PEMBERKATAN DAN PERASMIAN GEREJA ST. FILIPUS RASUL, KG. SUANAL

FacebookTwitterWhatsApp

Nabawan: Lawatan ke gereja stesen luar telah diadakan pada 1 Februari 2018 di Kg Suanal. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk pemberkatan dan perasmian bangunan baru Gereja St. Filipus Rasul, KUK Suanal.

Rombongan yang terlibat dalam lawatan tiga hari dua malam ini, terdiri daripada Tim Turun ladang (TTL), misionaris Komuniti Tritunggal Mahakudus (KTM), Tim Sr Sandra dari Nabawan dan pembimbing rohani Rev. Fr. Rudolf Joannes. Turut serta dalam lawatan ini adalah YB Datuk Ellron Alfred Angin dan rombongan.

Gereja St. Filipus Rasul mula dibina pada bulan Ogos tahun lalu dan siap sepenuhnya pada bulan Januari tahun ini.  Atas kerjasama bersama, umat KUK Suanal secara bergotong royong dapat membina bangunan gereja sendiri juga dengan adanya bantuan bahan binaan sumbangan Datuk Ellron Angin, Harry Ryech dan Paroki KSFX. Semantara peralatan liturgi adalah sumbangan ahli TTL, Sister FSIC, KUK St. Bede Nabawan, Borneo Service dan beberapa individu perseorangan.

Perjalanan rombongan daripada KSFX ke Kg Suanal mengambil masa lebih kurang 6 jam. Ketibaan rombongan disambut oleh Pengerusi KUK Suanal, En. Justin Timus Ondol dan umat KUK Suanal.

 

Perjalanan ke Kg. Suanal

Rombongan berhenti berehat untuk makan tengah hari

Setibanya di Kg.Suanal, persiapan dijalankan oleh rombongan. Tim dan yang terlibat berkerjasama menghias gereja dan pendawaian dalam gereja termasuk dua billik penginapan turut dilakukan.

Rombongan lawatan tiba di Kg. Suanal

Peralatan liturgi untuk Gereja St Filipus Rasul

 

Persiapan menghias dalam gereja

 

Persiapan membersih kawasan gereja

Misa Kudus diadakan bagi persiapan pemberkatan dan perasmian Gereja St. Filipus Rasul disempurnakan oleh Fr. Rudolf.

Pendawaian elektrik dilakukan oleh Tim TTL

 

Persiapan akhir sebelum Misa pemberkatan Gereja St. FIlipus Rasul

Pada 2 Februari, Misa sempena pemberkatan dan perasmian Gereja St. Filipus Rasul diadakan. Seramai lebih kurang 50 umat termasuklah rombongan yang datang merayakan.

Acara memotong reben perasmian gereja (dari kiri : Pengerusi MPP, Stella Kinsik, Datuk Ellron, Fr. Rudolf dan Pengerusi KUK, En.Justin Timus Ondol)
Upacara pemberkatan gereja oleh Fr. Rudolf
Fr. Rudolf memercik air suci bagi memberkati gereja baru

Perayaan Misa oleh Fr. Rudolf

 

Penyampaian cenderakenangan oleh Pengerusi KUK Suanal

 

Fr. Rudolf menandatangani Plak Perasmian gereja
Datuk Ellron merasmikan Plak Perasmian

Fr. Rudolf mengucapkan ribuan terima kasih kepada umat KUK Suanal kerana cukup berusaha sehingga terbinanya sebuah gereja atas usaha umat-umat KUK Suanal. Beliau juga berharap agar bangunan gereja dijaga dengan baik dan dihidupi dengan iman umat-umat KUK Suanal.

Umat mengambil peluang bergambar bersama rombongan lawatan
Misionaris Komuniti Tritunggal Mahakudus (KTM)
Tim Sr Sandra dari Nabawan

Umat KUK Suanal memilih pakaian terpakai yang dibawa oleh rombongan

Umat Allah berjalan bersama dalam Yesus Kristus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *