PERASMIAN DAN PEMBERKATAN GEREJA KERAHIMAN ILAHI KUK PATIKANG LAUT

KENINGAU : Penantian selama 17 tahun akhirnya tertunai juga dengan terbinanya sebuah lagi bangunan gereja baru, Gereja Kerahiman Ilahi di Kg. Patikang Laut dibawah naungan Paroki KSFX.

Perayaan Misa Perasmian ini disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong dihadiri oleh Datuk Daniel Kinsik dan keluarga serta rombongan, Pengerusi MPP, Stella Kinsik, Tim Kerahiman Ilahi KSFX dan umat dari sekitar sekitar Paroki KSFX.

Uskup dalam homilinya memesan agar umat dalam perjalanan hidup, iman dipegang dengan kuat supaya menpunyai sikap rasa bertanggungjawab terhadap gereja. Prelatus itu juga mengatakan agar umat meningkatkan juga Devosi Kerahiman Ilahi kerana Allah itu Maha Pengasih.

Pengerusi MPP, Stella Kinsik berharap agar umat di KUK Patikang Laut dapat mengembangkan iman terhadap Yesus. Beliau mengatakan bahawa wujudnya gereja bukanlah setakat pada bangunan itu sahaja tetapi juga lahir di peribadi masing-masing.

Uskup dan Datuk Daniel menandatangani plak perasmian sebagai simbolik perasmian bangunan gereja

 

Seusai perayaan Misa, Uskup dan Datuk Daniel menandatangani plak perasmian. Kemudian umat bersama dalam jamuan kesyukuran. KOMSOS KGAU

Umat KUK Patikang Laut mengabdikan kenangan bersama dengan Uskup, Datuk Daniel dan rombongan.