PESTA ST.NINO PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU : Pada 20 Januari 2019, Komuniti Filipino telah berkumpul dan sama-sama merayakan Pesta St. Nino di Katedral St. Francis Xavier.

Sempena dengan itu, perayaan Ekaristi telah diadakan. Disempurnakan oleh Rev. Fr. Rudolf Joannes. Pesta ini dimulakan dengan perarakan dari hadapan katedral masuk ke dalam katedral.

Dihadiri lebih kurang 200 orang umat Komuniti Filipino sekitar Paroki KSFX.

Dalam homili Fr. Rudolf, beliau memberi pesan agar mengajari anak-anak untuk mengenal, mengasihi dan melayani Tuhan. Mendedahkan kepada mereka kepada ajaran Yesus sejak mereka kecil lagi, bermula daripada perkara kecil seperti membawa anak-anak ke gereja. Menunjukkan teladan yang baik kepada mereka.

Pn.Cherilyn Rondidas, pengerusi Komiti FIlipino Pastoral  mengucapkan terima kasih kepada YM Uskup Cornelius Piong atas sokongan rohani yang selalu diberikan. Beliau mengatakan bahawa sebelum ini komuniti ini merayakan pesta ini di Tawau sahaja. Namun atas inspirasi dan tunjuk ajar daripada orang tua-tua, akhirnya Pesta St. Nino dapat juga diadakan di Keuskupan Keningau.

Pn.Cherilyn Rondidas, pengerusi Komiti FIlipino Pastoral menyampaikan ucapannya

“Pesta seperti ini dapat membawa umat semakin mengenal dan memupuk kesatuan dengan Tuhan. Oleh itu, identiti ini harus dijaga dan tidak boleh dilupakan supaya dapat diteruskan untuk generasi akan datang,” Pesan Fr. Rudolf yang menggantikan Rev. Fr. John Emerson Tepait daripada Diosis Masbate, Filipina kerana tidak dapat datang kerana keadaan cuaca yang tidak baik di sana.

Fr. Rudolf memberkati kanak-kanak dan juga Statue St. Nino

Seusai perayaan Misa, perarakan dari Katedral menuju ke Dewan Solidariti Keuskupan Keningau turut diadakan. Jamuan dan pelbagai aktiviti diadakan di Dewan Solidariti sebagai tanda ungkapan kesyukuran. KOMSOS KGAU

 Galeri Gambar Pesta St. Nino