PENUBUHAN KURIA JUNIOR SACRED HEART OF MARY

KENINGAU : Pada 28 Oktober lepas, tertubuhnya Kuria Junior Sacred Heart of Mary, Katedral St. Francis Xavier.

Dihadiri oleh ahli-ahli Kuria Junior, Senior dan juga Rev. Fr Joseph Gapitang dan Rev. Fr David Richard Gasikol. Turut hadir perwakilan daripada Senat Singapura.

Dimulakan dengan Doa Rosari diikuti dengan pemilihan AJKT Kuria Junior, Sacred Heart of Mary. Fr David telah dilantik menjadi pembimbing rohani bagi Kuria Junior.

Fr Joseph mengucapkan kesyukuran atas tertubuhnya Kuria Junior dengan jayanya. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Kuria yang terlibat.

“Kepada semua ahli yang menganggotai Kuria Junior yang pertama kali dan juga tertarik kepada keanggotaan Kuria Junior. Semoga Bonda Maria yang tersuci mengajarkan kepada kamu hidup suci, menjadikan badan dan jiwa kamu murni sehingga memancarkan keagungan Sang Pencipta,” Fr. Joseph berpesan.

Majlis diteruskan dengan fellowship dan persembahan pentas. KOMSOS KGAU