107 views

PERKONGSIAN PELAJAR PPK

FacebookTwitterWhatsApp
 

KURSUS PENSIJILAN KATEKIS TAHAP 1 (2016-2017)

 
Flora Stepen
Bagi saya kursus yang ditawarkan oleh PPK memang sangat menarik. Rasa ingin tahu akan kandungan kursus itu, merupakan dorongan untuk mengikuti Kursus Katekis Tahap 1 (KKT1).  Semua tajuk kursus yang dipelajari adalah sangat membantu dan sangat berfaedah. Setiap tajuk yang dipelajari itu menambahkan lagi pengetahuan tentang gereja Katolik, undang-undang Gereja Katolik, mengenali dan memahami maksud doa-doa dan sakramen-sakramen. Apa yang sangat mencabar bagi saya adalah dalam mengenali Tuhan melalui FirmanNya iaitu dalam Alkitab. Selain itu, kursus ini telah membantu saya dan menyakinkan lagi saya akan ketulenan ajaran Katolik melalui sejarah perkembangan Katolik. Kesimpulannya, kursus ini membantu saya untuk membimbing dan menjangkau umat yang kurang pengetahuan tentang Yesus dan Gereja Katolik.

Selepas belajar di PPK, komitmen untuk lebih bertanggungjawab dalam pelayanan gereja ada peningkatan kerana banyak tugas yang harus dilaksanakan. Oleh itu, umat yang kurang pengetahuan akan injil  perlu disegarkan dengan Sabda Allah.

Antara cabaran yang dihadapi adalah, masa untuk menghayati apa yang sedang dipelajari, kurang. Pengagihan masa untuk hadir kelas dan tugasan luar, juga sebahagian dari kerumitan. Tugasan berkumpulan kurang efektif bila tiada masa dan tiada komitmen untuk berbincang lebih lanjut.

Pencapaian matlamat kursus dan bagaimana cara mengaplikasinya perlu dijelaskan setelah kursus tamat. Kesinambungan setiap tajuk jangan terputus lama kerana kadang membingungkan warga emas. Setiap tajuk harus diusahakan latihan amali (practikal) di luar, supaya pelajar dapat mengukur sejauhmana kefahamannya sendiri, bila ada pemantauan dari guru-guru.

Akhir kata, belajar di PPK adalah suatu keuntungan besar kerana ia landasan utama untuk mengenali Allah Tritunggal dan perlengkapan diri untuk berkongsi Injil kepada sesama. Puji Tuhan!Bb Flora Stephen

 

Stella1

Syukur atas Rahmat Penyelenggaraan-Nya, saya telah menghadiri beberapa kursus, seminar dan sesi yang dikendalikan oleh Pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPK) dari tahun 2012 sehingga 2017. Semua kursus dan sesi yang dianjurkan oleh PPK banyak membantu saya bukan sahaja belajar tetapi melatih saya menjadi peribadi yang sungguh-sungguh mahu ‘ Datang dan Duduk’ dekat kaki Yesus. Setiap sesi dalam kursus sangat membantu saya terutamanya dalam Pelayanan Pastoral.

Sebagai Pelayan Umat Allah , pelayanan telah membawa saya ke seluruh pelosok Paroki KSFX khasnya untuk menjangkau umat di kawasan terpencil dan jauh dari pusat paroki. Masalah yang dihadapi dan persoalan yang ditanya oleh umat seolah-olah sebuah ‘Sapaan dan Teguran’ Yesus kepada saya.  Namun saya bersyukur atas Kasih Allah yang begitu besar, yang telah membawa saya untuk mendalami iman saya kepada Yesus melalui seminar dan kursus yang ditawarkan di pusat ini.

Melalui kursus yang saya hadiri, saya belajar bagaimana mewartakan firman Allah agar dapat dihayati dan dijiwai oleh umat setempat. Saya juga memahami Liturgi dalam Perayaan Misa dan Ibadat. Melaluinya saya berpeluang membantu umat dalam mengembangkan minda dan iman serta memahami konsep penginjilan melalui Keluarga dan KKD dalam lawatan perkongsian Katekesis.Walaupun belum mencapai tahap terbaik, saya mampu menyampaikan katekesis dengan keyakinan diri dan berbekalkan ilmu yang saya pelajari. Saya mendapat ‘Sukacita’ dalam pelayanan kerana saya dapat mengongsikan ilmu kepada sesama.

Dalam mempersiapkan diri dengan ilmu Kerohanian, cabaran yang menghalang saya untuk datang kepada Yesus adalah pengurusan masa dan karier saya sebagai kakitangan awam. Namun, Tuhan sentiasa menyebelahi saya dengan rakan-rakan yang menyokong pelayanan saya. Malahan tenaga pengajar dipusat ini, sangat memahami dan membantu saya agar saya dapat menyelesaikan kursus dengan cemerlang.

Sepanjang saya menuntut ilmu di pusat ini, saya memuji teknik pembelajaran yang senang difahami dan pengurusan yang komited dipusat ini. Sebagai seorang pejawat awam dan pelayan umat Allah, yang memungkinkan saya untuk bertemu dan berurusan dengan banyak pihak, namun dengan jujur saya berani meletakkan Pusat Pastoral Keuskupan Keningau merupakan sebuah pusat pembelajaraan yang setaraf dengan kolej pendidikan di Malaysia dalam kategori teknik pembelajaran agama yang mudah dan berkualiti, kerana dapat menjana dan membangun iman dan minda para pelajar.

Justeru itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah, Pengetua dan tenaga pengajar dipusat ini atas komitmen dalam melahirkan Katekis yang berilmu , beriman dan berkaliber. Semoga PPK akan terus maju ke hadapan, selaras dengan Visi dan Misi pusat ini : “Menjana Iman dan Minda secara berterusan”. –Stella Kinsik

Richard
Saya melayani sebagai Pemimpin Ibadat Sabda di sebuah gereja stesen luar Paroki KSFX, Gereja St.Yohannes Penginjil Panui dibawah naungan Zon Magatang.
 
Menyertai kursus Tahap 1 di PPK telah memberi banyak pengetahuan tentang ajaran gereja. Pada saya, semua sesi dalam kursus Tahap 1 telah membantu saya untuk memperdalamkan pengetahuan saya tentang ajaran gereja Katolik berkaitan Alkitab, undang-undang gereja, hierarki gereja, dan lain-lain lagi. Pembelajaran ini telah mempertingkatkan pelayanan saya sebagai Pemimpin Ibadat Sabda terutama sekali dalam perkongsian renungan Alkitab.
 
Semasa belajar di PPK, banyak cabaran yang dihadapi iaitu kekangan masa dan tugasan harian yang memerlukan perhatian kerana tuntutan kerja sebagai kakitangan
 
kerajaan. Kadang-kadang saya terpaksa memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri kelas, tetapi guru-guru yang mengajar sentiasa bertolak ansur dan terbuka malah tetap menunggu kehadiran kami.
Saya merasa bertuah kerana dapat menghadiri kursus ini. Satu perkara yang sangat menyentuh saya ialah kata-kata seorang ahli gereja yang terdahulu, katanya “Tak kenal Alkitab, maka tak kenal Yesus.”  –Richard Sikol
 

 

Dora

Pada amnya semua  subjek dalam kursus sangat membantu dalam pelbagai aspek. Subjek Katekismus yang membantu saya dalam menjalankan katekesis di bawah bimbingan Sr. Patricia. Cikgu Patrick mendedahkan kepada kami untuk mengendalikan kelas bimbingan dalam Subjek Katekatikal. Alkitab/Wahyu Ilahi dibawah pimpinan Cikgu Fred dalam cara membaca alkitab dan perlaksanaan perkongsian iman serta kelas dibawah bimbingan Cikgu John dalam memahami sosialisasi umat dalam pelayanan dan Kitab Hukum Kanonik  yang dibimbing oleh Fr. Rudolf sendiri.

Selepas memperolehi ilmu rohani dan pemantapan iman ini, diri serupa mempunyai peribadi baru. Banyak ketakutan dalam melanggar hukum-hukum gereja. Menjadikan hidup lebih yakin kerana dapat mengimani Yesus.

Menyentuh tentang cabaran, masa merupakan cabaran utama. Kadang-kadang hari kelas yang diadakan terdapat perkara penting yang berlaku pada masa yang sama.

Masa kursus atau waktu kelas diadakan boleh diperbaiki mengikut kehendak majoriti pelajar dan perbincangan bersama tenaga pengajar untuk mengelakkan daripada membuang masa dan tenaga.  –Dora Pongod

Jufinah

Bagi saya kursus yang banyak membantu adalah perbincangan dalam kumpulan dan menyiapkan slide untuk pembentangan. Selain itu, katekesis secara praktikal juga banyak membantu sepanjang kursus Katekis tahap 1 ini.

Perubahan yang dapat saya rasakan dalam diri saya selepas belajar d PPK selama 1 tahun sangat menyeronokkan. Saya semakin mempunyai keyakinan dan keberanian dalam menjadi saksi Kristus. Saya semakin berani berkongsi pengalaman dalam berkatekesis. Berhadapan dengan pelbagai persoalan umat sekitar KKD dan semangat yang semakin berkobar-kobar.

Namun banyak juga cabaran-cabaran yang perlu dihadapi seperti kengkangan masa untuk kerja, urusan rumahtangga dan pelayanan di gereja menjadi satu kewajipan yang harus dilaksanakan dalam masa yang sama. Oleh itu kerja-kerja atau tugasan yang diberi oleh cikgu-cikgu di PPK terpaksa dihantar melebihi masa yang di tetapkan.

Setakat ini bagi saya semua pembelajaran dan kemudahan yang ada di PPK dalam keadaan yang baik.-Jufinah Abol

 

Magdelena

Kerja berkumpulan, membentang kerja-kerja rumah merupakan aktiviti yang sangat  membantu saya. Membentang di hadapan pelajar kursus telah menambahkan lagi semangat dan mendorong saya untuk lebih fokus dan rasa berani. Selain itu, perkongsian serta nota kursus yang diberikan juga sangat membantu.

Perubahan yang saya rasakan adalah timbul rasa ingin terus belajar dan menambah pengetahuan serta mendalami iman di PPK.

Antara cabaran yang bukan sahaja saya hadapi tetapi juga kawan-kawan sekelas ialah apabila kuliah diadakan pada waktu malam. Ini kerana sukar untuk hadir kelas terutamnya pada sebelah malam.

Cadangan dan komen saya adalah kurangkan kelas pada sebelah malam dan perbanyakkan pembentangan kerja berkumpulan. Selain itu selitkan  juga pendedahan pnggunaan komputer riba dan pemancar LCD kepada pelajar. Selitkan juga pengenalan dan cara penyediaan peralatan Misa Kudus. –Magdelena Kakoh

 

Lolen

Saya melayani sebagai Pemimpin Ibadat Sabda di Paroki KSFX.

Sepanjang saya mengikut kelas Katekis Tahap 1, kami mempelajari sebanyak lapan subjek yang berkaitan dengan pemimpin awam atau lebih dikenali sebagai Katekis selama satu tahun. Setiap subjek yang dijalankan dalam kursus banyak membantu saya, terutamanya dalam pelayanan saya sebagai pelayan di gereja iaitu melalui perkongsian iman, kateksis singkat, pembelajaran mengenai alkitab dan hukum-hukum dalam gereja.

Tujuan saya mengikut kelas ini adalah kerana saya ingin memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang ajaran Katolik serta mahu melayani di ladang Tuhan.  Saya mendapat dorongan daripada Roh Kudus, bukan itu sahaja isteri serta anak-anak saya juga mendorong saya untuk mengikuti kelas ini.

Masa menjadi satu cabaran sepanjang mengikuti kursus di PPK, kerana ada kerja penting diluar yang berlaku semasa kelas diadakan.

Saya amat bersyukur kerana berjaya menyelesaikan pembelajaran saya dalam Katekis Tahap 1,  saya amat bersuka cita, kerana sebelum ini saya amat risau,  saya akan gagal. Ilmu rohani yang baru ini menjadikan diri saya sebuah peribadi baru. Terima kasih kepada semua tenaga pelajar.  –Lawrance Yong

 


 

KURSUS PENSIJILAN KATEKIS TAHAP 2 (2016-2017)

 

 

Imelda

Saya melayani sebagai pembimbing dan lektor di sebuah gereja stesen luar Paroki KSFX, Gereja St.Yohanes Penginjil Panui.

Setiap kursus yang ditawarkan oleh pihak PPK ini sangat relevan bagi semua peserta kursus. Bagi saya secara peribadi, ia sangat membantu dan setiap sesi itu sangat menarik

Mengikuti kursus di PPK yang pada mulanya suka-suka tetapi lama-kelamaan setelah mengikuti beberapa sesi membuatkan saya sangat tertarik dan komited untuk  terus belajar. Bukan sahaja belajar di kelas tetapi juga pendedahan dalam menyampaikan katekesis di luar juga memberi keyakinan kepada diri sendiri untuk mewartakan khabar baik kepada sesama. Ia adalah satu pengalaman yang sangat indah.

Banyak cabaran yang dihadapi selama berkursus terutama sekali kekangan masa. Pengorbanan dan disiplin itulah yang sangat penting serta melibatkan Tuhan dalam segala perkara.

Harapan saya agar PPK terus membimbing bukan saja kepada katekis pemimpin ibadat tetapi juga kepada semua umat yang ingin menambah pengetahuan kerana PPK sentiasa menyediakan tawaran kursus yang menarik.-Imelda Goniur  Denis

 
 
Marysia
Saya melayani dalam katekatikel, liturgi dan pelayan Komuni di sebuah gereja stesen luar Paroki KSFX, Gereja St.Yohanes Penginjil Panui.
 
Pengalaman semasa belajar di PPK sangat banyak. Antaranya ialah pembelajaran mengenai Alkitab, undang-undang gereja dan bagaimana untuk melayani sebagai katekis. Banyak pengetahuan yang diperolehi, walaupun sudah lama melayani di gereja. Terutama sekali mengenai undang-undang gereja dalam buku Hukum Kanonik, sakramen-sakramen dan banyak lagi.
 
Cabaran belajar di PPK? Semasa memberikan katekisis di gereja-gereja stesen luar kerana kateksisi itu harus di sampaikan dengan penuh persiapan dan keyakinan diri. Teman- teman seperjuangan pula semua berkerjasama sepanjang berkursus di PPK.
 
Terima kasih kepada tenaga pengajar PPK, Cg. John, Cg. Fred, Cg. Patrick dan Sr. Patricia yang banyak membantu dan membimbing. Terima kasih juga kepada suami dan anak-anak yang sentiasa memberi semangat sepanjang kursus di PPK. Syukur dan Puji Tuhan juga kerana adanya PPK tempat untuk mendalami iman dan pengetahuan serta kemudahan yang lengkap. –Marysia Michael
 

Flora

Sesi yang banyak membantu saya adalah dalam cara-cara berkatekesis. Semua sesi yang diajarkan oleh tenaga pengajar di PPK  membantu saya untuk meningkatkan pengetahuan saya lebih-lebih lagi dalam menguatkan iman saya. Dalam kelas yang dibimbing oleh Cg. John, saya banyak belajar bagaimana berkatekesis di depan umat, dalam ibadat mingguan atau sesi katekesis singkat.

Perubahan yang dialami setelah mengikuti kursus ini, saya lebih keyakinan diri dan ada rasa keberanian dalam pelayanan.

Pembahagian masa merupakan satu cabaran bagi saya, kadang-kadang masa saya berkerja dan jadual pembelajaran di PPK sering bertembun. Oleh itu, terdapat sesi permbelajaran di PPK yang saya tidak dapat ikuti.

Saya berharap agar pembelajaran seperti ini diteruskan untuk membentuk katekis-katekis  yang sentiasa teguh dan setia dalam pelayanan. Semoga pelayanan para katekis akan menjadi lebih mantap dalam menjalankan pelayanan di bawah naungan Paroki KSFX –Flora Yohanes

 

MorrisSesi yang sangat membantu adalah melalui topik “Allah Bapa mendampingi umatnya.” Sesi ini membantu saya untuk memahami bagaimana Alkitab ditulis dan dijelaskan. Pengertian yang tersirat dalam setiap ayat dan pengajaran yang boleh diperolehi.

Sebagai peserta kursus, hidup seseorang itu pasti ada perubahan, iman semakin teguh, keyakinan diri untuk berdepan dengan umat dan sentiasa bersikap rendah diri.

Semasa  belajar di PPK, memang cabaran itu ada. Perlu ambil masa untuk membaca dan merenung Firman Tuhan. Walaupun sibuk, harus ambil masa untuk menghadiri kuliah, sebab kesibukan itu bukan alasan. Masalah itu juga bukan satu alasan untuk tidak hadir kelas di PPK, sebab masalah itulah sebenarnya masa untuk Tuhan.

Perjalanan kursus sekarang ini adalah yang terbaik cuma perlu ada sedikit penambahbaikkan. Cadangan agar pembelajaran tentang Alkitab di perbanyakkan lagi terutamanya kitab Injil. Pelajar juga harus  didedahkan  dengan banyak praktikal berkhotbah atau berkatekesis. –Morris Jinni

 
 

Mok Saya melayani sebagai katekis Komuniti Cina KSFX, pembimbing Inisiasi Kristiani, Krisma dan PMG, pelayan sabda Misa Harian dan Misa Cina, pelayan karismatik di Paroki KSFX.

Sesi yang sangat memberi manfaat kepada saya adalah kaedah-kaedah menyampaikan khotbah. Oleh itu, saya menyedari bahawa penyampaian khotbah bukan memberi pengertian kepada firman Tuhan secara teologika, tetapi lebih mementingkan cinta kasih dan belas kasih Tuhan dalam kehidupan umat setiap hari. Saya juga didedahkan agar membuat persiapan sebelum memberi khotbah, katekisis atau perkongsian di mana melalui pembacaan firman disertakan dengan renungan, memilih tema yang sesuai, merancang dan menstrukturkan khotbah.

Impak terbesar yang saya alami setelah menamatkan kursus ialah pelayanan bukanlah sekadar pengetahuan yang dperolehi tetapi ianya adalah kehendak dan panggilan Tuhan. Merendahkan hati dan sikap serah diri kepada Tuhan perlu ada. Selain itu, saya juga menyedari bahawa manusia ada batasan kekuatannya dan perlu berdoa kepada Tuhan sebagai sumber segala kekuatan.

Oleh kerana saya adalah umat awam yang juga kerja untuk mendapatkan rezeki harian saya, maka banyak masa dan tenaga adalah kerja hakiki saya sebagai seorang pendidik. Apabila sampai masa menghadiri sesi pembelajaran di Pusat Pastoral Keningau, kadang-kala saya berada dalam keadaan yang letih lesu dan masih memikirkan kerja-kerja saya yang belum selesai. Kesibukan ini juga membuatkan saya tidak menyiapkan kerja kursus dengan sempurna. Pemahaman saya terhadap isi kandungan pelajaran pun bukan sepenuhnya, banyak lagi perlu saya dipelajari. Walaupun sudah tamat kursus, bukan tamatnya pembelajaran, perlu tingkatkan lagi usaha saya.

Penambahbaikan yang saya cadangan adalah mewujudkan bilik pembelajaran yang lebih kondusif, seperti meja dan kerusi yang mencukupi, pencahayaan yang baik dan penghawa dingin yang perlu diselenggara dari semasa ke semasa. Di samping itu, mengaktifkan perpustakaan PPK supaya buku-buku dan sumber rujukan yang ada boleh dipinjam atau dirujuk. Penggunaan sumber atas talian atau platform media sosial juga harus diperluaskan. Sekian terima kasih. –Martin Mouk

 

 
 

PENERIMAAN SIJIL PELAJAR PPK 2017

FacebookTwitterWhatsApp

Tahap 1&2

KENINGAU : Majlis Penyampaian Sijil kepada pelajar PPK Tahap 1 sesi 2016/2017 dan Tahap 2 sesi 2015/2016  telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang berlangsung pada 9 September 2017 ini diadakan di Dewan Terbuka PPK.

Majlis ini dimulakan dengan Misa Kesyukuran kepada pelajar PPK yang terlibat. Misa disempurnakan oleh Rev. Fr. Rudolf Joannes. Dihadiri oleh lebih kurang 100 orang termasuklah pelajar PPK Tahap 1 dan 2, Pelajar Baru PPK dan ahli-ahli keluarga pelajar yang yang turut memeriahkan majlis.

SONY DSC

SONY DSC

 

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

“Pengetahuan mengenai Tuhan dan gereja yang di kecapi itu merupakan satu perubahan baru kepada setiap kamu  agar lebih dapat mendorong umat untuk mendekati dan mengimani Tuhan. Kerendahan hati dalam diri juga perlu diutamakan terutama dalam pelayanan sebagai pemimpin gereja. Sifat cinta kasih dan sabar juga harus ada sebagai pemimpin gereja dalam menghadap umat yang kurang pengetahuan  mengenai Tuhan. Kerana kasih merupakan inti dalam kualiti pelayanan yang baik.” demikianlah pesan yang disampaikan dalam homili Fr. Rudolf.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Selepas Misa, Penyampaian Sijil dan jamuan kesyukuran diadakan di Dewan Terbuka PPK. Sesi penyampaian sijil kepada  36 orang pelajar Tahap I dan 15 orang pelajar Tahap II. Majlis penyampaian sijil ini disempurnakan sendiri oleh Pengarah PPK iaitu Fr. Rudolf. Serentak dengan penyampaian sijil, majlis dimeriahkan lagi dengan sambutan kedatangan 40 orang pelajar PPK tahap I bagi sesi 2017-2018 yang baru.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

satuweb

duaweb

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

 

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

 


 

PERKONGSIAN PELAJAR PPK

ImeldaPengalaman selama setahun belajar dalam Tahap 2 sangat bermakna. Pelbagai cabaran yang harus  ditempuhi terutama sekali kekangan masa unuk menghadiri kelas kerana ada kalangan kelas diadakan pada waktu malam. Pengorbanan dan disiplin diri sangat penting sepanjang Tahap 2 ini. Namun semuanya ini menjadi pengalaman  yang sangat indah, suka dan duka bersama rakan-rakan dan guru-guru. Pendedahan untuk berkatekisis diluar adalah satu lagi pengalaman baru bagi saya agar lebih berani dan sentiasa bersiap sedia berhadapan dengan pelayanan. Kerjasama dan sikap ambil berat antara sesama pelajar dan guru-guru menyuntik semangat untuk terus belajar dan bertahan sehingga selesainya pembelajaran di Tahap 2. Mengikuti Tahap 2 selapas Tahap 1 sesi 15/16 bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk dikongsikan lebih-lebih lagi kepada para pembimbing.

Selain keinginan diri sendiri, saya juga didorong oleh rakan-rakan pembimbing dan katekis pemimpin ibadat dari KUK Panui, juga guru-guru PPK. Dorongan juga hadir daripada keluarga yang sentiasa memberi kekuatan bagi saya.

Perasaan yang sukar diungkapkan setelah berjaya menamatkan pembelajaran Tahap 2. Kegembiraan yang tidak terhingga dan sangat berbaloi. Namun belajar bukan setakat disini tetapi akan terus belajar.

Terima kasih kepada Rev. Fr Rudolf, Sr. Pat, Cikgu John, Cikgu Fred dan Cikgu Patrick atas tunjuk ajar dan bimbingan, rakan-rakan Tahap 1 dan 2 yangs entiasa membantu dan semua ahli keluarga yang sentiasa mendorong . Tuhan Memberkati. – Imelda Goniur Denis (Katekis Pembimbing dan Lektor)

LolenSaya Lawrance Yong berumur 55 tahun daripada pelajar Katekis Tahap 1 dan melayani sebagai Pemimpin Ibadat Sabda dan Pelbagai Doa. 

Sepanjang saya mengikut kelas Katekis Tahap 1, kami mempelajari sebanyak lapan subjek yang berkaitan dengan pemimpin awam atau lebih dikenali sebagai Katekis selama satu tahun. 

Tujuan saya mengikut kelas ini adalah kerana saya ingin memperolehi pengetahuan yang mendalam tentang ajaran Katolik serta mahu melayani di ladang Tuhan.  Saya mendapat dorongan daripada Roh Kudus, bukan itu sahaja isteri serta anak-anak saya juga mendorong saya untuk mengikuti kelas ini.

Saya amat bersyukur kerana berjaya menyelesaikan pembelajaran saya dalam Katekis Tahap 1,  saya amat bersuka cita, kerana sebelum ini saya amat risau,  saya akan gagal. Terima kasih kepada semua tenaga pelajar.  -Lawrance Yong 

SHARING DARI STAF PPK DAN PELAJAR PPK

FacebookTwitterWhatsApp

Apabila gereja katolik di Sabah menyedari bahawa kurangnya pembimbing umat katolik, maka seorang Paderi bangsa German bernama George Baur, mula mengambil, melatih dan mengajar umat beriman menjadi Katekis. Yang dibantu oleh Tati Jambu, dan kemudian Jeune Neydorff dan saya sendiri {Peter Kodou}. Izinkan saya kongsi (share) serba sedikit tentang peranan katekis…? Panggilan menjadi Katekis adalah panggilan luhur yakni mengambil bagian dalam tugas pengajaran Yesus Kristus di dunia sebagai guru, untuk mewartakan Injil khabar gembira kepada semua orang. Oleh kerana itu seorang katekis hendaknya senantiasa hidup dalam Sabda Allah. Semangat hidup itu didorong oleh Rasul Paulus yang berseru: “Celakalah aku, kalau tidak mewartakan Injil” (I Kor. 9:16). Bagaimana mereka mendengar tentang Dia, jika tidak ada yang memberitakan-Nya?” (Rom. 10:4). Hal ini mencerminkan seruan Rasul Paulus: “Bagaimana mereka dapat percaya akan Dia (Tuhan Yesus Kristus), jika mereka tidak mendengar tentang Dia? Maka Gereja begitu terdesak kerana masih banyak umat belum mengenal Kristus pada ketika itu.

Walaupun katekis-katekis di seluruh Paroki di Sabah tidak memiliki ijazah dalam bidang katekatik pada ketika itu tetapi mereka memiliki semangat belajar dan mampu mengajarkan iman katolik secara baik dan penuh semangat pengorbanan memberikan kesaksian tentang khabar gembira yang telah mereka terima. Mereka benar-benar menjadi katekis yang bertanggung jawab dalam mengisi kekosongan tenaga Paderi waktu masa Gereja sangat memerlukan, Tugas utama katekis adalah mewartakan Sabda Allah melalui pengajaran agama, dan membimbing sembahyang setiap minggu tanpa Paderi, membahagi pengalaman hidup Kristiani, dan penghayatan hidup beriman. Katekis bersama Paderi paroki dan sister-sister mengajar umat Allah yang dipercayakan kepada mereka. Kerana sedikit Paderi di Sabah ketika itu, maka katekislah yang mengajar umat beriman, bukan saja dengan kata-kata melainkan dituntut kesaksian hidup dari seorang katekis. Mereka menyedari bahawa pewartaan Sabda Allah adalah bahagian penting dari tugas asal Gereja. Pewartaan Sabda Allah adalah juga tugas utama dari semua umat beriman sebagai pengikut-pengikut Kristus. Tujuannya adalah agar umat beriman semakin diteguhkan iman mereka, dibaharui sehingga mampu menjadi saksi.

Tujuan pengajaran agama itu tercapai bila katekis tidak hanya memberi pengetahuan ajaran, melainkan juga kesaksian hidup dari katekis sendiri. Umat akan lebih mudah menerima pengajaran agama dengan contoh, kesaksian hidup daripada hanya ajaran saja. Hendaknya apa yang diajarkan sesuai dengan apa yang dipraktikkan dalam kehidupan oleh katekis sendiri walaupun sukar melakukannya! Bukan sebaliknya, kesaksian hidup seorang katekis menjadi batu sandungan bagi umat beriman. Kerana itu, seorang katekis memiliki spiritualitas yang utuh dan dewasa berfungsi seperti seorang gembala. Katekis memainkan peranan penting sekali untuk mengajarkan dan mengembangkan iman “Katekesis”. Khususnya berkenan dengan sakramen-sakramen, merupakan bahagian utama pendidikan sekeluarga dan pelajaran agama. Gereja kuat jika iman umat beriman juga kuat. Iman akan kuat jika ada katekesis, pengajaran iman umat secara berkesinambungan dan berpanjangan. Meskipun demikian tugas ini kadang-kadang tidak dijalankan.

Pada hal inilah tugas utama Gereja: mewartakan Injil khabar gembira kepada semua bangsa. Para katekis hendaknya melayani tanpa pamrih, berkorban, mengutamakan pelayanan kepada umat, mampu bekerjasama dengan Paderi Paroki, bekerjasama dengan umat agar pelayanan iman dan kehidupan rohani umat dapat terurus dengan baik. Selain saya mengajar di PUSKAT, dan apabila tiada kursus, saya juga pergi menginjil ke kampung-kampung seperti Kampung Sinua dekat Gunung Trusmadi dan kampung Pohon Batu – terpaksalah berjalan kaki berpuluh-puluh batu untuk sampai Pohon Batu, di daerah Pensiangan. (Saudara Peter Kadau)

I started with PUSKAT on January 1975 under the late Fr. P. J. de Wit. My part in PUSKAT was to take care of the wives of the Catechist. My job was to teach them the scripture. I explained to them the work of the husbands as Catechists and their wives should help their husbands. I invited the Home Demonstrators from the Agriculture Deparment and they came and taught the wives sewing, handwork and cooking. In september 1979 the late Bishop Simon Fung send Peter and me to the East Asian Pastoral Institute, Manila for a nine month course on a Catechetical Programme. Peter continued for a six month Audio Visual course. I came back to work in PUSKAT. Then in 1991, I was send by Bishop John Lee for 2 renewal courses in EAPI and after the course I was invited by the EAPI to assist a nun who had to leave because she was elected as a Superior of a congregation. So I was at the EAPI till December 1996. (Saudari Jeune Annete Neydorff)

Terima kasih atas kesempatan yang diberikan oleh pihak penganjur Jubli Emas Pusat Pastoral Keuskupan Keningau untuk berkongsi pengalaman sebagai mantan tenaga pengajar di PPK. Saya mula melayani di PPK dari bulan Julai 1994 hingga Disember 2006. Dalam tempoh yang panjang seperti itu, sudah tentu saya telah menimba banyak pengalaman. Bagaimana saya menghadapi realiti kehidupan yang saya alami sebagai tenaga pengajar pada waktu itu?

Saya mengalami rahmat demi rahmat dari Tuhan untuk berhadapan dan menempuhi pengalaman yang pahit dan manis. Pengalaman-pengalaman ini telah meneguhkan dan menyedarkan keterbatasan diri saya. Dengan adanya pengalaman tersebut membuat saya merasa; “ada sesak, ada ragu, ada pertanyaan…mengapa?”.

Di sebalik semua itu, apabila melihat saudara-saudari yang pernah saya didik di PPK, saya hanya dapat bersyukur atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk melayani mereka. Semuanya itu indah pada waktunya, yang telah ditetapkan oleh Allah yang mencintai kita. Kepada mereka yang masih melayani di PPK dan akan melayani di sana, teruskan pelayanan saudara sebab PPK masih relevan pada zaman ini sebagai pusat untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pendalaman iman. (Sr. Veronica Kandaung, FSIC)

My desire to be a Religious Sister was to proclaim the Gospel to others. This desire of mine was being fulfilled when I served at PPK for almost ten years. I started serving there since 1989 to 1998. I really enjoyed journeying in faith with the catechists (trainees). I discovered more about God. I experienced of His presence in the celebration of the Holy Eucharist and during the adoration of the Blessed Sacrament.

I have built up my closed relationship with the Lord each time I did my readings, preparing for my lessons especially the reading and the reflecting of the Word of God. While serving at PPK, I was also formed and transformed to be more committed and responsible instrument of God. I learnt to be more patient. It was not easy to journey with the catechists because of their different temperament. So much so I have practiced to say the ejaculation prayers daily, interceding the Holy Spirit to form them to be effective and committed catechists.

The most difficult part of my life was the budgeting because the formation center was facing financial problem at that time. Preparing the daily menu was not that easy. Each time I prepared the menu, I make sure the catechists were not under nourished. From this I learnt to do shopping very economically.

Working as a team with the staff was very encouraging, enriching and comforting too in spite of our differences and our different responsibilities.

Now as I look back, it was really a joy of serving in PPK at that time. I realized that the Lord was and is still journeying with me till up today.

So I left PPK to go for the three month leadership course in Kali-Urang, Salah-Tiga, Indonesia. (Sr. Imelda Angang FSIC)

Saya pernah bertugas sebagai kerani di Puskat Mission Keningau pada tahun 1971-1972 dibawah jagaan Rev. Fr. Georg Bauer yang berasal dari Jerman. Pada ketika itu saya berusia 24 tahun. Tugas saya pada masa itu bukan sahaja sebagai kerani, tetapi sebagai guru mengajar isteri-isteri para Katekis yang buta huruf untuk membaca dan menulis. Selain itu saya juga mengajar mereka memasak (kari) dan membawa mereka berkebun, menanam bunga-bungaan dan sayur-sayuran serta menjaga haiwan peliharaan Rev. Fr. Georg Bauer seperti burung-burung, monyet dan kura-kura.

Semasa ketiadaan Fr. dipejabat, saya akan menyediakan buku-buku katekismus yang digunakan oleh para katekis yang datang belajar dan berkursus menjadi katekis. Mereka datang dari Bundu Tuhan, Tambunan dan Keningau. (Saudari Tati @ Alberta Jombo @ Alberta Lupang)

Saya dilantik menjadi Pengarah Puskat/PPK dari tahun 1984 hingga tahun 1999 dan sebagai Ketua Staf sejak tahun 2000. Puskat adalah singkatan untuk Pusat Latihan Katekis, yang wujud pada bulan Oktober 1966, komited untuk melatih para calon Katekis . Namun setelah Keuskupan Keningau wujud, maka pada bulan Januari 1997 Puskat dinaik taraf menjadi Pusat Pastoral Keuskupan Keningau dengan tujuan agar pusat ini bukan hanya untuk melatih para calon Katekis sahaja tetapi juga melatih para Pelayan Pastoral gereja secara umum. Dengan demikian Puskat adalah salah satu bidang yang ditawarkan di bawah kelolaan Pusat Pastoral Keuskupan Keningau.

Pusat ini adalah sebuah tempat yang pertama di Sabah dan Malaysia, telah melatih lebih 2000 orang Katekis. Pelayan Pastoral yang datang bukan hanya dari Sabah, tetapi juga dari Sarawak, Semenanjung, Negara Brunei, Singapura dan Australia. Secara peribadi saya berbangga menjadi salah seorang pelayan di Pusat ini, walaupun penampilannya cukup sederhana, tetapi secara diam-diam mampu menggerak dan membentuk individu menjadi pewarta iman yang unggul. Ramai yang tetap setia melayani sebagai Katekis dan Pelayan Pastoral di Paroki masing-masing dan ramai juga yang menjadi Komuniti Betania, Religius dan Paderi yang berjiwa Katekis.

Pusat ini berjaya mencapai umur 50 tahun bukanlah atas usahanya sendiri. Selain karya Roh Kudus, perkembangan dan kekuatannya adalah hasil daripada kerjasama mantap daripada Uskup, para Paderi, Religius FSIC, Majlis Pastoral Paroki, Komisi Katekis, para alumni, para dermawan dan staf PPK. Saya berharap agar kerjasama yang mantap ini diteruskan demi meningkatkan lagi keazaman PPK untuk mencapai wawasannya: “Pembentukan Iman Dan Minda Yang Berterusan,” yang komited untuk melayani dan mengasihi agar Kristus dikenali dunia.

Maka jika sekiranya ada kelemahan yang dihadapi dari semasa ke semasa, maka nasihat St Paulus ini akan sentiasa menjadi penawar: “Kerana ketika aku lemah, pada masa itulah aku mendapat kekuatan daripada Kristus” (2Kor 12:10). Cabaran-cabaran iman yang kita hadapi di zaman teknologi ini memerlukan perhatian yang lebih. Maka tidak dinafikan peranan PPK masih dan tetap diperlukan dalam bidang pembentukan iman dan minda yang berterusan, seperti kursus-kursus pembentukan Katekis, Pelayan Pastoral, Pemimpin Ibadat Sabda, Pemimpin KKD, Kerasulah Alkitab dan pelbagai keperluan Pastoral semasa. Selain pembentukan dalam bentuk kursus, PPK juga sedang merangka suatu bentuk kursus dengan menggunakan media sosial supaya ramai umat terutama para pemimpin dapat dibimbing dan dibentuk iman dan minda mereka secara berterusan sesuai dengan masa dan tempat mereka masing-masing.

Saya percaya dengan adanya perayaan Jubli Emas PPK ini, akan memberi suntikan semangat yang baru kepada PPK Untuk menjadi sebuah Pusat Pastoral yang komited, efektif dan mampu memberikan tindakbalas kepada keadaan semasa. (Saudara John Lainsin)

Pada 23 Mac 1979, saya telah menyertai Kursus Katekis Sukarela yang pertama kali diadakan oleh PUSKAT. Kursus ini dianjurkan berikutan kekurangan Paderi dan Katekis yang melayani di kawasan pedalaman seperti Katolik Mission dan kawasan KSFX. Seramai 23 orang yang datang dari pelbagai KUK telah menyertai kursus selama 3 minggu ini. Kursus ini bertahap kerana setiap tahun berikutnya, ada kesinambungan sehingga selesai genap tiga bulan.

Selepas menyertai Kursus Katekis Sukarela, saya mula melayani pada bulan April 1979 dan hingga kini saya telah menjadi Katekis Sukarela selama 8 tahun, Katekis separuh masa selama 12 tahun dan katekis sepenuh masa selama 18 tahun.

Selain daripada menjadi katekis, saya juga terlibat dalam pelayanan lain seperti menjadi Pengerusi KUK, Kelompok Doa, Komiti Keluarga, Komiti Katekis, menjadi Pembimbing Rohani ZON Rancangan Belia, KBK dan LOM di Paroki Roh Kudus, Sook. Selain itu, saya juga menjadi Pengerusi Komisi Katekis Keuskupan Keningau, Komisi Tanah Keuskupan dan Timbalan Pengerusi Komiti Katekis seluruh Sabah. Sehingga kini, saya membantu Paderi sebagai staf di Pejabat Paroki Sook dan terlibat sebagai ahli Team Pastoral Keuskupan Keningau.

Walaupun sudah menjangkau 38 tahun dalam pelayanan, perjuangan saya ini sebenarnya masih elum tamat kerana saya percaya dan yakin bahawa selagi keadaan kesihatan dan daya tahan diri masih mengizinkan, selagi itulah saya akan terus aktif melayani hingga ke penghujungnya. Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan yang selama ini memilih dan memanggil saya dalam pelayanan seumpama ini dengan memberi inspirasi dan kekuatan melalui dorongan kuasa Roh Kudus-Nya. Terlalu banyak pengalaman manis dan pahit yang saya lalui dan saya juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dan godaan selama melayani. Namun, apa yang penting adalah menyerahkan semuanya itu di tangan Tuhan dan mohon bimbingan Roh Kudus untuk menguasai diri saya agar terus hidup dalam semangat kesatuan, kesetiaan dan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada Kristus dan Gereja-Nya.

Dalam kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong yang pada suatu ketika dahulu telah memilih dan mendorong saya untuk menyertai Kursus Katekis Sukarela yang mana pada waktu itu saya hanya sebagai pelapis di antara dua orang yang

dipilih. Terima kasih juga kepada semua Paderi yang pernah melayani di Paroki Roh Kudus, Sook kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.

Sesungguhnya, Roh Kudus itu adalah “Penolong dan Pengajar” (Yoh 14:26) dan sudah pasti pelayanan kita bersifat bersama Yesus dan untuk Yesus. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kita dalam pelayanan kita semua. (Perkongsian oleh Katekis Joseph Edward)

Syukur dan terima kasih kepada Tuhan atas anugerah besar kerana mewujudkan pusat ini. Sebelum mengikuti Kursus Katekis tahap I, pengetahuan saya tentang Gereja Katolik sangat kurang. Saya beryukur kerana melalui kursus ini, saya boleh mempelajari banyak perkara dan pengetahuan tentang iman saya sendiri. Antara topik yang ditawarkan adalah Kitab Hukum Kanonik yang dikendalikan oleh Rev. Fr. Rudolf, Konsili Vatikan II oleh Cikgu John Lainsin, Katekatik oleh Sr. Patricia, Wahyu Ilahi oleh Fredolin Umis dan Cara mentafsir Alkitab oleh Patrick.

Selama setahun mengikuti kursus ini membantu saya memperbaiki mutu pelayanan saya serta memberikan banyak pengetahuan dan pemahaman yang baru. Misi melayani ke outstasi memberikan lagi pengalaman baru kepada pelayanan saya. Antara pelayanan yang telah kami lakukan di kawasan outstasi Zon Pohon Batu dan Zon Dalit adalah memberikan katekesis tentang Berbelas Kasih, sakramen, sepuluh hukum dan doa khas dalam Gereja. Harapan saya adalah agar saya dapat meneruskan lagi pembelajaran di PPK ini. (Saudara Alexcious Tawasin)

Pembimbing Krisma KUK St. Raymond Bulu Silou. Saya telah mengikuti Kursus Katekis pada tahun 1982. Saya bersyukur kerana dapat mengikuti kursus di Puskat / PPK. Sepanjang kursus kami diberi pendedahan tentang Alkitab, tanggungjawab sebagai katekis dan lain-lain lagi. Saya juga telah mengikuti Kursus Pembelajaran IKD dan saya juga adalah kumpulan yang pertama mengikuti kursus IKD di Puskat. Dengan pendedahan yang saya perolehi dari Puskat tentang tanggungjawab sebagai katekis, bukan saja saya jalankan di Keuskupan Keningau tetapi saya juga jalankan tanggungjawab itu di Keuskupan Agung Kuala Lumpur ketika berkerja disana sehingga tertubuhnya Misa Bahasa Melayu. Bagi saya, kursus yang diadakan di PPK masih relevan. Supaya umat lebih bertanggunjawab tentang penginjilan. Sekali lagi saya berterima kasih atas segala usaha PPK selama ini. Saya ucapkan tahniah kepada PPK yang akan merayakan Jubli Emas. Semoga maju jaya dan diberkati Tuhan. (Saudari Magdelina Philip)

Tidak pernah terlintas difikiran saya untuk mengikuti kursus di “Puskat” (pada ketika itu 1992) kerana saya baru sahaja 2 tahun menjadi Katolik dan masih muda pada ketika itu (22 tahun). Syukur dan puji Tuhan kerana atas cadangan umat di KKD Kg. Muhibbah, saya telah mendaftarkan

diri untuk mengikuti kursus ini. Pada mulanya, sukar bagi saya untuk memahami setiap topik yang diajar pada waktu itu. Antara topik yang disentuh adalah; Pengetahuan tentang Agama Katolik, Pengantar Alkitab, IKD-Teori dan Praktikal, Liturgi Ibadat Sabda, Kepimpinan Katekis dan Liturgi. Namun, kerana kesungguhan dan keinginan untuk belajar yang ada dalam hati saya, maka saya mampu mengatasi segala kesukaran yang saya hadapi. Selain belajar tentang pengetahuan agama, saya belajar tentang erti kerjasama lebih 26 lebih lagi apabila bekerja bersama sebagai satu pasukan. Erti kerjasama ini dapat saya pelajari terutama ketika diberi peluang untuk mengupacarakan ibadat pengkebumian. Pada ketika itu, pelbagai perasaan yang timbul, takut, gementar dan rasa ingin menangis pun ada. Namun, syukur kepada Tuhan, kerana saya mempunyai tim lain yang memberikan sokongan dan bantuan kepada saya. Melalui peristiwa ini, saya mula mengerti bahawa “saya tidak bersendirian dalam pelayanan ini”.

Suka duka ketika dalam proses pembelajaran memang saya alami. Sepanjang kursus, kami ditempatkan di penginapan dan berada jauh dari keluarga. Kerinduan kepada keluarga dan adik beradik sentiasa berlaku, namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kursus ini. Kehadiran tenaga pengajar seperti cikgu John Lainsin dan Fredolin Umis banyak membantu proses pertumbuhan iman saya. Fr. Cosmas Lee yang pada ketika itu melayani di Keuskupan Keningau sentiasa memberikan semangat kepada kami dan ada ketikanya kami dibawa untuk melayani ke pelayanan luar (masuk kampung) untuk melayani. Melalui pelayanan ini, saya melihat keperluan pelayanan katekis begitu ketara dan amat diperlukan.

Berbekalkan inspirasi Roh Kudus, Sabda Allah, doa dan harapan kepada Allah yang Mahakuasa, akhirnya saya berja menghabiskan kursus dengan jayanya dan telah diutus melayani sebagai katekis. Kini, usia pelayanan saya sebagai katekis telah menjangkau umur 25 tahun pada 3 Mei 2017 akan datang. Sabda kehidupan yang sentiasa menjadi pegangan ketika saya diutus sebagai katekis adalah daripada Yoh 15:5 “Akulah pokok anggur dan kamu carangcarangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia akan berbuah lebat, kerana tanpa Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.”

Kursus ini sangat membantu pelayanan saya, kerana memandangkan perkembangan umat yang semakin ramai dan semakin terdedah kepada perkembangan teknologi, gereja kita memerlukan seorang katekis yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan generasi pada masa kini. Kursus ini mampu melahirkan katekis yang mempunyai kebolehan seperti ini.

Harapan saya untuk PPK adalah agar dapat berterusan melahirkan katekis atau pelayan Tuhan yang taat dalam pelayanan, berpengetahuan dan mempunyai iman yang sejati. (Saudari Valintina Mery Ann Usad)

Gereja Maria Rani Tobitua Linsudan (GMRTL), Kg. Linsudan, Zon Kapayan Baru Mula melayani pada Januari 1980 (Berumur 64 tahun) SEJARAH PELAYANAN DI GEREJA Petikan Alkitab “Bukan kamu yang memilih Aku, melainkan Aku yang memilih kamu” (Yoh 15:16), menjadi salah satu pedoman saya dalam pelayanan gereja sebagai seorang Katekis. Sebelum melayani sebagai seorang Katekis, saya mempunyai tiga kepercayaan iaitu bomoh, ubat dan agama. Pada ketika itu, saya dan isteri mempunyai dua orang anak lelaki tetapi setelah anak pertama kami berusia dua tahun setengah dia telah dipanggil Tuhan. Sejak dari peristiwa itu, kami mengalami banyak masalah.

Beberapa hari selepas itu, semasa sedang tidur, saya bermimpi berada di atas awan dan pada mulanya saya mengumpulkan daun tarap yang masih di pokok dan saya memeluk daun tarap tersebut. Kemudian saya mengumpulkan embun-embun yang berada di Barat, Timur, Utara dan Selatan. Embun-embun tersebut saya letakkan di dada saya dan saya kembalikan semula embun tersebut di tempat asal. Ketika terjaga dari tidur, saya menjadi bingung dan benar-benar tidak memahami akan erti mimpi tersebut. Hari seterusnya, Katekis Limun melawat ke rumah kami sempena memperingati hari ke-40 kematian anak kami. Beliau mengatakan kepada saya untuk mengikuti kursus PUSKAT dan ketika itulah hati saya terbuka untuk mengikuti kursus tersebut.

Pada awal bulan Januari tahun 1980 saya mula mengikuti kursus tersebut selama satu bulan dan setelah itu, saya mula bertugas di kampung sendiri iaitu Kampung Linsudan. Kemudian kursus tersebut disambung semula pada bulan Mei 1980, selama satu bulan. Setelah menamatkan kursus, saya meneruskan pelayanan saya sebagai seorang katekis. Pada tahun 1981, saya bertugas di dua tempat iaitu Kampung Tohan Baru yang mana Ibadat Sabda dimulakan pada jam 8.00 pagi dan di Kampung Linsudan pada jam 10.00 pagi. Pada ketika itu, walaupun bangunan gereja belum ada, namun Ibadat Sabda tetap dijalankan bertempat di Balai raya kampung.

Pada tahun 1982, kami mengadakan lawatan katekis di Bundu Tuhan, Ranau. Di sana saya telah bertemu dengan seorang Sister yang bernama Sister Jane. Lawatan ini merupakan lawatan saya yang pertama dan ternyata ianya memberi berkat kepada saya. Semasa lawatan ini, saya telah menceritakan mimpi saya kepada Sr. Jane dan beliau menjelaskan bahawa daun tarap yang dikumpulkan adalah melambangkan lembaran Kitab Suci manakala embun pula bermaksud Firman Allah. Apabila saya renungkan maksud mimpi tersebut sesuai dengan Firman Allah iaitu “Bukan kamu yang memilih Aku, melainkan Aku yang memilih kamu” (Yoh 15:16), saya mengambil petikan ini sebagai pedoman dalam pelayanan saya.

Pada tahun 1983, saya meluaskan pelayanan saya dan mula bertugas di Chapel (KUK) Kapayan Baru selama tiga tahun dan membahagikan masa juga untuk memimpin Ibadat Sabda di Gereja St. Yohanes, Linsudan (kini Gereja Maria Rani Tobitua). Saya juga telah melalui pelbagai cabaran sepanjang beberapa tahun melayani sebagai katekis. Namun, Firman Allah selalu memberi saya kekuatan dalam pelayanan.

Kerana kebaikan Tuhan, doa permohonan saya untuk meminta kebijaksanaan supaya dapat menghafal isi kandungan dalam buku Ibadat Sabda telah dikabulkan dan saya amat bersyukur atas karunia yang dicurahkan kepada saya. Pada pertengahan tahun 90-an, bangunan gereja yang baru telah dibina di Kg. Linsudan. Nama gereja iaitu Gereja St. Yohanes telah ditukarkan kepada Gereja Maria Rani Tobitua Kg. Linsudan (GMRTL) yang digunakan sehingga kini.

Selepas 20 tahun melayani, pada tahun 2000, saya telah berehat selama satu tahun setengah disebabkan oleh masalah keluarga. Pada ketika itu, kami sudah mempunyai ramai anak. Setelah itu, saya kembali melayani pada Jun 2002 sehinggalah pada hari ini di tahun 2017. Saya sangat bersyukur kerana Tuhan telah menyelamatkan saya dan keluarga daripada kepercayaan sesat pada waktu dahulu dan Tuhan telah membimbing saya menjadi seorang pelayan gereja yang setia. Syukur, Puji Tuhan. Alleluia. (Saudara Justin Gamiun Bin Michael Basangai)

Bila dan apa tujuan saya dihantar? Pada awalnya, pengetahuan saya tentang PPK Keningau adalah tidak begitu jelas sekali. Sebelum menyertai Kongregasi Franciscan Sister of the Immaculate Conception, saya tidak mempunyai sebarang idea tentang Kursus atau pembentukan yang dijalankan di PPK Keningau, setahu saya PPK adalah tempat untuk mereka yang mahu melayani Gereja sebagai KATEKIS atau Pemimpin Ibadat Sabda. Itupun, kerana jiran kami pada ketika itu merupakan seorang Pemimpin Ibadat Sabda atau lebih dikenali dengan panggilan “Kategis”(Katekis) pada ketika itu. Sewaktu melihat gambar beliau (Late Katekis Thaddeus Bungkoris) duduk dengan barisan para peserta yang lain, saya merasa begitu senang sekali (tetapi tidak memahami mengapa). Bagi saya mereka telah melakukan pengorbanan yang besar apabila mereka sanggup mengikuti kursus di PPK, untuk jangka masa yang lama. Dan pada masa yang sama, saya tidak pernah terfikir bahawa suatu ketika nanti saya juga akan mendapat peluang yang sedemikian. Tetapi perasaan kagum terhadap mereka tetap ada. Mengikuti Kursus di PPK Keningau merupakan salah satu program yang telah dikhaskan kepada semua para Novis sewaktu tahap pembentukan kedua. Apabila saya dan Novice Lucynia dihantar ke PPK untuk mengikuti kursus selama dua minggu pada April 2010, saya langsung tidak mempunyai apa-apa idea apa dan bagaimana program itu akan dijalankan. Apa yang jelas, saya serta perserta yang lain akan mengikuti kursus itu selama dua minggu.

Apakah pengalaman saya sepanjang Kursus PPK?.

Kursus yang berjalan selama 2 minggu, merupakan satu pengalaman yang amat berharga kepada saya. Dalam kursus tersebut, kami diberikan bahan-bahan yang amat menarik, (diberikan oleh Sr. Patricia Limun Fsic, Cikgu John Lainsin, dan Cikgu Fredoline Umis); yang berkaitan dengan tatacara ibadat sabda di dalam dan luar Gereja, sejarah gereja dan juga perjalanan liturgia. Sungguhpun kursus itu begitu singkat sekali, ianya memberikan manfaat yang sangat baik. Ini dapat saya katakan kerana, segala yang telah saya pelajari dapat saya praktikan di mana-mana paroki yang saya layani.

Selain daripada bahan-bahan yang menarik, saya juga berpeluang untuk tinggal bersamasama dengan beberapa peserta sebagai satu komuniti. Pengalaman ini juga memberi ruang kepada saya untuk lebih yakin untuk berkomunikasi (amat membantu sehingga sekarang). Melihat kepada keadaan sekarang, yang penuh dengan kepesatan pembangunan, bagi saya kursus seumpama ini yang dianjurkan oleh PPK adalah sangat relevan. Kursus seumpama ini bagi saya bukan sekadar untuk menyampaikan tetapi pada masa yang sama, merupakan satu pembentukan dan pemantapan iman. Sekali lagi di dalam kesempatan ini, saya ingin berterimakasih kepada semua tenaga pengajar serta staf PPK yang banyak berkorban untuk memperkongsikan pengalaman Iman mereka. Tuhan memberkati anda semua. (Sr. Liza Angie, FSIC)

When the “Kursus Petugas Pastoral Gereja” (3 months) was brought to my attention by my Sisters in community, I was reluctant to attend it. I felt I would not be able to cope with it as I have lost touch with the usage of Bahasa Malaysia for years. However, with much coaxing, I got confidence to give it a try, trusting God is my faithful Helper. Moreover, I know attending the course would definitely helped me in my ministry of reaching out to the Sabahan and Sarawakian families. After I had completed the course, I felt it was a great experience in my life. I gained much confidence in the usage of Bahasa, besides the understanding and knowledge to minister to the Bahasa speaking families. This I believe is because the course is well planned and organised and the teaching Staff is dedicated and with much experienced in their work. As each day passed, the participants grew to become like a family; learning, sharing and caring for one another. Moreover, the programme of daily lessons, activities, exposure trips and daily Masses and prayers were well organized to help participants benefit fully from the course. Thus, at the end of the course, I could do well in my tests and evaluation of participants.

Now, after about 4 years from the training, I am still happily reaching out to the Bahasa speaking communities especially, Sabahans and Sarawakians. I feel this is a great gift of God to me as I could minister well in this ministry that is much needed in Kelantan. Once again, my heartfelt thanks to PUSAT PASTORAL KEUSKUPAN and the wonderful teaching staff for their untiring and caring work that made our training a memorable response to the proclaiming of the GOOD NEWS and the BUILDING OF GOD’S KINGDOM. SYABAS (Sr. Caroline Gan, FMM)

Saya telah mengikuti kursus katekis selama 3 bulan di PPK pada tahun 2011. Syukur dan puji Tuhan, banyak perkara baharu yang saya pelajari terutama dengan mengenali iman Kristiani. Sebagai seorang manusia kita semua memiliki latar belakang yang berbeza namun, dengan berkat dan kasih Tuhan siapa pun kita tidak kira bijak pandai atau sebaliknya, jika Tuhan yang memilih panggilan itu pasti tidak mengenal siapa kita. Pengalaman hidup dimasa lampau telah banyak mengajar saya erti kehidupan, dengan memberanikan diri untuk belajar keimanan di PPK, syukur seribu kali syukur, kerana dengan kursus singkat selama tiga bulan sepenuh masa ternyata satu perubahan yang terindah berlaku dalam kehidupan peribadi saya. Dari seorang pemalas pergi sembayang, kini berubah menjadi ajen Tuhan untuk membangunkan iman kepada keluarga dan sesama. Indah pada waktunya. Tuaian memang banyak namun pekerja sedikit, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Puji dan syukur Tuhan Yesus kerana memilih dan memanggil untuk melayani diladang –Nya yang luas ini. (Katekis Denis @ Zeno Kogoh)

Pertama sekali saya bersyukur dan puji Tuhan kerana diberi kesempatan untuk menulis perkongsian sempena ulang tahun Jubli Emas PPK ini. Terima kasih kepada Tuhan kerana panggilan-Nya. Tanpa Dia siapalah saya ini (Yoh 15:5)

Terima Kasih saya tujukan kepada Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, Rev. Fr. Lazarous Uhin yang sudah bertukar ke Kuala Penyu dan terutama Pengarah PPK. Rev Fr. Rudolf Joannes serta tenaga pengajar iaitu John Lainsin, Fredoline Umis, dan Sr. Patricia kerana menerima saya sekali lagi berkursus tahap 2 di PPK yang sedang akan tamat tidak lama lagi, walaupun saya sudah tergolong dalam kalangan lanjut usia tetapi itu tidak menghalang saya untuk menyertainya kerana bagi saya, semakin meningkat umur kita, seharusnya semakin kita lebih mendekati Tuhan melalui pelayanan. Setiap kita harus meletakkan usia tua dalam konteks penyelengaraan Allah sendiri yang adalah kasih. Menyambutnya sebagai tahap dalam perjalanan yang digunakan oleh Yesus Kristus untuk menuntun kita ke rumah Bapa ( Yoh 14 : 2)

Kursus Katekis Tahap 2 memberi banyak pengalaman yang baru dan memberi inspirasi kepada saya untuk lebih melayani dengan lebih mantap dan efektif. Lebih-lebih lagi ketika kami menjalani praktikal dalam katekesis umat berlandaskan tema Keuskupan 2016- 2017 tahun ini – Keluarga, Belia, Ibu-Bapa dan Warga Emas yang sedang berjalan mulai Januari hingga bulan April 2017 ini. Dalam perjalanan katekesis yang diadakan di setiap zon di paroki KSFX, kami diberi tugas memberi katekesis secara kontektual kepada umat. Katekesis ini memberi pengalaman kepada saya untuk berinteraksi dengan mereka mengenai kehidupan Kristian sebagai individu, keluarga KKD dan masyarakat, disamping mengalami cinta kasih Tuhan melalui pendedahan katekesis berdasarkan firman Tuhan.

Praktikal yang dijalankan mengajar saya juga untuk lebih peka kepada pekerjaan Roh Kudus dalam pelayanan saya. Saya percaya, pelayanan yang telah kami lakukan di ZON atau KUK, adalah kerana Roh Kudus yang menyertai kami.

Harapan saya adalah agar terus dapat menyahut panggilan Tuhan melalui pelayanan ini dan berusaha sedaya upaya untuk berjalan bersama komuniti dalam mencapai kemuncak Jubli Perak Keuskupan KeningauSaya juga berharap kursus seperti ini dapat diteruskan dan lebih ramai lagi anak muda terutamanya mengambil peluang belajar di PPK kerana kursus ini sangat penting dalam membantu perkembangan iman umat kita. Semoga Tuhan memberkati , AMEN! (Katekis Francis Gangang)

SEJARAH SINGKAT PUSAT LATIHAN KATEKIS (PUSKAT) / PUSAT PASTORAL KEUSKUPAN (PPK) KENINGAU

FacebookTwitterWhatsApp

Kewujudannya adalah pada bulan Oktober 1966, yang dipolopori oleh seorang paderi berbangsa Jerman bernama Fr. George Bauer, MHM (kini mendiang). Pada waktu itu beliau adalah Paderi Mission Keningau. Sudah beberapa tahun lamanya beliau berurusan dengan para katekis. Beliau mendapati walaupun para katekis pada waktu itu sangat setia dan komited terhadap tanggung jawab mereka sebagai katekis, namun kebanyakan mereka hanya tahu sedikit cara-cara berkatekesis dan apa yang perlu dikongsikan kepada para katekumen.

PPK8

Oleh kerana semua bimbingan agama di perkampungan pada waktu itu dilaksanakan oleh para katekis, maka beliau berpendapat bahawa adalah sangat penting bagi para katekis tersebut mendapat latihan yang secukupnya. Namun ini semua memerlukan sebuah bangunan untuk dijadikan tempat tinggal dan latihan bagi para katekis. Bagaimana pun, kewangan mission pada waktu itu tidak mencukupi untuk membangun bangunan tersebut. Melalui bantuan beberapa orang umat, ditambah dengan pengalamannya sebagai seorang tukang kayu, akhirnya beliau berjaya membangun sebuah bangunan sederhana yang mempunyai empat buah bilik.

Kursus menjadi katekis yang pertama telah diadakan pada bulan Oktober hingga Disember 1966.

Nostalgia 1

Nostalgia 2

Pada tahun 1968, beliau bercuti ke negara asalnya, Jerman. Sekembalinya ke Sabah, beliau dilantik menjadi Paderi Mission Murut (sekarang Paroki Sook) yang meliputi kawasan Keningau hingga ke sempadan Kalimantan-Indonesia. Kebanyakan perkampungan yang terdapat di kawasan ini adalah berjauhan dengan stesen utama dan hanya boleh dicapai dengan perjalanan kaki yang memakan masa beberapa hari melalui hutan rimba. Kawasan-kawasan yang jauh itu hanya sekali sekala dilawati oleh paderi. Maka para katekislah yang berperanan penting untuk membimbing umat di tempat tersebut dengan mengadakan ibadat sabda bersama dengan mereka serta memberi bimbingan katekesis kepada mereka. Maka atas alasan inilah Fr. Bauer berpendapat bahawa memberi bimbingan yang secukupnya kepada para katekis yang bertugas untuk melayani umat di perkampungan merupakan tugasnya yang utama.

Nostalgia 3

Nostalgia 4

Pada bulan Januari 1970, telah diadakan mesyuarat para paderi. Dalam mesyuarat tersebut, masalah mengenai katekis telah dibincangkan dengan hangat. Diputuskan bahawa beliau diberi mandat untuk mengkaji peranan katekis di negeri Sabah serta membuat suatu cadangan dan pelan tindakan tentang pengambilan dan latihan bagi para calon katekis. Kemudian beliau melawat ke beberapa stesen-stesen Mission untuk mendapatkan pendapat daripada para paderi tentang katekis. Kesemua paderi yang diwawancaranya sependapat bahawa katekis perlu diberi kursus yang secukupnya. Pada mesyuarat para paderi berikutnya, diputuskan bahawa beliau harus kembali ke Jermam mencari dana untuk membangun sebuah pusat latihan katekis serta dana untuk membiayai kursus-kursus tersebut.

Nostalgia 5

Nostalgia 6

Pada bulan Jun 1970, beliau kembali ke Jerman dan pergi ke Missio di Aachen. Missio adalah suatu badan yang membantu dalam hal kewangan untuk perwartaan iman. Beliau telah memberi gambaran yang menyeluruh kepada Missio tentang keadaan umat dan katekis di negeri Sabah. Namun mereka belum dapat memberi keputusan pada waktu itu juga kerana pengagihan kewangan untuk projek seperti itu harus diputuskan oleh konferensi para uskup. Namun mereka berjanji pada beliau untuk membentangkan permohonan tersebut semasa konferensi para uskup diadakan.

Nostalgia 7

Pada bulan Mac 1971, sepucuk surat tiba dari Missio-Jerman, mengatakan bahawa permohonan untuk membiayai latihan katekis telah diluluskan. Tetapi tidak ada jawapan tentang permohonan mendirikan bangunan pusat latihan katekis. Namun atas bantuan para dermawan dari Jerman, sebuah lagi bangunan enam bilik, sebuah dapur dan dua kamar mandi telah dibina dan dilengakapi dengan tenaga elektrik dan air paip. Bangunan tersebut siap dibina pada bulan Julai 1971. Dengan adanya penambahan bangunan yang kedua itu, maka 10 orang katekis beserta keluarga mereka dapat ditampung pada setiap kali didakan kursus. Waktu itu dicadangkan untuk mengadakan kursus 3 bulan didakan sebanyak 3 kali dalam satu tahun. Maka kursus menjadi katekis selama 3 bulan yang pertama diadakan pada 01 Ogos hingga 23 Oktober 1971. Seramai 10 orang katekis yang telah menyertai kursus tersebut. Mereka adalah:

  1. Kts Victor Yunsu – Ranau
  2. Kts Philip Jumin – Bundu Tuhan
  3. Kts Linus Gumat – Telupid
  4. Kts Philip Ampong – Tulid, Keningau
  5. Kts Edward Mamat – Tenom
  6. Kts Herman Diki – Limbahau, Papar
  7. Kts Victor Kawa – MMembakut
  8. Kts Domicic Salinun – Kota Belud
  9. Kts Thomas Antim – Keningau
  10. Kts Fabianus Limun – Keningau

Pada tahun 1973, Missio-Jerman telah meluluskan peruntukan sejumlah RM130,00.00- untuk pembangunan pusat latihan katekis yang baru. Bangunan lama telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada 4 bangunan baru yang terdiri daripada asrama katekis yang mempunyai 10 ruang tamu, 10 bilik tidur, 2 ruang dapur dan 2 ruang tempat cuci, mandi dan tandas. Bangunan kedua terdiri atas 2 bilik kuliah, 1 ruang capel, 1 ruang rekreasi dan 1 ruang pertukangan. Bangunan yang ketiga dan ke empat adalah untuk tempat tinggal para tenaga pengajar. Bangunan ini telah diberkati oleh Uskup Peter Chung pada 19.08.1973.

PPK9

Pada penghujug tahun 1974, Fr. De Wit MHM (kini mendiang) telah menggantikan tempat Fr. G. Bauer sebagai pengarah Puskat. Beliau telah meneruskan tugas Fr. Bauer untuk melatih lebih ramai katekis. Selama tempoh memegang jawatan tersebut, beliau telah melatih lebih kurang 100 orang katekis atas bantuan kewangan daripada Missio.

PPK10

Pada bulan Mac 1979, Fr. Wim Van der Salm. MHM, telah mengambil alih tugas Fr. De Wit, sebagai pengarah Puskat dan meneruskan tugas untuk melatih lebih ramai katekis. Sekitar tahun tersebut, sebilangan besar paderi-paderi dari Eropah diarah oleh kerajaan untuk kembali ke negara asal mereka masing-masing. Banyak paroki pada waktu itu tidak mempunyai paderi. Maka tenaga katekis sangat diperlukan untuk menjaga Gereja selain daripada menjalankan tugas mereka sebagai katekis serta menjadi pembantu utama bagi para paderi yang datang melawat ke paroki yang berkenaan.

PPK11

Pada bulan Januari 1984, saya mengambil alih tugas Fr. Wim Van der Salm sebagai pengarah Puskat atas arahan Uskup Datuk Simon Fung (kini mendiang). Bermula tahun tersebut, Puskat melatih bukan hanya para calon katekis tetapi juga para katekis yang sudah dilatih di Puskat serta masih aktif bertugas sebagai katekis. Berdasarkan tinjauan kami pada waktu itu, dirasakan bahawa para katekis yang mendapat latihan singkat rata-rata bertahan melaksanakan tugas-tugas katekis hanya selama enam bulan atau paling lama satu tahun sahaja. Ini semua disebabkan latihan yang diterima di Puskat pada waktu itu terlalu singkat ditambah lagi dengan latar belakang pendidikan mereka yang sangat kurang sehingga mereka tidak sanggup menghadapi tekanan umat setempat yang mahu mendalami iman secara lebih mendalam lagi.

PPK12

Berdasarkan pengalaman tersebut kami mula melatih katekis yang mempunyai latar belakang pendidikan yang lebih baik, iaitu sekurang-kurangnya tingkatan 3. Tujuannya adalah melatih kumpulan katekis yang sesuai dengan keperluan paroki dan keuskupan dari masa ke semasa. Sudah lebih 30 tahun kami memberi kursus 6 bulan dan satu tahun dan yang terkini dua tahun selain daripada kursus-kursus singkat sesuai dengan keperluan paroki dan keuskupan.

PPK13

Semenjak Puskat didirikan, segala bentuk perbelanjaan adalah sebahagian besar diperolehi daripada Missio, Jerman. Ianya merupakan sebuah badan amal untuk membantu membiayai pertubuhan-pertubuhan agama kristian. Namun bantuan tersebut mulai berkurangan sejak tahun 90an kerana mereka merasakan bahawa keuskupan di Sabah sudah mula boleh berdikari untuk membiayai pergerakan Puskat.

Pada bulan Januari 1989 uskup baru Uskup Datuk John Lee (kini Uskup Agung Emeritus) yang menggantikan mendiang Uskup Datuk Simon Fung, mengarahkan saya untuk terus menjadi pengarah Puskat, Fr. Francis Tsen sebagai penasihat dan Fr. Cornelius Piong (kini Uskup Keuskupan Keningau), diberi mandat untuk mengadakan mesyuarat dengan staf Puskat dalam pengendalian aktiviti-aktiviti Puskat.

Apabila Keuskupan Keningau ditubuhkan pada tahun 1993, Uskup Datuk Cornelius Piong yang baru ditahbiskan menjadi uskup itu memang arif tentang Puskat sebagai tempat khusus untuk melatih katekis, mencadangkan agar Puskat dapat diperluaskan peranannya untuk mengadakan pelbagai kursus pastoral dan tidak hanya terikat pada kursus katekis sahaja.

Maka bermula pada bulan Januari 1997, Puskat dinaik taraf menjadi pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPK). Dengan adanya PPK, bukan bererti Puskat dihapuskan, tetapi berada di bawah naungan PPK. Sejak tahun 1997, latihan untuk calon-calon katekis merupakan salah satu bidang yang ditawarkan oleh PPK di samping kursus-kursus pastoral yang lain untuk para pemimpin umat dan orang-orang persendirian yang berminat untuk memperdalamkan pengetahuan dari segi keagamaan dan kepimpinan kristian.

Peserta kursus yang ingin menyertai kursus katekis semakin ramai, tetapi bangunan dan kelengkapan PPK/Puskat sangat kurang. Maka saya cadangkan pada Uskup Datuk John Lee agar sebuah bangunan lagi perlu didirikan dilengakapi dengan pelbagai kemudahan. Atas bantuan kerajaan negeri Sabah, Missio-Jerman dan dari para dermawan tempatan, maka sebuah bangunan konkrit yang terdiri dari aras bawah, aras 1 dan 2 mula dibangunkan pada tahun 1991. Namun oleh kerana kewangan tidak mencukupi maka bangunan tersebut dibangun dalam dua fasa. Fasa kedua disiapkan pada tahun 1995. Bangunan ini diberkati oleh wakil Paus iaitu Uskup Agung Luigi Bressan pada 08 september 1995.

Selain memberi kursus bagi para katekis, saya dapat melihat bahawa PPK boleh dijadikan sebuah pusat animasi dan penglibatan yang mendalam dalam hidup menggereja. Dengan cara ini PPK boleh menjadi suatu pusat pembaharuan bagi seluruh keuskupan. Bagaimana pun, segala perkembangan ke arah itu bergantung pada uskup, para paderi dan para pemimpin awam untuk melihat keperluan-keperluan dalam bidang tersebut yang pasti muncul dari masa ke semasa.

Syukur kepada Tuhan, setelah 15 tahun menjadi pengarah Puskat / PPK, maka pada tahun 2000 saya diganti oleh Fr. Gilbert Engan. Kemudian beliau diganti oleh Fr. Boniface Kimsin pada tahun 2002. Fr. Boniface Kimsin pula digantikan oleh Fr. Justin Joannis SJ pada 16 Februari 2011. Pada pertengahan tahun 2014, Fr. Rudolf Joannes mengambil alih menjadi pengarah yang baru hingga kini. Kehadiran empat orang paderi muda tempatan sebagai pentadbir PPK ini merupakan suatu anugerah Tuhan bagi perkembangan PPK. Tidak dinafikan banyak idea dan pembangunan telah mereka curahkan demi pembangunan dan pembentukan minda dan iman katekis secara berterusan.

Pada ketika ini tujuan jangka panjang PPK adalah untuk merealisasikan visi tentang hidup menggereja cara yang baru melalui tranformasi paroki-paroki agar menjadi suatu gabungan komuniti-komuniti serta dapat menjana iman dan minda secara berterusan untuk memupuk budaya menyembah, pembentukan iman dan bertanggung jawab sosial berteraskan tekad untuk melayani dan mengasihi.

Semoga Pusat Pastoral ini menjadi suatu sumber berkat bagi para katekis serta pemimpin awam yang lain untuk menjadi lentera bahtera Kristus yang sentiasa menerangi, menyuluhi dan memancarkan cahayanya. Walaupun menghadapi badai dan taufan, namun tidak akan padam sinarnya. – John Lainsin.

JUBLI EMAS PUSAT PASTORAL KEUSKUPAN (PPK) KENINGAU KE-50.

FacebookTwitterWhatsApp

PPK1

KENINGAU: Pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPKK) atau dulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Katekis (PUSKAT) yang telah dibina dan diasaskan oleh Fr. Georg Bauer seorang Misionari Mill Hill pada Oktober 1966, merayakan Jubli Emasnya pada 27 – 29 April yang lalu.

PPK2

Dalam buku cendera kenangan sempena perayaan ulang tahun ke-50 PPK, Ketua Keuskupan Keningau, Uskup Cornelius Piong berkata, “Kita bersyukur kepada Tuhan atas dorongan dan bimbingan Roh Kudus yang memampukan Fr. Georg Bauer dan timnya pada waktu itu untuk memulakan dan mengendalikan kursus-kursus untuk para katekis seluruh Sabah ketika memulakan PUSKAT. Usaha mereka ini sangat membantu di dalam membangun iman yang berkualiti bagi umat Katolik di Sabah sejak tahun enam puluhan. Walaupun pada masa itu serba kekurangan tetapi saya merasa bahawa mereka telah meletakkan asas yang betul dalam pembangunan iman Katolik umat kita di Sabah.”

PPK3

Lanjutnya, Uskup Cornelius menjelaskan bahawa, “Setelah Keuskupan Keningau ditubuhkan dan mengambil alih pengurusan PUSKAT, kita telah menukar nama Institusi ini kepada “Pusat Keuskupan Keningau” (PPK). Penukaran nama Institusi ini adalah berdasarkan keperluan pastoral semasa. Institusi ini tidak lagi terhad kepada usaha-usaha melatih para Katekis Ibadat sahaja tetapi terbuka kepada umat yang ingin menambah pengetahuan dan melatih diri di bidang-bidang pelayanan pastoral yang lebih luas – seperti bidang kepemimpinan, memimpin doa, membimbing kateketik dan sebagainya.”

PPK4

Dalam kesempatan yang sama, Uskup Cornelius memaparkan bahawa Institusi ini sudah menabur jasa membimbing ramai Katekis Ibadat dan Pemimpin Umat dari seluruh Sabah. Sejak ditubuhkan hingga sekarang ini, Institusi ini telah mengeluarkan lebih 2000 Katekis Ibadat dan Pemimpin Umat. Beliau mengucapkan syabas kepada staf dan tenaga pengajar PPK yang kini diketuai oleh Fr. Rudolf Joannes.

PPK5

Selama tiga hari berhimpun di PPK, 400 Katekis yang pernah belajar di PUSKAT/PPK gembira dapat bertemu kembali dengan para tenaga pengajar serta rakan-rakan dari pelbagai Paroki dan Keuskupan. Pada hari pertama, selepas pendaftaran, para Katekis sibuk membuat persiapan untuk pameran mengenai aktiviti di Paroki atau Komiti Pelayanan masing-masing.

Hari kedua dimulakan dengan Perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Uskup Cornelius. Selepas Misa, ia diteruskan dengan sesi ucapan daripada Fr Rudolf, Pengarah PPK sebelum upacara perasmian yang diadakan di Dataran Keuskupan.

PPK6

Para Katekis juga mendengar beberapa ceramah iaitu “Peranan dan Halatuju PPK” yang disampaikan oleh Sdra John Lainsin,  selaku Pengetua PPK manakala ceramah kedua disampaikan oleh Tuan Suman Yasambun dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah yang bertanggungjawab kepada Adat dan Istiadat Anak Negeri yang lebih mengkhusus kepada Undang-Undang Perkahwinan Menurut Adat-Istiadat Tempatan.

Ini diikuti dengan ceramah ketiga oleh Msgr Gilbert Engan tentang “Undang-Undang Gereja”.

Para Katekis juga berpeluang mengemukakan ceramah melalui sesi soal jawab yang dipengerusikan oleh Cikgu Fredoline Umis, dan tiga panel sesi soal jawab iaitu Msgr Gilbert, Fr Rudolf dan Cikgu John Liansin.

PPK7

Pada sebelah malam, diadakan majlis makan malam yang turut dihadiri oleh Uskup Cornelius. Pada ketika ini, para hadirin berkesempatan mendengar lagu rasmi PPK yang dicipta oleh Cikgu John Liansin. Lagu itu dipersembahkan secara koir oleh para pelajar PPKK yang sedang mengikuti Kursus Katekis Tahap 2.

Pada hari terakhir perayaan ulang tahun ke-50 PPK, Uskup Cornelius meminta para Katekis terus melayani dengan tabah dan tidak gentar dengan pelbagai rintangan kerana Roh Kudus sentiasa menyertai mereka. Prelatus itu juga menyeru para Katekis agar menggalakkan kaum muda untuk menjadi Katekis.

Selepas Misa Kudus, para Paderi dan para Katekis menikmati makan tengah hari di Dataran Keuskupan bersama beberapa pemimpin politik iaitu Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Datuk Radin Malleh dan Datuk Ellron Alfred Angin. Staf yang pernah berkhidmat di PPK turut dikenang melalui acara penyampaian sijil.