MENJADI MULUT DAN SUARA KEPADA TUHAN

KENINGAU : Pada 8 Julai 2018, Misa sempena dengan Hari Minggu Alkitab, Pembaharuan janji bagi para Pelayan Sabda bagi Paroki Keningau telah diadakan di Katedral St. Francis Xavier. Perayaan misa di sempurnakan oleh Uskup Cornelius Piong.

“Minggu Alkitab mengingatkan kita bahawa pentingnya Firman Tuhan kerana Allah yang kita kenal sentiasa ingin berhubung dengan kita umatNya iaitu melalui firmanNya. Oleh itu, firman Tuhan itu harus dibaca dan direnung setiap hari supaya kita dapat lebih mengenali Tuhan. Dalam kehidupan, iman adalah penting. Imanlah yang menunjukkan bahawa kita percaya kepada Tuhan. Proses membangun iman ada banyak cara salah satunya adalah melalui Firman Tuhan.

Gereja juga telah berusaha membantu dengan menyediakan medium bagi umat untuk mengenal dan mendalami iman dengan mengadakan Saat Teduh dan Devosi Adorasi di gereja,” Ujar Uskup dalam homilinya.

Selepas homili, para Pelayan Sabda memperbaharui janji di hadapan Uskup dan umat yang hadir merayakan Misa.

Pelayan Sabda bagi Katedral St. Francis Xavier

Uskup berpesan kepada Pelayan Sabda supaya pelayanan sebagai lektor diterima sepenuh hati sebagai satu panggilan dan perutusan. Beliau juga berharap agar para lektor menggunakan kesempatan itu untuk menjadi saluran bagi Tuhan untuk menyampaikan pesan-pesan dalam firmanNya kepada umat yang dilayani.

Pada 7 Julai 2018, rekoleksi Pelayan Sabda peringkat paroki Keningau telah diadakan. Rekoleksi dimulakan dengan Saat teduh oleh Bapa Uskup. Diikuti dengan ceramah yang disampaikan oleh Fredolin Umis.

Leave a Reply