HARI MINGGU KATEKATIKAL PAROKI KENINGAU

FacebookTwitterWhatsApp

KENINGAU: Pada 28 Januari 2017, Hari Minggu Katekatikal bertemakan ‘Kristus Pengharapan Kita’  telah diadakan. Setiap tahun, Gereja Katolik di Malaysia akan merayakan perayaan ini. Dikesempatan itu, upacara pembaharuan dan perlantikan baru katekis pembimbing turut diadakan. Upacara ini  disempurnakan oleh YM Bishop Datuk Cornelius Piong di Katerdal St. Francis Xavier.

SONY DSC
Perayaan Misa sempena Minggu Katekatikal Sedunia

Setakat ini, katekis pembimbing di seluruh Paroki Keningau sudah mencecah 236 orang, yang mana 54 orang menerima perlantikan baru dan yang selebihnya memperbaharui komiten pelayanan mereka di hadapan Bapa Uskup dan umat yang datang ke perayaan Ekaristi. 

SONY DSC
Pembacaan Injil
SONY DSC
Pembaharuan Komitmen Katekis Pembimbing
SONY DSC
Perlantikan Baru Katekis Pembimbing

Menerusi homili beliau, “Kita mempunyai alasan yang kuat mengapa kita meletakkan harapan pada Yesus, mengapa pelayanan–pelayanan yang kita lakukan bukanlah sia-sia, kerana pertama ialah Yesus sendiri sudah buktikan bahawa Dia adalah utusan Bapa, Dia diutus oleh Allah Bapa sebagai ungkapan cinta kasih Allah kepada kita, seperti kita dapat baca dan renung dalam Yoh 3:16. Kita harus meletakkan pengharapan kepada Yesus kerana Dialah ungkapan penyertaan Allah kepada kita sebab itu namaNya Imanuel (Mat 1:23)”. 

Prelatus itu juga berpesan agar meletakkan pengharapan pada Yesus didalam tugas pelayanan. Apa yang pasti setiap pelayanan yang dilakukan haruslah berasaskan cinta kasih dan pengharapan terhadap Yesus terutama bagi katekis pertama di dalam keluarga iaitu ibu bapa sendiri, kerana merekalah yang pertama harus memperkenalkan siapa itu Tuhan kepada anak-anak, bukan hanya bergantung kepada katekis pembimbing sahaja. Sesuai dengan tema Keuskupan Keningau selama 25 tahun ini, iaitu ‘Keluarga Berpusat Kepada Kristus, Berbudaya Menyembah Tuhan, Memantapkan Iman Dan Bertanggungjawab Sosial’. –Feabiah Sandar

SONY DSC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *