KHAMIS PUTIH: Malam Perjamuan Terakhir

KENINGAU : Minggu Suci merupakan hari memperingati minggu terakhir kebangkitan Yesus dari kewafatanNya di kayu salib. Tridum sempena sambutan paskah bermula pada perayaan Khamis Putih. Tridum ini merupkan tiga hari sebelum perayaan Paskah dan perkara penting khasnya umat Katolik seluruh dunia.

Perayaan yang disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong ini diadakan di Dataran Keuskupan Keningau dihadiri lebih 6000 orang umat dari sekitar Paroki Keningau.

Khamis Putih merupakan Malam Perjamuan Terakhir Yesus bersama pengikut-pengikutnya. Dalam Perayaan Misa, Uskup Cornelius Piong membasuh kaki 12 orang calon pembasuhan kaki sama seperti yang dilakukan Yesus kepada murid-muridNya. Pembasuhan kaki merupakan simbolik bahawa Yesus melayani sesama dengan rendah hati dan penuh cinta kasih. Yesus mahu pengikut-pengikutNya dan setiap peribadi yang mengenal dan percaya kepadaNya untuk melakukan hal yang sama.

Dalam Khamis Putih, Yesus telah menyatakan perayaan Ekaristi dan Sakramen Imamat ungkapan bahawa Yesus ingin sentiasa mahu menyertai umatNya.

Leave a Reply