PERAYAAN TAHUN HIDUP BAKTI “WAKE UP THE WORLD” HOLY CROSS TOBOH

IMG-20150206-WA0014_1

Toboh – Pada 7hb Januari yang lalu, kaum Religius baik biarawan mahupun biarawati telah menganjurkan perayaan Hidup Bakti. Seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya, salah satu paroki yang bernaung di bawah Keuskupan Keningau akan dipilih untuk melaksanakan perayaan tersebut. Dan Gereja yang bertuah pada tahun ini adalah Gereja Holy Cross Toboh. Gereja ini telah dipilih sebagai tuan rumah sekaligus menjadi pelaksana utama perayaan tersebut.

SONY DSC

Acara pada kali ini, dimulai dengan pameran-pameran yang mahu memperkenalkan kongregasi-kongregasi yang bernaung di bawah Keuskupan ini. Antara lain adalah Kongregasi Franciscan Sisters (FSIC), Kongregasi Infant Jesus (IJ), Kongregasi Sister Putri Karmel (P.Karm), Kongregasi Brother La Salle dan juga Kongregasi Carmelitae Sancti Eliae (CSE). Selain dari para religius, perayaan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Saudara-saudari dari Institut Sekular Komuniti Betania, Ordo Franciscan Sekular, Komuniti Tritunggal Mahakudus dan beberapa lagi komuniti hadir pada waktu itu.

IMG-20150209-WA0021

Misa Kudus pembukaan dipimpin oleh Yang Mulia Bapak Uskup Datuk Cornelius Piong dan didampingi kedua belas para paderi. Di dalam homilinya, beliau mengajak para paderi, para religius dan umat yang hadir untuk sama-sama merenungkan tema panggilan iaitu “Wake up the world”. Beliau memberi penekanan pada dua hal iaitu:

  1. Pertama sekali bagi diri sendiri: Berangkat dari tema tersebut, bagaimana kita dapat menyedarkan sekeliling kita, keluarga kita, KKD kita dan komuniti kita. Bagaimana kita dapat menyedarkan mereka ini, jika kita sendiri belum sedar atau tidak menyedari tugas dan pelayanan serta panggilan kita? Sebab itu, bagi saya yang pertama dan penting ialah kembali kepada perkara asas iaitu menyedari, mensyukuri, mengakui tentang panggilan kita masing-masing kerana setiap kita dipanggil oleh Tuhan bukan saja bagi para religius, bukan saja para paderi tetapi juga ibubapa dipanggil untuk bersaksi bagi Tuhan. Panggilan adalah perkara asas. Kalau kita yang telah dibaptis tetapi tidak menyedari bahawa kita dipanggil dan diutus, bagaimana kita dapat dan mahu bertindak? Hal ini perlu disedari agar kita dapat membangkitkan dan membangun dan menyedarkan sekeliling kita.
  2. Perkara kedua yang sama penting ialah semangat yang ditunjukkan oleh Yesus sepertimana yang kita dengar dalam Injil hari ini iaitu semangat Gembala yang Baik. Hari ini, Yesus mengumpulkan kita secara khusus bagi para religius dan juga mereka yang menyerahkan diri kepada Tuhan mahu bersama-sama belajar dan menimba semangat gembala yang baik ini. Pada masa itu, ketika mereka bertolak untuk mencari tempat yang sunyi, untuk bersama-sama nampaknya rancangan mereka itu gagal kerana masyarakat/umat pada waktu itu melihat kemana mereka pergi dan mereka mengikuti Yesus dan rasul-rasul. Tetapi Yesus sepertimana yang dikatakan dalam Injil, apabila Dia melihat jumlah orang yang banyak, tergeraklah hati-Nya oleh belaskasihan. Semangat gembala baik ini saudara-saudari, ialah semangat berbelaskasihan. Semangat yang sentiasa ambil peduli dengan keperluan-keperluan yang ada di sekeliling kita khususnya dimana kita berada. Semangat ini saudara-saudari perlu sekali bagi kita di Keuskupan Keningau maupun diseluruh Sabah kerana kita dapat tahu keadaan kita pada masa kini begitu banyak sekali pengaruh pihak-pihak yang mahu mempengaruhi anak-anak kita, banyak info yang kita perolehi dari whatsapp dan mungkin juga facebook. Begitu banyak dan nyata sekali dan kerana itu saudara-saudari khususnya yang sudah dipanggil dan sudah diutus perlulah dikuasai oleh semangat gembala baik, berbelaskasihan, ambil peduli. Malangnya saudara/i apa yang sering terjadi adalah dan dari pengalaman kita ialah walaupun kita sudah dipanggil dan sudah diutus tetapi kita masih belum dikuasai oleh semangat gembala baik ini. Masih mau mengutamakan kepentingan diri sendiri. Masih merasa bahawa panggilan perutusan itu adalah beban dan kerana itu kita tidak rela, kita tidak sanggup untuk bekerja di ladang Tuhan dengan sepenuhnya. Saudara-saudari, apa yang berlaku di sabah ini dan di seluruh malaysia sebenarnya adalah tanda-tanda zaman. Tuhan berfirman kepada kita melalui peristiwa-peristiwa yang kita hadapi. Apakah respon kita? Apakah kita berdiam diri? Atau kita taat kepada panggilan kita dan mahu dikuasai oleh semangat gembala baik ini supaya kita dapat bertindak satu sama lain. Bukan dengan seorang diri tetapi sebagai satu team, sebagai suatu komuniti yang besar supaya kita benar-benar efektif di dalam pewartaan kita, di dalam penginjilan kita dan di dalam kesaksian kita. Perkara ini sangat penting dan perlu kita lakukan sekarang dan bila-bila masa.

Dalam kesempatan ini saudara-saudari, saya ingin mengajak ibubapa, dalam kesempatan ini baik untuk kita mengingat kembali tentang keperluan Keuskupan kita. Panggilan untuk menjadi Paderi, panggilan untuk menjadi religius, memang ada yang mahu menyahut tetapi kalau kita lihat respon dari umat kita, dari keluarga kita, boleh dikatakan … (titik, titik, titik), sedikit. Respon tidak baik. Tahun ini kita bersyukur ada dua seminarian kita telah lulus dan telah tamat pendidikan di seminari dan tidak lama lagi mereka akan ditahbis menjadi diakon. Tetapi selepas itu kosong lagi. Jadi tidak konsisten respon kita terhadap Tuhan. Demikian juga dengan pihak religius, kerana itu saudara-saudari, ibubapa khususnya harus menyedari, mensyukuri bahawa panggilan pertama dan utama adalah menjadi ibubapa dalam keluarga dan ibubapa itu adalah panggilan yang pertama, yang paling asas kerana kalau ibubapa itu tidak menyedari, tidak mengakui dan melaksanakan panggilannya dalam keluarga, bagaimana kita dapat melahirkan orang-orang yang menjawab panggilan dari Tuhan untuk menjadi paderi, religius. Memang tidak dapat. Dan sebab itulah saudara-saudari, saya ingin kita kembali kepada visi, misi dan matlamat Keuskupan kita. Tahun ini kita sudah mula dengan tema besar iaitu keluarga dan anak-anak. Apakah yang patut kita lakukan untuk mengangkat anak-anak kita untuk mengenal Tuhan, untuk mengasihi Tuhan, sehingga mereka rela menjawab panggilan Tuhan. Cuba kita fikirkan semua ini khususnya tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Memang saudara-saudari pada masa kini begitu banyak sekali pengaruh dalam keluarga, pengaruh-pengaruh media, pengaruh-pengaruh materialisme, yang boleh membuat kita membelakangi Tuhan. Dan dengan ini saya ingin mengingatkan kepada kita dan secara khusus bagi para religius, pesan Sri Paus Santo Yohanes Paulus II, “the Church in Asia No 44 “

  • Hidup para religius itu, pertama adalah menolong umat untuk mengenal Tuhan.
  • Hidup religius itu menolong umat menikmati kepelbagaian hidup berkomuniti.
  • Hidup religius adalah sebagai contoh di dalam pelayanan. Ketiga hal ini yang dikatakan oleh Sri Paus Santo Yohanes Paulus II, dan akhir sekali berkaitan dengan panggilan dan misi religius ini yang mengatakan apa pun karisma yang ada pada religius, sama ada pihak lelaki atau perempuan, semua karisma itu haruslah berjalan bersama dan seiring dengan visi, misi dan matlamat Keuskupan.

Setelah perayaan Ekaristi selesai, semua umat dijemput untuk makan tengahari bersama di dewan serbaguna.

SONY DSC

SONY DSC

Kehadiran umat untuk menyokong para paderi, para religius yang membaktikan hidup mereka untuk pelayanan di ladang Tuhan
Kehadiran umat untuk menyokong para paderi, para religius yang membaktikan hidup mereka untuk pelayanan di ladang Tuhan

Sharing is caring!