JANGAN SOMBONG DENGAN IMAN

SOOK : 13 April 2019, Paroki Roh Kudus Sook Mengumpulkan lebih 600 peserta dari kalangan AJKT Baharu MPP, KUK, ZON dan KKD sesi 2019/2021 sempena Seminar Penyegaran dan Kepimpinan Kkd yang di adakan di Gereja Roh Kudus Sook yang mempunyai 12 Zon, 49 Kuk dan 178 Kkd bergabung untuk menerokai cara-cara memulihkan semula kepimpinan akar umbi serta mengimbas dan merenung kembali pencapaian dalam menggerejakan melelui KKD.

“Dalam program ini kami juga menilai sejauh mana Kkd telah mencapai Misi Pastoral Keuskupan Keningau iaitu Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus, selain melihat dimana kedudukan kami sekarang ini dan kemana arah tuju kam pada masa hadapan.” Ujar Pengerusi MPP, Puan Dymnah Nirwaanah Dominic.

Continue reading

PENTAHBISAN IMAMAT KALI KEDUA DI SOOK

SOOK : Panggilan Tuhan disahut berani oleh Dikon David Gasikol, anak ke enam daripada tujuh orang adik beradik ini yang ditahbiskan pada 11 Ogos 2018 oleh YM Uskup Cornelius Piong. Pentahbisan imamat yang pertama kalinya adalah pada tahun 2001 iaitu pentahbisan Rev. Fr. Bonaventure Unting.

Sekitar 3000 orang umat hadir dalam upacara sukacita yang diadakan di Gereja Roh Kudus, Sook yang juga merupakan asal Fr. David Gasikol. Turut dihadiri 25 orang paderi, 2 orang diakon, religus dan Sister, pengerusi-pengerusi MPP dan juga pemimpin masyrakat. Keluarga dan rakan-rakan juga turut hadir memberikan sokongan kepada Fr. David

Continue reading

DIAKON DAVID AKAN DITAHBIS MENJADI PADERI

KENINGAU : Setapak memasuki alam kepaderian, Diakon David Richard Gasikol akan ditahbiskan menjadi paderi pada 11 Ogos 2018. Upacara pentahbisan ini akan disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong. Bertempat di Gereja Roh Kudus Sook pada jam 10.00 pagi. 

Bapa Uskup juga berpesan, agar kita umat-umat sentiasa mendoakan Diakon David agar beliau betul-betul terbuka mahu menjadi saluran kehadiran Tuhan Yesus dalam hidupnya sebagai seorang paderi.

Umat dialu-alukan datang memeriahkan dan memberi sokongan rohani pada upacara sukacita ini. 

PESAN USKUP CORNELIUS PIONG SEMPENA PERAYAAN PASKAH 2018

Selamat Hari Paskah! Setiap kali kita mengucapkan salam ini kepada seseorang atau kelompok orang, apakah kita sungguh yakin bahawa Yesus hidup, hadir dan menyertai kita?

Perayaan Paskah bukanlah setekat mengenang apa yang telah dialami Yesus – sengsara, kematian dan kebangkitan-Nya – tetapi satu kesempatan rahmat bagi kita untuk membaharui dan menetapkan keyakinan kita kepada kasih Allah yang sentiasa menyertai dan menyelamatkan kita dari kekuasaan dosa.

Continue reading

PEMBERKATAN GEREJA ST BERNARDINUS DARI SIENA, KG TIKANDIS SALONG

SALONG 1

NABAWAN: Pada 20 Mei lalu, umat di Kg Tikandis Salong menyaksikan upacara pemberkatan Gereja St Bernardinus dari Siena oleh Uskup Cornelius Piong. Upacara itu disaksikan oleh lebih 200 umat dari Gereja St Bede Nabawan, Gereja St Michael Pensiangan dan 20 buah keluarga yang tinggal disekitar Gereja St Bernardinus dari Siena.

SALONG 3

SALONG 4

Upacara pemberkatan Gereja baru ini dimulakan dengan pemberkatan pintu masuk dan dilanjutkan dengan perayaan Ekaristi. Dalam homilinya, Uskup Cornelius mengatakan kepada umat bahawa St Bernardinus dari Siena telah dipilih sebagai penaung dan pelindung. Dengan memilih Santo ini, prelatus berharap agar umat Kg Tikandis Salong dapat meneladani sikap dan sifat yang ada dalam peribadi Santo ini untuk selalu bertumbuh dan mencintai Tuhan diatas segala sesuatu. Beliau lebih lagi menjelaskan bahawa Santo Bernardinus dari Siena memiliki semangat tinggi dalam penginjilan dan mewartakan Kristus kepada sesama.

SALONG 7

Bapa Uskup berpesan agar umat menggunakan bangunan baru ini untuk mendekatkan diri dengan Tuhan (bertanggungjawab terhadap satu sama lain). Dalam kesempatan yang sama, Bapa Uskup memberikan tiga hal sebagai pegangan, iaitu: Pertama, berbangga dan hidup bersemangat selaku pengikut-pengikut Yesus. Selalu sehati dan sefikiran seperti para murid awali (bdk. KIS 2:41-42). Kedua, agar umat menjadi garam dan cahaya. Selalu membawa pengaruh yang baik kepada dunia dan bukannya dipengaruhi oleh dunia (bdk. Mat 5:13-15). Ketiga, bahawa hidup manusia di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Memiliki pengharapan bahawa setelah kematian, adanya kehidupan baru bersama Kristus (bdk. Yoh 3:16; Yoh 14).

SALONG 15

Pengerusi KUK Kg Tikandis, Sdra Ambrose Anam, mengungkapkan terima kasih kepada Bapa Uskup yang sudi meluangkan masa pada hari itu untuk memberkati sekaligus merayakan perayaan Ekaristi bersama umat. Beliau juga berterima kasih kepada YB. Datuk Bobbey A. Suan kerana telah membantu di dalam pembangunan Gereja baru. Beliau berharap dan berpesan kepada umat Kg Tikandis Salong agar kerjasama yang terjalin selama ini ditingkatkan dan selalu berperan aktif di setiap aktiviti Gereja yang telah dirancang sepanjang tahun.

SALONG 16

SALONG 17

Rev. Fr. Claudius Andrew selaku Paderi Paroki Gereja Roh Kudus Sook (GRKS), berharap agar umat menjaga bangunan baru tersebut sebaik mungkin dan agar umat terus bertumbuh di dalam iman, harapan dan kasih.

SALONG 18

Bapa Uskup dalam ucapannya berterima kasih kepada YB. Datuk Bobbey A. Suan kerana telah membantu di dalam pembangunan tersebut. Beliau turut berpesan kepada umat di Kg Tikandis Salong agar menjaga bangunan tersebut dan selalu ingat doa Yesus untuk murid-murid-Nya dimana Yesus menghendari agar mereka selalu bersatu, dilindungi dari si jahat dan hidup dalam kekudusan.