LAWATAN KASIH KEPADA WARGA EMAS

WE1

Tenom – Bersempena dengan tema Keuskupan Keningau tahun 2017 iaitu “Keluarga: Ibubapa dan Warga Emas”, satu lawatan kasih kepada Warga Emas telah pun diadakan. Lawatan pada kali ini merupakan anjuran AJKT MPP Tenom bersama Rev. Fr. David Mamat, Rev. Fr. Benedict Daulis, Sr. Leoni Jokinin, FSIC dan beberapa umat paroki pada 4-5 April yang lalu. Lawatan seumpama ini merupakan lawatan kasih sempena masa Prapaskah.

WE2

WE3

Sebanyak 40 buah rumah warga emas telah dikunjungi dan ini merangkumi 4 ZON iaitu bermula dari KUK Pamilan, KUK Mongol, KUK Pangalat, KUK Tipoh, KUK Pulong, KUK Melalap, KUK Pagansangon, KUK Lagud, KUK Paguokon, KUK LIGS, KUK Mandalom dan berakhir di KUK Batu-Batu.

WE4

WE5

Selain pelayanan Sakramen Rekonsiliasi bagi warga emas, AJKT MPP Tenom yang diketuai oleh En. Tony Wong turut memberi sumbangan kasih berupa keperluan-keperluan asas untuk setiap warga emas yang dilawati. Dalam kesempatan yang sama, para warga emas sangat berterima kasih untuk kunjungan pada kali ini. Mereka terharu kerana mendapat perhatian daripada para paderi dan umat yang turut serta dalam lawatan tersebut.

WE6

Rev. Fr. David Mamat selaku Paderi Paroki berharap agar lawatan seumpama ini akan diteruskan di masa hadapan. Beliau juga berterima kasih kepada umat yang menyertai dalam lawatan tersebut.

Sharing is caring!