68 views

PERSIAPAN ROHANI COY3 PAROKI ST THERESA TAMBUNAN

FacebookTwitterWhatsApp

COY1

Tambunan – Persiapan rohani peserta COY Paroki St Theresa, Tambunan bertempat di Sulap Id Sokid (Mount of Olives) telah berlangsung selama 3 hari 2 malam pada 3-5 Mac yang lalu masih meninggalkan memori dan kesan positif dalam diri peserta yang tidak dapat dilupakan.

COY2

Seperti persiapan rohani daripada paroki lain, persiapan rohani ini bertujuan untuk menyiapkan peserta dari segi mental, fizikal dan rohani dengan kekuatan yang cukup bagi mengikuti COY3 yang bertempat di Gereja Bonda Maria Kemabong, Tenom pada 19-22 Mac nanti. Persiapan ini diadakan khusus bagi membantu mereka membebaskan dan melepaskan segala keraguan dan ketidakpastian sama ada di dalam keluarga mahupun diri sendiri.

COY3

Hari pertama persiapan rohani dibuka dengan aktiviti puji-pujian diikuti dengan sesi suai kenal diantara 57 orang peserta dan juga fasilitator bagi mewujudkan suasana mesra diantara satu sama lain serta bagi memudahkan proses perjalanan aktiviti persiapan sepanjang 3 hari tersebut.

COY4

Terinspirasi dengan tema COY3, lembaran hari ke-2 dimulakan dengan sesi bertajuk “I Am Special” oleh Jelisha Johny iaitu salah seorang fasilitator yang bertugas di mana ia menunjukkan bahawa peserta harus bersyukur dan berasa bangga bahawa antara ribuan remaja hanya mereka yang mahu menyahut cabaran untuk mengikuti kem ini dan itulah yang membuatkan mereka istimewa.

COY5

Sejurus selepas makan malam Agape ini , wayang “Passion Of The Christ” ditayangkan kepada peserta dengan tujuan untuk memperlihatkan kesengsaraan Yesus dalam usaha menyelamatkan semua bangsa manusia dan juga bagi memberi semangat kepada mereka yang selalu mengeluh tentang kesakitan, keraguan dan kepayahan mereka bahawa mereka tidak patut mengeluh melainkan bersyukur dengan semua itu kerana kesakitan yang Yesus tanggung adalah lebih sakit dan teruk serta berat dari apa yang mereka pikul. Ia juga memperlihatkan bahawa walaupun Yesus ditindas dihina dan disakiti ia tetap kuat bagi menghapuskan dosa kita manusia serta dia tidak pernah menyalahkan sesiapa dan kepada mereka yang berfikir bahawa mereka kesepian dan keseorangan. Ingatlah bahawa YESUS TIDAK PERNAH SESEKALI MENINGGALKAN KITA walaupun sesaat . Malam berganti pagi , para peserta persiapan rohani pergi ke Gereja St.Theresa untuk merayakan perayaan Ekaristi.

COY6

Dengan ini, Adrian Gabriel Leo selaku ketua Pengiring Kontinjen St Theresa rasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada En. Basal Datuk Dullah dan istri Pn. Suzan Stanly kerana telah membuka hati mereka untuk menerima peserta dan menjadikan kawasan persekitaran kediaman mereka sebagai pusat persiapan rohani peserta COY3 bagi Paroki St Theresa 2017. Besar harapannya bahawa para peserta COY3 sentiasa mencari wajah Allah itu di dalam pelayanan-pelayanan gereja dan menyebarkan Kasih Allah.

COY7

IN MEMORIAM: BROTHER HERBERTUS GOMPUK, La Salle

FacebookTwitterWhatsApp

in memoriam 3”In Memoriam”

Brother Herbertus Gompuk, Peribadi Pendidik Ideal

Gereja Katolik Sabah kehilangan seorang tokoh pendidik yang handal. Dia bukan hanya pengajar, bukan hanya seorang guru atau kepala sekolah, tetapi juga seorang pembimbing dan pencerah jalan kehidupan bagi lingkungannya. Sahabat yang sangat setia.

Oleh kerana itu, kepergiannya merupakan suatu kehilangan besar bagi dunia pendidikan di Nabawan, Tambunan khususnya, dan Sabah pada umumnya. Setidaknya bagi lingkungan pendidikan Katolik, La Salle, dan Sekolah St Martin, Tambunan dan Asrama Butitin di Nabawan.

Itulah sekelumit kesan dan kenangan indah tentang Brother Herbertus Gompuk, La Salle, yang telah dipanggil untuk bersama Bapa di dalam Kerajaan Syurga pada hari Khamis (19/3) di rumah kediaman keluarga. Setelah dibawa ke dewan Gereja St Theresa, Tambunan dan disemayamkan selama dua hari di dewan Gereja, jenazahnya dimakamkan hari Sabtu seusai persembahan misa rekuiem yang dipimpin Rev. Fr Bede Anthonius bersama enam paderi lainnya.

in memoriam 4

Selama tiga hari disemayamkan, jenazah Brother Herbertus selalu dikerumuni pengagumnya. Siraman syair-syair doa yang indah dan syahdu terus mengalun dari sanak keluarga dan handai taulan. Dengan khusyuk mereka memanjatkan doa sesuai keyakinan masing-masing, tanpa diusik dan mengusik, tanpa beban di atas niat yang suci dan ketulusan hati. Semuanya satu tujuan, satu hajat dan satu permohonan, agar Brother Herbertus mendapat tempat yang layak di sisi-Nya.

Pada hari pemakaman jenazah lebih terasa sebagai “reuni akbar” bagi keluarga besar komuniti La Salle. Gereja St Theresa, Tambunan dipenuhi dengan para pelayat yang memadati setiap bangku yang kosong.

in memoriam 5

Aula tempat jenazah disemayamkan dan dipersembahkannya misa rekuiem, begitu semarak, tetapi sepi dan anggun. Begitu padat dijejali manusia, tetapi sepi dari perbincangan. Hening dan hening. Semuanya terhanyut dalam suasana sendu yang dipancarkan oleh berbagai karangan bunga duka cita yang memenuhi dinding dan sudut-sudut ruangan. Juga terimbas wibawa almarhum yang merambat dari peti jenazah di depan altar suci itu! Alunan lagu-lagu yang dikumandangkan koir para belia St Theresa ini semakin menghunjamkan rasa kesedihan dan kehilangan yang tak ternilai!

in memoriam 6

Setelah misa rekuiem selesai dipersembahkan, jenazah Brother Herbertus dibawa ke pemakaman Katolik tidak jauh dari Gereja St Theresa. Umat membanjiri tanah pemakaman untuk member penghormatan terakhir kepada beliau yang banyak berjasa dibidang pendidikan dan sejarah awal mula iman Katolik di negeri Sabah, khususnya di daerah Tambunan sendiri.

Biodata Mendiang Brother Herbertus Gompuk

 

Tarikh lahir : 03 Oktober 1958

Kg halaman : Kg Mogong, Tambunan

Tarikh mula bersekolah : Januari, 1965

Tamat darjah 6 : Disember 1971

Sekolah rendah : St Theresa, Tambunan

 

Tingkatan Satu : Januari 1972

Tamat tingkatan satu : Disember 1977

Tingan di Asrama Tampasak : 16 Jan 1976 – Mac 1979

Sekolah menengah : SM ST Martin Tampasak, Tambunan

 

St Joseph’s Training College/Novitiate : April 1979 – May 1981

SM St Martin Tampasak : May 1981 – Disember 1981

La Salle Tanjung Aru/Gaya College : Jan 1982 – Disember 1984

 

SM St Martin Tampasak (Jan 1985 (sebagai guru)

Meninggalkan St Martin : Mac 1993

 

University of La Salle Bacolod : April 1993 – July 1993

La Salle Tanjung Aru : Aug 1993 – May 1994

 

Asrama St Bede Nabawan :May 1994 – Sept 1996

La Salle Tanjung Aru : Sept 1996 – March 2006

 

Kg Sonsogon Magandai, Kota Marudu : Jan 1997 – Sept 2007

Kg Nalapak, Kota Marudu : Julai 1997 – Sept 2007

 

Asrama Butitin Nabawan                              : 1 April 2008

KKD TANDA KEHADIRAN TUHAN DI TENGAH-TENGAH UMATNYA

FacebookTwitterWhatsApp

img01lotong400

Tambunan – Pada 21 Oktober yang lalu, bertempat di Kg. Turalung – Lotong, sembilan buah keluarga yang jumlahnya seramai 50 orang telah membentuk satu KKD (Komuniti Kristian Dasar) baru yang dengan rasminya menjadikan Santo Petrus sebagai Penaung dan Pelindung KKD tersebut.

Penubuhan KKD baru ini diawali dengan perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Msgr Gilbertus Engan. Di dalam pembukaan, Msgr Gilbertus mengajak umat untuk mengerti dan mengenal lebih dalam lagi apa erti sebuah penubuhan KKD yang baru ini. Beliau mengatakan bahawa umat yang ada di Kg. Turalung – Lotong menyedari bahawa betapa pentingnya kesatuan, kebersamaan dan penglibatan diri dalam aktiviti kerohanian yang bermula dari keluarga.

img02lotong400

“Berkumpul bersama untuk memecahkan roti dan berdoa” menjadi dasar sebuah KKD. Berkumpul bersama tidak hanya ketika ada perayaan-perayaan melainkan berkumpul bersama sebagai umat di dalam perayaan Ekaristi. Doa adalah jembatan yang menghubungkan kita dengan Tuhan. Tanpa doa, tidak mungkin kita akan dapat bertahan. Doa adalah sumber kekuatan dalam kehidupan sehari-hari. Hidup jemaat awali seperti yang dikisahkan dalam Kisah Para Rasul bab 2 dan 4 menjadi dasar untuk memulai homili beliau.

Beliau juga menekankan 4 (empat) dasar yang harus ada dalam sebuah KKD.

  1. Keahlian – semua ahli mesti turut serta dalam semua aktiviti yang telah dirancang dalam KKD.
  2. Sharing Alkitab – Sabda Tuhan adalah dasar dalam sebuah KKD kerana Tuhan berbicara melalui firman-Nya.
  3. Aktiviti rohani dan sosial – KKD mesti mengadakan aktiviti rohani seperti berdoa bersama (rosary), KKS 7 langkah dan sebagainya. Dalam aktiviti sosial pula, mengadakan perayaan harijadi sebagai contoh, gotong royong dan sebagainya.
  4. Ada hubungan dengan Gereja pusat dan Gereja sejagat – tidak boleh menyendiri dan setiap program yang hendak dilakukan, hendaknya mendapat bimbingan dan persetujuan Paderi Paroki agar tidak menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.

img05lotong400

Seusai perayaan Ekaristi, umat KKD Santo Petrus yang baru ini tidak mahu melepaskan peluang untuk mengabadikan kegembiraan mereka dengan bergambar bersama dengan Msgr Gilbertus Engan. Setelah itu, umat menjemput Msgr Gilbertus Engan untuk beramah mesra dengan makan tengahari bersama.

img03lotong400