PEMBERKATAN BANGUNAN DEWAN TERBUKA ST.LUCIUS KINDASAN

KENINGAU – Pada 3 Feb 2019, KUK St. Michael Kindasan, Zon Minawo, telah mengadakan satu perayaan Ekaristi sempena dengan pemberkatan bangunan Dewan Terbuka St.Lucius Kindasan yang baru siap dibina pada November tahun lalu.

Misa Kudus dan pemberkatan dewan  tersebut  disempurnakan oleh YM Uskup Datuk Cornelius Piong. 

Sedikit sejarah tentang tapak Dewan Gereja Terbuka St. Lucius. Dahulunya dewan ini merupakan tapak bangunan Gereja lama St. Michael Kindasan yang dibina pada tahun 1980. Katekis pada ketika itu adalah En. Lucius Sipaul. Selepas memiliki bangunan gereja baru pada tahun 2000, bangunan gereja lama tersebut digunakan sebagai Mini Dewan Serbaguna dan kini telah bertukar wajah baru menjadi Dewan Terbuka St.Lucius Kindasan.

Uskup dalam renungan menyampaikan bahawa sebagai anggota kerajaan Allah dan orang-orang yang sudah dibaptis perlu selalu mengingati bahawa adalah tanggungjawab bersama untuk menabur benih kerajaan Allah. Benih yang dimaksudkan adalah seperti iman, harapan dan cinta kasih bagi memperjuangkan misi dengan penuh harapan dan menjadi saksi-saksi Yesus.

Upacara pemberkatan dilakukan selepas perayaan Ekaristi diikuti dengan perasmian serta  acara menandatangani plak perasmian oleh YM Uskup Datuk Cornelius Piong yang disaksikan oleh YB Datuk Ellron Angin dan YB Tuan Arthur Joseph Kurup dan seluruh umat Zon Minawo. – Tadius Kilip

Uskup menandatangani plak perasmian
Uskup Datuk Cornelius, YB Datuk Ellron dan YB Tuan Arthur memotong reben sebagai simbolik perasmian.

 

 

Leave a Reply