KALAH ATAU MENANG BELAKANG KIRA

 KENINGAU: Pada 23 April 2018, sukaneka dan pertandingan memasak di kalangan Paderi dan sukaneka telah diadakan.  Bertempat di Dataran Keuskupan Keningau.

Kebiasaannya kita melihat Paderi memberikan homili dan juga melayani umatnya. Dikesempatan ini, para Paderi dapat menunjukkan bakat memasak dan umat dapat merasai kelazatan hasil masakan mereka.

6 orang Paderi telah menyertai pertandingan ini iaitu Rev. Fr Bonaventure, Rev. Fr Rudolp, Rev. Fr Bede, Rev. Fr Gilbert, Rev. Fr Giovani dan Rev. Fr Ronnie. Pertandingan memasak ini melibatkan 6 orang wakil paderi dari Paroki di bawah naungan Keuskupan Keningau. Kategori yang dipertandingankan adalah kreativiti hidangan, kebersihan, rasa masakan dan keseimbangan makanan yang dimasak. Sebanyak 3 hidangan yang perlu disediakan oleh setiap Paderi.

Pertandingan memasak antara Paderi dimenangi oleh Rev.Fr Rudolf Joannes yang dibantu oleh Diakon David dengan masakan “Stik Ayam dengan Sos Wain,” “Salad Kepayas dan Udang,” dan “Buah-buahan Tropika dengan Air Kelapa.” Tempat kedua disandang oleh Rev. Fr Bede dan tempat ketiga dimenangi oleh Rev. Fr Ronnie Luni.

Sukaneka merupakan penyertaan terbuka yang disertai oleh belia dan pelayan altar serta umat daripada KUK naungan Paroki KSFX. Staff Paroki KSFX, MPP dan Sisters turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam sukaneka ini. Sukaneka dikendalikan oleh Komiti Sukan KSFX.

Selain daripada pengisian menuju kemuncak Jubli Perak Keuskupan Keningau, aktiviti seperti ini dapat menyatukan umat dan memupuk kerjasama antara kumpulan serta memperkenalkan sukan tradisi turun-temurun kepada umat terutamnya kepada generasi muda. KOMSOS KGAU