LOGO TAHUN MISSIONARI

“KIta Dibaptis dan Diutus dengan Misi Mewartakan Kristus”

Dengan tema ini diharapkan agar kita sebagai umat khusunya di Keuskupan Keningau sentiasa menyedari dan mensyukuri bahawa melalui pembaptisan kita diutus untuk mewartakan Kristus Yesus walau dimanapun kita berada dan dlam apapun keadaan kita hadapi.

Sri Paus Francis menegaskan empat dimensi iman yang boleh membantu kita dalam menjadi pewarta khabar gembira Kristus. Melalui logo Tahun Missionari bagi Keuskupan Keningau, kita mampu memahami empat dimensi ini dengan berlandaskan kepada tema Tahun Missionari.

 

WARNA KUNING KEEMASAN

Bentuk salib dan Keluarga/Komuniti

Bermaksud membangun pertemuan dan pengenalan kita dengan peribadi Yesus hidup dam hadir dalam Gereja melalui Ekaristi, Firmanya serta doa peribadi dan komuniti kita.

 

 


GABUNGAN MERAH DAN PUTIH

Kuasa Roh Kudus Putih dan Merah Ikon Santo Paulus

Putih bermaksud Kuasa Roh Kudus – Turut serta dalam pembentukan kerohanian yang disediakan untuk kerja dan pelayanan Misi.

Merah mengingatkan kita pengalaman para saksi iaitu Santo dan Santa, Martir dan Ikon Santo Paulus dipilih kerana semangatnya di mana ia berkata – “Malanglah aku jika aku tidak mengkhabarkan Berita Baik”


WARNA HIJAU

Berbentuk tangan menerima dan memberi

Menjalankan kebajikan Missionari sebagai suatu komitmen bersama seluruh Gereja dikalangan orang-orang miskin dan terpinggir