MAJIS MAKAN AMAL VALENTINE NITE 2019

KENINGAU : Pada 15 Februari 2019, Majlis Makan Amal Valentine Nite peringkat Paroki KSFX telah diadakan di Dewan Solidariti Keuskupan Keningau.

Majlis makan amal yang merupakan aktiviti pastoral ini diadakan bertujuan bagi mengumpulkan dana bagi menambah kerusi dan menaiktarafkan bangunan Dataran Keuskupan Keningau dan Rumah Retret Keuskupan Keningau Purun, Kuala Penyu.

Majlis ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada umat seluruh Keuskupan Keningau.

Merah dijadikan warna tema Valentine Nite
Penyambut tetamu yang terdiri daripada Pelajar Kursus Pensijilan Katekis Tahap 1

Valentine Nite kali ini merupakan penganjuran kali ke 17 yang diadakan setiap tahun. Majlis yang bermula pada jam 7.00 malam ini dirasmikan oleh YM Uskup Cornelius Piong. Di dalam ucapan, beliau menyatakan kesyukuran kepada Tuhan atas kesempatan yang diberikan olehNya kerana dapat berkumpul bersama dalam Valentine Nite. Uskup mengucapkan terima kasih kepada paroki-paroki yang datang dan memberikan sokongan. Beliau berharap agar semangat seperti ini dapat diteruskan.

Uskup dalam ucapannya

“Melalui Valentine Nite, kita akan dapat terus mengungkapkan kasih sayang kita kepada satu sama lain melalui keterlibatan kita dalam apa-apa keperluan gereja, umat dan sesama kita,” ucap beliau sambil mengalu-alukan kehadiran Rev. Fr. Aloysius Fidelis daripada Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Pn. Maria Kuntiou selaku Pengerusi Penganjur

Pengerusi Tim Penganjur, Pn. Maria Kuntiou dalam ucapannya memberikan penghargaan kepada Uskup atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk mengetuai Tim Penganjur Valentine Nite itu. Pn. Maria juga mengucapkan terima kasih kepada Tim Penganjur yang begitu bersemangat dan bekerjasama serta penghargaan kepada yang hadir dalam majlis tersebut.  Harapan beliau agar anjuran seperti ini diteruskan dan umat terus menyokong.

Tim Pelaksana bersama Bishop menyampaikan lagu bertajuk “Insan Sodop”

Menariknya, Valentine Nite kali ini dimeriahkan dengan Valentine’s photo-booth, cabutan nama dan meja bertuah serta persembahan lagu tajaan. KOMSOS K’GAU

Antara umat yang hadir dan menyokong Valentine Nite

Sharing is caring!