PERLAFAZAN KOMITMEN AHLI JAWATANKUASA PAROKI KENINGAU

KENINGAU : Setelah proses pemilihan Pastoral selesai. AJKT terpilih akan mengucapkan perlafazan komitmen (Aku Janji) di hadapan Bapa Uskup dan umat yang hadir. 

Perlafazan komitmen bagi AJKT KBK dan KWK bagi Paroki KSFX telah berlangsung pada 24 Mac 2019 bertempat di Katedral St. Francis Xavier dalam perayaan Misa Kudus yang diselebrankn oleh YM Uskup Cornelius Piong.

Perlafazan komitmen penting dalam pelayanan supaya AJKT terpilih bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan kepimpinan dan pelayanan seturut kehendak Yesus dan seperti yang diharapkan oleh Gereja-Nya.

“Kita mahu melayani bersama Yesus sama seperti yang telah dilakukan oleh Yesus juga,” Pesan Uskup.

Kelly Vitus telah dipilih sebagai pengerusi KBK dalam pemilihan Pastoral AJKT bagi KBK yang diadakan pada 18 Mac lalu.

Kelly Vitus selaku Pengerusi KBK sesi 2019-2021
Perjalanan Proses Pemilihan Pastoral AJKT KBK

YM Uskup Cornelius Piong yang turut hadir dalam pemilihan itu, mengucapkan terima kasih kepada belia-belia yang hadir. Beliau berharap agar KBK terus melangkah maju dengan semangat  kesatuan. Bukan hanya mengutamakan kesatuan dalam KBK pusat tetapi juga berhubung dengan belia-belia di  Zon, KUK dan KKD melalui bimbingan Koordinator Pejabat Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KKBK), Roney Eming.

Harapan Uskup supaya belia mengambil cara baru yang positif berlandaskan pemikiran rohani untuk menjauhi fikiran duniawi yang berbeza dengan ajaran Kristus.

Pn. Mathilda Nain, pengerusi KWK sesi 2019-2021

Pemilihan AJKT KWK pula diadakan pada 21 Mac 2019, Puan Mathilda Nain merupakan pengerusi KWK KSFX sesi 2019/2021.

Uskup juga berterima kasih kepada ahli-ahli KWK yang hadir dan mengungkapkan penghargaan kepada ahli KWK kerana sentiasa berjalan bersama dan membantu dalam melancarkan aktiviti yang diadakan oleh gereja.

Perlafazan Komitmen AKJT KWK
Uskup, Sr. Liza selaku pembimbing rohani KWK dan AJKT KWK KSFX
Perlafazan Komitmen AKJT KBK
Uskup, Sr. Liza selaku pembimbing rohani KBK dan AJKT KBK KSFX

Dengan terpilihnya AJKT MPP/MPM, KWK dan KBK sesi 2019-2021 seluruh Keuskupan Keningau, Seminar Kepimpinan dan Pelayanan Pastoral akan diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal, Keningau. Seminar ini akan berlangsung dari 26 hingga 28 April 2019.

Tujuan seminar ini adalah supaya pemimpin yang telah dipilih ini menjalankan kepimpinan dan pelayanan sesuai dengan yang diharapkan Tuhan dan Gereja-Nya. KOMSOS K’GAU