PEMBERKATAN DAN PERASMIAN GEREJA ST. MICHEAL MALAIKAT KUDUS, PANTAI BARU

KENINGAU : Pada 11 Disember 2018, pemberkatan dan perasmian bangunan Gereja yang diberi nama Gereja St. Micheal  Malaikat Kudus. KUK Pantai Baru juga telah mencatat sejarah kerana telah mula ditubuhkan sebagai KUK yang sebelum ini hanyalah KKD dan berpusat di KUK Sodomon.

Perayaan Misa dipimpim oleh YM Uskup Cornelius Piong. Kira-kira 200 orang umat sekitar Zon Magatang telah datang memeriahkan perayaan sukacita itu.

“Bangunan gereja tiada gunanya tanpa kualiti iman yang membawa sukacita kepada kita.” Ujar Uskup dalam homilinya. Prelatus itu juga berpesan agar umat sentiasa menjaga kesatuan dengan Tuhan dengan membaca dan merenung firmanNya.

Advent ketiga juga dikenali sebagai minggu sukacita, lilin merah jambu dinyalakan yang juga merupakan perayaan sukacita khususnya umat KUK Pantai Baru.

Puan Halena merupakan pengerusi KUK Pantai Baru

Pn Helena merangkap Pengerusi KUK Pantai Baru menyatakan kesyukuran atas bangunan baru dan beliau berterima kasih atas kepercayaan umat KUK Pantai Baru melantiknya menjadi pengerusi pertama KUK Pantai. KOMSOS KGAU

Katekis Harry Guntik dilantik menjadi Pelayan Umat di KUK Pantai Baru