LAWATAN PASTORAL UNTUK MENDEKATI UMAT

TAMBUNAN : Pada 9 Februari 2019, Rev. Fr. Rudolf Joannes dan Rev. Fr. Harry Dorisoh telah menjalankan lawatan Pastoral ke semua 34 gabungan KKD naungan Paroki St. Theresa, Tambunan.

Fr. Rudolf dan Fr. Harry telah ditugaskan untuk melayani di Paroki St. Theresa bermula 27 November 2018 lalu. Fr. Rudolf berharap agar umat sentiasa berjalan bersama merealisasikan Tahun misi dengan 4 dimensi yang disarankan.

Dalam pada itu, paderi berharap agar para anak muda terus bermurah hati dan memberanikan diri untuk menjawab panggilan Tuhan sebagai paderi mahupun religius.

Lawatan Fr. Rudolf berakhir untuk pusingan pertama di St. Anthony, Papar
Lawatan Fr. Harry di Kg. Mogong

Fr. Rudolf mengajak agar semua KKD mencontohi dan menghidupi semangat KKD awal iaitu Rasul Yesus yang memberi diri untuk dibaptis, mengimani ajaranNya dan selalu berkumpul bersama (Kis 2:41-47). Beliau juga menyeru pemimpin baru bagi sesi 2019 untuk membantu dan menyokong serta bersatu dan berjalan bersama Paderi dalam apa juga penganjuran aktiviti kerohanian.

Sharing is caring!