LAWATAN PADERI KE GEREJA STESEN LUAR

KENINGAU : Pada 26 hingga 26 November 2018, lawatan Partoral ke Zon Pohon Batu yang melibatkan KUK St. Isidorus, KUK Pangaraan dan KUK ST. Paulus, Pohon Batu dan KUK St. Yosep, Kg. Lumiri Tengah.

Lawatan ini diketuai oleh Rev. Fr David Richard Gasikol sebagai pembimbing rohani lawatan, Tim Turun Ladang (TTL) dan Missionaris awam kawasan Dalit.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Sakramen Pengakuan kepada umat, pembaptisan bayi, Komuni pertama dan Sakramen Penguatan. Selain itu, katekis mengenai Adven dan Tema Pastoral, “Berjalan bersama dalam Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus.”

Lawatan ini memberikan pengalaman yang sungguh luar biasa terutamanya perjalanan ke destinasi yang sangat mencabar kerana keadaan jalan raya yang kurang baik. Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat jam.

Keadaan jalan yang dilalui semasa lawatan

Objektif utama lawatan ini adalah untuk mencapai umat-umat katolik yang jauh daripada pusat gereja dan menyajikan santapan iman kepada umat seterusnya memberikan sakramen. Dengan adanya lawatan ini memberikan impak positif kepada umat di Zon Pohon Batu khususnya agar sentiasa teguh dan berkembang dalam iman. Roger Gasikol

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan
Umat KUK St. Isidorus, Kg. Pengaraan
Umat KUK St. Paulus, Pohon Batu
Umat KUK St. Yosep, Kg. Lumiri Tengah