KURSUS ASAS ANJURAN PUSAT PASTORAL KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU : Pusat Pastoral Keuskupan (PPK) telah mengadakan Kursus Asas Pemimpin Ibadat Sabda (PIS), Pemimpin Pelbagai Upacara Doa (PUD) yang bermula pada 26 November 2018. Kursus ini berlangsung selama satu minggu.

Seramai 12 orang umat telah mengikuti kursus ini sepenuh masa. Selebihnya hanya mengikuti Kursus PUD yang diadakan pada sebelah petang.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendekatan kepada yang berminat untuk mengetahui dan memahami cara-cara memimpin Ibadat Sabda pada hari minggu serta mengajar memimpin pelbagai Upacara Doa. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan penyusunan dan cara menyampaikan renungan.

Sesi Soal Jawab

Kursus ini tidak terhad kepada yang sudah melayani sebagai PIS atau PUD tetapi juga kepada yang berminat dan ingin belajar serta melayani sebagai PIS mahupun PUD.

12 peserta Kursus Asas bersama tenaga pengajar PPK

Pada 30 November turut diadakan Rekoleksi Pembantu Pelayan Komuni. Perlunya rekoleksi ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi iman para pembantu Pelayan Komuni sekali gus dapat memperbaiki diri pada masa akan datang.

Pembantu Pelayan Komuni turut mengabadikan gambar kenangan bersama