MENTRANSFORMASIKAN IMAN MELALUI KUASA FIRMAN TUHAN

KENINGAU : Pada 10 Julai 2018, seramai 14 pelayan sabda telah mengikuti pertandingan Pewarta Sabda peringkat Zon KSFX. Pertandingan ini merupakan anjuran Komiti Alkitab KSFX sempena sambutan Minggu Alkitab. Para peserta  datang dari pelbagai KKD sekitar Zon KSFX. 

Pertandingan ini bertempat di Katedral St. Francis Xavier dan bermula pada pukul 7.00pm. Para peserta dengan pakaian pewarta sabda masing-masing hadir dengan penuh semangat.

Turut hadir beberapa umat yang datang yang datang memberikan sokongan.

Pertandingan seperti ini diadakan bukan untuk mencari pemenang tetapi untuk menunjukkan bahawa tugas pelayanan sebagai Pelayan Sabda merupakan suatu pelayanan yang penting dan perlu dilaksanakan secara serius serta penuh komitmen.

Acara diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada semua peserta, penyampaian hadiah kepada para pemenang dan cenderakenangan kepada para juri. Para juri yang dijemput  merupakan tenaga pengajar di Pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPK), iaitu Cikgu John Lainsin, Cikgu Fredolin Umis dan Sr. Patricia Limun.

Para peserta bergambar bersama Tim Pelaksana dan para juri

 

Pertandingan Pewarta Sabda dimenangi oleh saudari Alice Benedict, naib johan saudari Jupinah Abol dan  tempat ke-3 jatuh kepada saudari Mathilda Sius.

Pemenang Pertandingan Pewarta Sabda

Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk memilih peserta mewakili Pewarta Sabda dari KSFX untuk mengikuti kemuncak pertandingan Pewarta Sabda peringkat Paroki KSFX di St. Blasius, Magatang.

Syabas dan terima kasih kepada semua peserta. Tahniah kepada semua pemenang. Teruskan pelayanan sebagai Pewarta Sabda. Terima kasih juga kepada para juri yang telah setia dan sabar mendengar dan menilai persembahan dari semua peserta. Tuhan memberkati. RX

Leave a Reply