanmar & Thailand)

The La Salle Brothers at the Lasallian East Asia District Assembly 2-7 Dec 2014

The La Salle Brothers at the Lasallian East Asia District Assembly 2-7 Dec 2014

Sebuah Kongregasi antarabangsa yang diasaskan oleh St. John Baptist De La Salle pada tahun 1684 di Perancis untuk memberikan pendidikan kemanusiaan dan Kristian kepada golongan muda.

Sehingga sekarang, para Brothers La Salle masih meneruskan misi tersebut di seluruh dunia termasuk di Malaysia melalui pelbagai aktiviti dan institusi pendidikan seperti:

  • Sekolah, pusat bahasa, asrama pelajar
  • Projek pembangunan insan
  • Pendidikan khas bagi mereka yang cacat penglihatan
  • Pusat pembelajaran bagi pelajar yang bermasalah dalam pelajaran dan pembelajaran
  • Menjadi fasilitator untuk seminar dan program hujung minggu
  • Retret kehidupan Kristian, bimbingan dan kaunseling
  • Program untuk belia di peringkat paroki dan sebagainya

Di beberapa buah negara, Brother La Salle juga melayani bersama-sama dengan Sister La Salle

La Salle Brothers Nabawan

Brothers Di Sabah

 

TAMBUNAN

Bro. Peter Ng, FSC

P.O. Box 29, Tampasak

89657 Tambunan, Sabah

Tel: 087-774077

NABAWAN

Bro. Herbertus Gompuk, FSC

Bro. Egbertus Jaikul Severinus, FSC

P.O. Box 43

89950 Nabawan, Sabah

Tel: 087-366369