RETRET CALON KRISMA PAROKI KSFX

KENINGAU : Komiti Katekatikal Paroki Katedral St. Francis Xavier telah mengadakan retret yang dikhaskan untuk calon Krisma. Bertempat di Dewan Solidariti Keuskupan Keningau. Retret yang diadakan pada 31 Mei hingga 2 Jun lalu dihadiri seramai 291 calon Krisma.

Retret ini merupakan suatu program tahunan kateketikal yang dilaksanakan setiap tahun bagi calon Krisma.

Tujuan retret ini diadakan untuk mempersiapkan calon Krisma dari segi rohani dan fizikal sebelum penerimaan Sakramen Krisma. Selain itu, retret ini juga memberi peluang kepada calon Krisma untuk merefleksi diri dan memantap lagi iman mereka.

YM Uskup Cornelius Piong menyempurnakan Misa Pembukaaan Retret Calon Krisma di Katedral St. Francis Xavier

YM Uskup Cornelius Piong berpesan kepada calon agar fokus dan menggunakan masa retret supaya Roh Kudus dapat bekerja dalam diri calon. Supaya menerima Sakramen Krisma itu bukan hanya sekadar memenuhi keperluan seorang Katolik melainkan untuk membenarkan Roh Kudus membimbing perjalanan iman diri.

Uskup juga mengajak calon Krisma agar sentiasa memohon Roh Kudus dan menjadikannya rutin seharian. KOMSOS K’GAU

Sr. Christella Lim menyampaikan sesinya yang bertajuk “Bonda Maria dan Gereja”
Pembentangan berkumpulan
Perkongsian pengalaman sepanjang mengikuti retret
Retret diakhiri dengan puji-pujian dan salam damai

Sharing is caring!

Leave a Reply