1 views
Melita,Winnah,Moderator,Janet,Sabius,JOhn

INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA BERTAMBAH ANGGOTA

FacebookTwitterWhatsApp

 KENINGAU : Sekali lagi Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) menerima seorang anggota baru iaitu Sdri. Janet Leong yang melafazkan komitmen pertamanya di hadapan Bapa Uskup dan disaksikan umat yang hadir. Tidak ketinggalan juga bagi Sdra. Sabius Gatail Luis yang melafazkan komitmen kekalnya.

SONY DSC

Sdri. Janet Leong melafazkan komitmen pertamanya

Upacara Perlafazan Komitmen Kekal oleh Sdra. Sabius Gatail Luis

Litani Para Santo dan Santa

Bersempena dengan ini, perayaan Ekaristi telah diadakan di dewan terbuka Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT) oleh YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Dihadiri oleh lebih kurang 100 umat sekitar KSFX dan ahli keluarga anggota ISKB.

Sdri. Janet menerima Buku Garis Panduan Hidup ISKB

Bapa Uskup Mengalungkan Rantai Salib kepada Sdri. Janet Leong

 

Pemberian Buku Ibadat Harian

Pemberian Cincin bagi komitmen kekal

Disamping itu, tiga orang lagi anggota ISKB iaitu Sdra. John Ambi, Sdri. Winnah Jude dan Sdri. Melita Petrus turut memperbaharui komitmen sementara mereka.

Sdra. John, Sdri. Winnah dan Sdri. Melita memperbaharui komitmen

ISKB telah lahir di Keuskupan Keningau sejak 20 tahun yang lalu. ISKB merupakan komuniti awam sama ada lelaki atau wanita yang ingin dan memilih untuk hidup tunggal untuk Tuhan. Dalam pelayanannya, anggota ISKB berusaha menghidupi dan menghayati tiga komitmen iaitu kemurnian, kesederhanaan dan ketaatan. Setakat ini, Anggota ISKB di Keuskupan Keningau adalah seramai 20 orang, 16 komitmen kekal dan 4 orang komitmen semantara serta 5 orang peninjau.

Anggota ISKB

Bapa Uskup bersama anggota ISKB

 “Tuhan sentiasa menunggu kedatangan kita. Bagi kita yang datang kepada Yesus seperti anggota ISKB yang akan menerima dan memperbaharui komitmen merupakan satu ungkapan bahawa kita datang dan menyerahkan hidup kepada Yesus. Dalam kehidupan seharian khususnya dalam doa dan pelayanan seperti ini, kita boleh menjadi saluran kehadiran Yesus dan membawa orang-orang yang memerlukan Tuhan,” kata Uskup dalam homilinya.

Anggota Keluarga Janet

Bapa Uskup bersama Sdri.Janet dan keluarganya

Anggota Keluarga Sabius

Bapa Uskup dan Sdra.Sabius dan keluarganya

Seusai perayaan Ekaristi, Bapa Uskup, anggota ISKB dan para tetamu dijemput ke dewan RRKKT untuk jamuan kesyukuran. – An Richard

kek1

kek2

kek3

Gambar Bersama Uskup web

MENJADI LELAKI ADALAH MASALAH KELAHIRAN TETAPI MENJADI LELAKI SEJATI ADALAH MASALAH PILIHAN.

FacebookTwitterWhatsApp

KENINGAU : Kem Lelaki Sejati Katolik Siri ke–2 telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal pada 9 hingga 12 November 2017. Kem ini disertai oleh 36 peserta dari seluruh Keuskupan Keningau dan Keuskupan Kota Kinabalu. Kem siri kedua ini telah dikendalikan oleh seramai 14 orang Fasilitator yang terdiri daripada peserta kem siri pertama dan juga AJK Induk Kerasulan Lelaki Katolik (KLK) Keuskupan Keningau serta Tim WABERKAT.

Misa Kudus Pembukaan Kem web

Gambar AJK Pelaksana Kem web

Kem ini dimulakan dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Dalam homili Bapa Uskup. beliau berharap agar para peserta kem mengambil kesempatan ini untuk belajar bagaimana menjadi seorang Imam, Guru dan pemimpin keluarga.  Bapa Uskup menerangkan bahawa lelaki dan perempuan itu adalah sama tarafnya dimata Tuhan dalam “Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambarNya dia; laki-laki dan perempuan diciptakanNya mereka”.  (Kej. 1:27). Namun, yang membezakan hanyalah peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai lelaki atau perempuan

Seusai Misa Kudus, Bapa Uskup telah meluangkan masa untuk makan bersama AJK Pelaksana dan peserta kem.

Kem diakhiri dengan Misa Kudus oleh Pembimbing Rohani KLK Fr. Benedict Daulis dan jamuan kesyukuran.- Kerasulan Lelaki Katolik Keuskupan Keningau

REKOLEKSI GURU-GURU TADIKA ST. FRANCIS XAVIER, KENINGAU DAN ST. JAMES, APIN-APIN, KENINGAU.

FacebookTwitterWhatsApp

KENINGAU: Rekoleksi sehari bersama Seminarian David Gasikol yang bertempat di Pusat Retret Keuskupan Keningau Tatal telah diadakan pada 25hb April 2017.

GURU 1

Rekoleksi sehari ini telah dihadiri seramai 21 orang guru tadika termasuklah guru besar Tadika SFX dan SJA, masing-masing Sister Liza J dan Sister Tauria Taurin dari FSIC sister.

GURU 2

Dalam rekoleksi tersebut, Seminarian David, selaku penceramah rohani sepanjang rekoleksi tersebut, menekankan tentang identiti diri, penerimaan diri, dan introspeksi diri.

Rekoleksi tersebut telah diakhiri dengan adorasi yang di-integrasi, diikuti dengan makan malam kesyukuran kepada guru pelatih tadika daripada Kolej Vokasional dan Geomatika, Keningau yang telah menamatkan praktikal sekolah tadika selama empat bulan sejak Januari Tahun ini.

PENUTUPAN PINTU SUCI, RUMAH RETRET KEUSKUPAN KENINGAU, TATAL

FacebookTwitterWhatsApp

1

Tatal – Pintu Suci, Rumah Retret Keuskupan Keningau secara rasminya ditutup dalam perayaan Ekaristi yang dipimpin sendiri oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong (19/11). Di dalam kata pembukaannya, beliau berpesan: “Walaupun Pintu Suci tertutup tetapi pintu belasihan sejati selalu terbuka lebar bagi kita”. Penutupan Pintu Suci tersebut dihadiri lebih dari 2000 umat yang datang dari Keuskupan Keningau sendiri mahupun luar Keuskupan.

2

7

Bapa Uskup mengimbas kembali, tepatnya pada 8 Disember 2015 yang lalu, Paus Fransiskus dengan Bulla yang bertajuk “Misericordiae Vultus” atau “Wajah Kerahiman” menetapkan sebagai pembukaan tahun Yubileum Kerahiman dan berakhir pada 20 November 2016. Di dalam homili beliau, Bapa Uskup menjelaskan tujuan tahun kerahiman diadakan sangat jelas iaitu “jemputan untuk mengikuti teladan Bapa yang murah hati yang meminta kita tidak menghakimi atau menghukum tetapi mengampuni serta memberi kasih dan pengampunan tanpa batas”.

3

6

Tambahnya, Alkitab menjadi saksi akan belaskasihan Allah yang luarbiasa. Kejatuhan manusia pertama di dalam dosa, mengakibatkan keterpisahan antara manusia dan Allah (bdk. Kejadian 3). Kebebasan yang diberikan oleh Allah telah disalahgunakan. Namun, Allah tidak pernah menganggap itu sebagai keterpisahan. Alkitab menjadi saksi bahawa Allah berulangkali (bdk. Ibrani 1:1-2) mengutus para nabi sebagai penyambung lidah dan akhirnya Allah berbicara kepada manusia melalui perantaraan Putera-Nya sendiri.

4

8

Pengaruh media massa, telekomunikasi dan ideologi yang terpesong, membuat manusia semakin menjauhi belaskasihan Bapa. Sikap “We take for granted” atau “sambil lewa” akan iman kristiani, membuat manusia semakin kurang menyedari bahawa belaskasihan Bapa selalu ada bagi manusia. Melalui Paus Fransiskus, beliau berniat untuk memberitakan sebuah tahun suci sebagai cara bagi gereja untuk “membuat lebih jelas perutusannya iaitu menjadi saksi kerahiman”. Sebuah perziarahan iman menuju pertobatan untuk mendapatkan kerahiman ilahi.

5

9

10

Dalam kesempatan itu, Bapa Uskup memberi beberapa jalan yang boleh dilakukan oleh umat beriman, di dalam usahanya untuk menanggapi belaskasihan Bapa. Antaranya adalah: (1) Selalu menyempatkan masa untuk berdoa, baik secara peribadi mahupun diantara anggota keluarga. (2) Memiliki sikap yang konsisten di dalam membaca, mendengar dan merenungkan Firman Tuhan. (3) Menghayati Sakramen-Sakramen secara khusus Ekaristi dan Rekonsiliasi. (4) Menghadiri Adorasi atau Saat Teduh dan yang terakhir (5) Memberi diri untuk bergabung dengan komuniti-komuniti, agar iman semakin berkembang dan bertumbuh dan memiliki kasih terhadap sesama.

RUMAH RETRET KEUSKUPAN KENINGAU TUARID TATAL (RRKKT)

FacebookTwitterWhatsApp

Alamat: P.O. Box 2556,

89008 Keningau – Sabah

Contact Person: Cik Boniah Emin

Tel: 087-332935 / Fax: 087-331411

 

Rumah Retret Keuskupan Keningau (RRKK) merupakan sebuah kompleks yang unik dan menarik, terletak di sebuah perkampungan. RRKK telah diberkati pada 16 September 2005 oleh YM. Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan dirasmikan oleh Wakil Sri Paus Archbishop Selvatore Pinnachio pada 17 September 2005. RRKK ini terbuka kepada semua kumpulan, gereja, NGO atau orang perorangan. Ianya sangat sesuai untuk Retret, Rekoleksi, Seminar, Mesyuarat, Bengkel, Pembentukan Iman, Latihan dan tempat beriadah untuk keluarga.

Kemudahan

Penginapan: Lengkap dengan bilik mandi disetiap bilik. Kami menawarkan sebanyak 28 bilik yang boleh menampung 103 orang.

Chapel: Untuk berdoa, mendengar bisikan Tuhan. Chapel ini boleh memuatkan 90 orang.

Chapel Adorasi: Adorasi 15 jam dijalankan dari hari Isnin hingga hari Sabtu.

Dewan: Boleh menampung sehingga 300 orang dan lengkap dengan PA sistem, kerusi dan “white screen”

Bilik Mesyuarat: Boleh menampung sehingga 40 orang lengkap dengan meja mesyuarat dan kerusi.

Tempat Letak Kereta: Terdapat kawasan letak kereta dikawasan komplesk RRKK ini.

 

RRKKT

RRKKT

RRKKT

RRKKT

RRKKT

RRKKT

RRKKT

RRKKT

RRKKT

RRKKT