HARI KOMUNIKASI SEDUNIA PERINGKAT PAROKI KENINGAU

KENINGAU : Komisi Komunikasi Sosial (KOMSOS) telah mengadakan sambutan Hari Komunikasi Sedunia yang ke 52 di Paroki Keningau. Misa Kudus telah disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong di Katedral St.Francis Xavier dibantu oleh Diakon David Richard.

Antara aktiviti yang diadakan sempena dengan Hari Komunikasi Sedunia adalah Uskup memberkati para ahli KOMSOS dan juga pengamal media sosial.

Uskup juga menegaskan bahawa tugas seorang pengamal media khususnya KOMSOS bukanlah setakat karier sahaja tetapi juga merupakan misi supaya membawa berita yang benar dan tepat. Beliau berpesan agar sentiasa memohon Roh Kudus terutamanya pada waktu pagi sebelum memulakan rutin harian.

Prelatus itu juga berpesan kepada umat, sebelum menyebarkan berita ataupun info-info terutama sekali yang diterima melalui aplikasi Facebook,Whatsapp dan lain haruslah mengetahui asal usul dan kebenaran berita-berita tersebut.

Sebagai pengisian aktiviti Hari Komunikasi Sedunia, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang bertemakan “Roh Kudus turun ke atas Para Rasul” bersempena dengan Perayaan Pentekosta juga diadakan. Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu kanak-kanak berumur bawah 7 tahun, 8-9 tahun dan 10-12 tahun.