SENARAI NOMBOR CABUTAN TIKET BERTUAH KSFX 2014 TARIKH CABUTAN: 13.02.2015

 

HADIAH UTAMA

 

NO. TIKET

01. LAND CRUISER WAGON 004191
       02. MODENAS MOTORBIKE 015453
       03. KRISS MOTORBIKE 013364

 

HADIAH BERUPA BARANGAN ELEKTRIK

 

 01. 010155  13. 008800
 02. 011952  14. 001388
 03. 018685  15. 016095
 04. 014483  16. 012082
 05. 011494  17. 018366
 06. 014990  18. 012536
 07. 013938  19. 016752
 08. 014200  20. 002962
 09. 005571  21. 013937
 10. 017938  22. 003207
 11. 013049  23. 010190
 12. 013000

 

HADIAH BERUPA MULTIPURPOSE CONTAINER DAN HAMPER 
011852 018402 019748 014727
016082 016904 018401 016322
016333 011257 006110 008108
010382 006977 015862 018448
008798 004622 017976 016404
010376 003449 010481 000395
005843 014281 012761 018424
007480 014994
004559 013574
016663 011120
018429 008552

 

 

 

PERHATIAN KEPADA PARA PEMENANG CABUTAN TIKET BERTUAH

 

Syabas dan tahniah kepada yang memenangi cabutan tiket bertuah tersebut. Semua hadiah haruslah dituntut dalam masa 30 hari dari tarikh cabutan. Untuk menuntut hadiah tersebut, sila membuat temujanji dengan menghubungi:

Cik Boniah 013-8560795 atau 087-332935 / En. Dominic Liew 013-5548992.

BERTAUBATLAH DAN PERCAYALAH KEPADA INJIL

Renungan Hari Rabu Abu

Yoe 2:12-18; 2Kor 5:20 – 6:2; Mat 6:1-6, 16-18

ashBayangan tentang ‘ABU’ yang kita semua terima di dahi kita pada hari ini, masa Puasa dan warna unggu yang mewarnai liturgi mulai hari ini dan selama masa puasa, mengarahkan tumpuan kita lebih daripada sekadar berpantang, berdoa dan bersedekah hingga ke Trihari Suci – Khamis Putih, Jumaat Agung dan Minggu Paska.

Sebenarnya, sepanjang musim ini adalah musim untuk kita merenungi kuasa dari sepatah kata yang telah merubah sejarah penyelamatan umat manusia, iaitu kata ajaib yang pernah diungkapkan oleh Bonda Maria lebih dua ribu tahun yang lalu. “YES!” Bukan seperti yang kita fahami sebagai Year End Sale. Yes, yang bermaksud “YA” kepada Tuhan. Suatu kata yang disusuli dengan rangkaikata yang sungguh mendalam. “Aku mahu, terjadilah menurut kehendak-Mu!”

Kehidupan kita di masa kini membuat jawaban “YA”, kita dalam apa sahaja kesempatan dalam hidup ini terutama untuk menyahut panggilan Tuhan untuk kembali kepada-Nya, selalu sahaja dicemari dengan kata, “Tetapi?” Oleh kerana sukar bagi kita untuk menyatakan “YA” tanpa gangguan kata “TETAPI”, maka nampaknya kita perlu belajar untuk tetap percaya. Kita perlu belajar dari Bonda Maria untuk tetap menjawab “YA” kepada Tuhan dan tetap percaya pada-Nya 100%, walau apapun, di mana pun, pada bila-bila pun dan apapun keadaan yang sedang kita hadapi.

Apabila kita percaya 100% kepada Tuhan, maka pasti ada perasaan damai di hati. Sifat percaya ini akan lahir apabila kita mahu belajar untuk menghargai dan mengalami kuasa percaya yang tidak ada had, tanpa syarat dan tanpa was-was, apabila kita berkata “YA” kepada Tuhan. Tetapi sejauh manakah kepercayaan kita terhadap Tuhan apabila menghadapi suatu keadaan yang sungguh mencabar iman kita? Renungi kisah berikut ini:

Konon suatu hari ada tiga orang sahabat karib – Ustaz, Sami dan Katekis. Mereka ingin membuktikan betapa hebat Tuhan mereka masing-masing.

Mereka menaiki sebuah bangunan yang tinggi, dan masing-masing harus terjun sambil meminta diselamatkan oleh Tuhan mereka masing-masing.

Sang Ustaz melompat terjun lebih dahulu sambil berteriak, “Ya Allah, selamatkan saya.” Tetapi dia jatuh ke tanah bagaikan sekarung guni yang dipenuhi dengan beras.

Kemudian sang Sami terjun. Apabila berada di tengah-tengah bangunan, dia berteriak, “Buddha, selamatkan saya.” Menakjubkan, dia jatuh secara perlahan-lahan dan selamat berada di atas tanah tanpa apa-apa kecederaan.

ash 1Sekarang, giliran sang katekis pula untuk membuktikannya. Dengan penuh keyakinan, dia terjun sambil berteriak, “Yesus Kristus, selamatkan saya.”

Apabila terjunannya itu semakin laju, nampaknya tidak ada apa-apa yang terjadi. Dia mulai panik. Apabila hanya beberapa meter lagi dari tanah, masih belum ada apa-apa yang terjadi, sang katekis berteriak, “Buddha, Buddha, selamatkanlah saya!”

Ini hanyalah cerita sahaja. Tetapi ianya telah menggambarkan betapa sang katekis tersebut hilang iman kepercayaannya lalu menukar kesetiaannya kepada Tuhan yang lain, sewaktu dia mengalami pencobaan yang sangat hebat itu.

Mudah-mudahan sepanjang musim puasa ini kita semakin dikuatkan kepercayaan kita kepada Tuhan walau apapun yang kita alami dan di manapun kita berada, sebab:

  1. Apabila terjadi perkara-perkara yang tidak baik ke atas kita, Allah mempunyai jawaban yang positif. Apabila kita berkata: “Saya takut.” Allah menjawab: “Saya memberi kamu bukan roh ketakutan, melainkan roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban” (Lih 1Tim 1:2).
  2. Apabila kita berkata: “Saya selalu bimbang dan putus asa.” Allah menjawab: “Serahkan segala kekhuatiranmu kepada-Nya, sebab Ia yang memelihara kamu” (1Pet 5:7).
  3. Apabila kita berkata: “Saya tidak mempunyai iman yang cukup.” Allah menjawab: “Janganlah kamu memikirkan hal-hal yang lebih tinggi daripada yang patut kamu fikirkan, berfikirlah sehingga kamu menguasai diri menurut ukuran iman masing-masing” (Lih Rom 12:3).
  4. Apabila anda berkata: “Saya kesunyian”. Allah menjawab: “Aku tidak akan membiarkan engkau” (Lih Ibr 13:5).

 Semoga Puasa selama 40 hari ini, kita hadapi dengan penuh rahmat Allah, penuh dengan kebenaran, merupakan hari-hari pertaubatan dan displin yang akan melahirkan keberanian, kemurahan hati dan kegembiraan, kerana sedar bahawa Allah yang maha pengasih itu, “…telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan beroleh hidup yang kekal” (Yoh 3:13). (JL)

Cadangan soalan refleksi peribadi dan perkongsian KKD:

  1. Apakah perkara-perkara penting yang harus kita ingat, hayati dan amalkan sepanjang musim puasa ini?
  2. Di dalam Injil tadi kita dilarang untuk memperlihatkan muka yang murung sewaktu berpuasa, tetapi harus sentiasa dalam keadaan ceria. Mengapa demikian?

 Cadangan aktiviti minggu ini:

Periksa diri anda dan senaraikanlah sikap-sikap, gaya negetif yang ingin anda perbaiki selama musim puasa ini.

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN GEREJA ST ANTHONY TENOM DENGAN KERJASAMA BANK DARAH HOSPITAL TENOM

img01darah400

Tenom – Pada 15hb yang lalu, ahli jawatankuasa Gereja St Anthony Tenom dengan kerjasama Bank Darah Hospital Tenom telah mengadakan kempen menderma darah sebagai salah satu aktiviti tahunan di paroki tersebut. Kempen dilaksanakan setelah perayaan Ekaristi selesai dan menurut jurucakap penganjur, kempen telah diadakan di Dewan Msgr Augustine Watcher dan acara dimulai jam 10.30 pagi sehingga jam 1 tengahari.

img05darah400

Pihak hospital menjelaskan bahawa sesiapa yang ingin menderma darah katanya, perlu mengambil masa rehat yang mencukupi sebelum tampil menderma. Ini untuk memastikan agar kehadiran mereka tidak sia-sia dan tidak ditolak apabila menderma kelak disebabkan beberapa faktor kesihatan yang tidak memuaskan.

img04darah400Antara objektif utama kempen itu ialah membolehkan pihak hospital Tenom sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi lebih-lebih lagi darah jenis A dan O sekaligus dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa. Pihak hospital menjelaskan bahawa di saat-saat perayaan besar, disitulah pihak hospital justeru memerlukan bekalan darah yang banyak. Orang ramai yang mempunyai golongan darah jenis A dan O amat dialu-alukan menyertai kempen ini bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

img02darah400

Turut hadir pada kempen kali ini iaitu, YB Senator Datuk Dr Lukas Umbul dan Pengerusi MPP Tenom, Encik Simon Mamat turut serta dalam kempen menderma darah.

MAKAN AMAL SEMPENA HARI VALENTINE

SONY DSC

Keningau – Majlis Makan Amal dan Cabutan Tiket Bertuah sempena Hari Valentine Katedral St Francis Xavier, Keningau telah dilangsungkan pada malam 13hb yang lalu. Makan Amal ini bertempat di Dataran Keuskupan Keningau. Majlis ini dimulai dengan doa pembukaan yang dibawakan oleh Fr Rudolf Joannes dan seterusnya dilanjutkan dengan kata-kata aluan daripada Encik Matius Manang, selaku Pengerusi Makan Amal pada kali ini dan diteruskan dengan ucapan oleh Yang Mulia Datuk Bishop Cornelius Piong. Turut hadir memeriahkan Makan Amal pada kali ini iaitu Rev Fr Bede Anthonius, Rev Fr Benedict Runsab, Rev Fr Lazarous Uhin, Rev Fr Claudius Andrew, para sister FSIC dan Seminarian David.

SONY DSC
Para paderi yang hadir menemani Bapa Uskup.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC
Encik Matius Manang, selaku Pengerusi Team Makan Amal pada kali ini.

Selaku Pengerusi Makan Amal pada kali ini, Encik Matius Manang mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada umat yang hadir pada kali ini. Beliau menambah, tanpa kehadiran dan sokongan saudara-saudari, perayaan pada malam ini tidak mungkin dapat berjalan dengan baik. Selaku team pelaksana, tentunya banyak kelemahan dan kekurangan dan untuk itu beliau atas nama team pelaksana memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau ketidakpuasan hati untuk perayaan kali ini.

SONY DSC
Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong menyampaikan kata-kata aluan beliau.

Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong juga mengambil kesempatan berterima kasih untuk kehadiran dan sokongan yang telah diberikan kepada Gereja pada kali ini. Bapa Uskup menyampaikan tujuan makan amal pada kali ini ialah untuk dana pembangunan pastoral sempena perayaan jubli perak Keuskupan Keningau yang akan dirayakan pada 2018 nanti. Beliau berharap kehadiran umat pada makan amal bukanlah untuk “mahu menikmati” makanan dan minuman yang lazat-lazat, melainkan kehadiran dan tujuan utama ialah mahu memberi sumbangan secara jelas, jujur dan rela. Tambahnya, selaku pengikut-pengikut Yesus, kita melakukan ini bukan setakat kewajipan tetapi terutama sekali kerana kasih kita kepada Tuhan dan juga Gereja-Nya. Dan rancangan kita untuk menyambut perayaan jubli perak yang tidak lama lagi, kita sama-sama berusaha agar perayaan itu dapat kita laksanakan dan sesuai dengan kemampuan kita tetapi juga demi kemuliaan Tuhan. Akhirnya, terima kasih kepada team pelaksana, saudara-saudari yang rela dan ikhlas memberi sumbangan pada makan amal kita pada kali ini. Terima kasih dan Tuhan memberkati.

SONY DSC
Rev Fr Rudolf Joannes menyampaikan lagu pada malam perayaan makan amal.
SONY DSC
Salah satu umat yang memenangi cabutan tiket bertuah.

SONY DSC

Majlis makan amal turut diselitkan dengan persembahan dari Rev Fr Rudolf Joannes, Rev Fr Bede Anthonius dan beberapa umat yang hadir pada kali ini. Dan tidak lupa cabutan tiket bertuah yang ditunggu-tunggu. Pemenang pada kali ini akan membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah wagon berwarna putih.

SONY DSC
Hadiah utama sebuah wagon dan hadiah kedua dan ketiga berupa motosikal.

Majlis yang dihadiri lebih 1000 orang hadirin dimulai pada pukul 7.30 petang dan berakhir pada pukul 11 malam dengan doa penutup yang dipimpin oleh Bapa Uskup sendiri.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC
Mereka-mereka yang bertugas untuk menjual tiket makan amal dan mereka yang bertugas untuk menunjuk nombor-nombor meja yang harus ditempati.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC
Mereka-mereka yang bekerja keras di bahagian dapur untuk menyediakan makanan untuk perayaan makan amal pada kali ini.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

KASIH YANG MENYEMBUHKAN

Renungan Hari Minggu Biasa Ke-6 (B)

Ima 13:1-2,44-46; 1Kor 10:31 – 11:1; Mrk 1:40-45

Hai, apa khabar? Baik! Dan kamu bagaimana? Ok, ok, semua baik terima kasih. Kemudian ditambah lagi dengan, “Sudah makan?” “Sudah minum?” Ucapan-ucapan seperti ini biasa kita dengar dalam memulakan suatu perbualan atau baru bertemu. Malah menurut pakar psikologi, ungkapan: “Kamu OK?” kepada orang-orang yang mengalami tekanan yang keterlaluan, dapat menghindarinya daripada membunuh diri. Melalui kata-kata tersebut ianya menyatakan bahawa setiap kita sangat prihatin terhadap kesihatan dan kesejahteraan sesama kita, serta mengakui bahawa kita semua adalah tertakluk kepada pelbagai jenis kecederaan dan penyakit. Betapa kaya, bahagia dan sihat pun kita, masih tetap takut akan pelbagai kecelakaan dan penyakit yang dengan sekelip mata dapat membuat kita terpinggir daripada sesama kita. Maka sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk sentiasa bertanyakan khabar pada sesama yang lama tidak bersama dengan kita.

cinta

Cinta kasih merupakan inti ajaran Yesus. “Inilah perintah-Ku,” kata-Nya, “Iaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu” (Yoh 15:12). Tetapi pasti Yesus merasa sungguh kecewa kerana nampaknya pesan ajaran-Nya itu, tidak sungguh difahami dan dilaksanakan dalam kehidupan. Buktinya banyak perpecahan terjadi di antara para pengikut-Nya sendiri. Menurut kajian, terdapat lebih daripada 22,000 denominasi agama kristian. Sedihnya lagi, banyak di antara denomasi tersebut saling bergaduh di antara satu dengan yang lain. Saling mengatakan bahawa denomanasinyalah yang betul-betul Gereja Yesus yang benar.

Walaupun Yesus tidak pernah menulis suatu garis panduan tentang jenis cinta kasih yang Dia ajarkan itu, namun Dia ada menunjukkan beberapa sifat cinta kasih yang Dia maksudkan itu.

Salah satu daripada sifat cinta kasih Kristian itu adalah kesanggupan untuk berkorban atau berani disakiti demi sesamanya. Umat Kristian Purba, tidak pernah melupakan ajaran Yohanes ini: “Demikianlah kita ketahui kasih Kristus, iaitu bahawa Ia telah menyerahkan nyawa-Nya untuk kita; jadi kita pun wajib menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita” (1Yoh 3:16)

Tetapi saat-saat yang luar biasa seperti, “Menyerahkan nyawa kita untuk saudara-saudara kita,” tidak selalu datang di dalam kehidupan harian kita. Demikian juga dengan keperluan cintakasih seperti bermurah hati sewaktu anda merasa terganggu atau mengongsikan masa, usaha atau kewangan kepada sesama yang memerlukan, tidak selalu dihadapi dalam hidup harian kita. Mungkin inilah sebabnya orang dengan mudah mengatakan “Aku cinta padamu,” tetapi apabila disuruh melakukan sesuatu, tidak mahu melakukan apa-apa atas pelbagai alasan pula.

Suatu hari seorang pemuda menyatakan cinta kasihnya yang tidak berbelah bagi kepada kekasihnya: “Aku cinta padamu sepenuh hati, lautan dalam pun aku sanggup sebarangi.” Langsung dijawab oleh sang kekasihnya: “Bolehkah engkau datang ke rumahku hujung minggu ini untuk membantu kami membersihkan kawasan rumah kami?” Air muka pemuda tersebut langsung berubah lesu dan kedengaranlah dia mengomel, “Saya tidak suka orang mengambil kesempatan.”

Sifat cinta kasih Kristian yang kedua adalah bersifat universal, maksudnya, untuk semua walaupun cinta kasih Yesus ditujukan kepada sahabat-sahabat-Nya yang terdekat, misalnya seperti keluarga Lazarus (lih Yoh 11), namun cinta kasih-Nya dipanjangkan juga kepada semua orang-orang miskin, orang-orang sakit, orang-orang yang dipinggirkan oleh masyarakat.

Memang dalam hidup harian kita, terdapat godaan untuk membuat batas-batas tersendiri di dalam menggamalkan cinta kasih tersebut. Misalnya batas suku bangsa, agama, pangkat, darjat atau mengasihi hanya kepada orang-orang yang ‘boleh dikasihi’ dan menguntungkan diri sendiri.

Suatu hari seorang pemuda duduk di dalam bas yang dipenuhi penumpang. Ada seorang ibu tua berdiri di depannya, tetapi dia pura-pura tidur. Apabila ada seorang wanita cantik menaiki bas tersebut, dia mengenyitkan matanya sambil mempelawa wanita tersebut mengambil tempat duduknya.

Sama ada muda atau tua, miskin atau kaya, sukar dikasihi atau orangnya menarik, cinta kasih yang sebenar tidak akan membeza-bezakan orang – semua perlu dikasihi sama rata.

Sifat cinta kasih Kristian yang ketiga adalah aksi yang nyata. Cinta kasih perlu dibuktikan melalui hubungan harian yang biasa di dalam keluarga, di tempat kerja, di sekolah, di kejiranan, malah di manapun kita berada. Jangan sampai apabila ada sesama kita minta bantuan supaya kisah kehidupannya didengarkan, apalagi jika dia memerlukan sesuatu misalnya wang, kita hanya mampu berkata, “Saya prihatin dengan anda, saya tidak dapat bantu memberi apa-apa, tetapi saya doakan sahaja!” Ingatlah, orang-orang yang bersikap demikian ini pernah ditegur oleh Yakobus: “Jika iman itu tidak diserai perbuatan, maka iman itu pada hakekatnya adalah mati” (Yak 2:17).

miraclePada hari ini kita bergembira bahawa kasih Yesus itu tidak ada had. Dia bersedia menyembuhkan orang yang berpenyakit kusta yang dianggap hina dan dipinggirkan itu, bukan dari jauh tapi menjamahnya tanpa was-was dengan penuh cinta kasih.

Contoh-contoh nyata penghidap penyakit kusta moden diwakili oleh orang-orang lanjut usia, terutama ibu bapa kita sendiri yang dianggap sudah lapuk dan tidak berguna lagi. Kita terlalu mengagung-agungkan keremajaan hidup. Kita menolak orang-orang yang menagih dadah, bekas-bekas banduan dan pemimpin yang tidak jujur serta mereka yang menghidap penyakit HIV, AIDS. Kita tidak dapat menerima orang-orang yang kita anggap berdosa.

Demikian juga, ada banyak pasangan bercerai dan berkahwin lagi. Kita sungguh diuji dan sentiasa tercabar bagaimana mengasihi dan menerima mereka apa adanya. Contoh-contoh kehidupan ini memang banyak, maka kesempatan-kesempatan kita untuk mengasihi dan menyembuhkan pun memang banyak.

Ingatlah, Yesus sentiasa mengasihi orang-orang yang berdosa dan sentiasa berharap agar suatu hari nanti mereka akan bertaubat. Kita semua memerlukan penyembuhan dan penyucian. Maka marilah kita bersama-sama merayakan penyucian dan penyembuhan yang kita perolehi daripada Kristus sendiri dengan cara mengharapkan kata-kata-Nya ini: “Aku mahu, jadilah engkau tahir,” sambil kitapun berdoa kepada sesama kita yang masih bergelut dengan pergolakan hidup yang nampaknya kurang baik itu dengan kata-kata Yesus sendiri: “Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat” (Lk 23:34) (JL)

Cadangan soalan refleksi dan perkongsian KKD:

  1. Bagaimanakah sikap anda apabila berhadapan dengan orang-orang yang dianggap pendosa: Bekas banduan, penghisap gam, sesama umat yang mempunyai isteri lebih dari satu?
  2. Yesus tidak pernah menolak orang yang sungguh minta pertolongan. Sanggupkah anda menolong sesama yang menyakitkan hati, lain agama, fahaman politik, suku dan bangsa?

Cadangan aktiviti minggu ini:

Carilah kesempatan untuk melawat orang-orang yang sakit, kesepian dan yang menderita stress/tekanan hidup. Duduklah dan dengarkan keluhan mereka. Jika keadaan mengizinkan, berdoalah bersama mereka.