SAMBUTAN MINGGU KATEKATIKAL SEMALAYSIA PAROKI KSFX

KENINGAU : Sempena dengan Minggu Katekatikal SeMalaysia, Komiti Katekatikal Paroki KSFX telah mengadakan beberapa aktiviti yang dijalankan pada 26 – 27 Januari lalu.

Program dimulakan dengan pentakhtaan Alkitab yang dijalankan oleh Kat. Rita Titing, Pengerusi Katekatikal Paroki KSFX. Diikuti dengan katekesis tema Minggu Katekatikal “Kristus misi Kita” yang disampaikan oleh Sr. Christella Lim

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya adalah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Pidato, Pertandingan Melukis, Pertandingan Pameran Katekatikal dan juga pertandingan pameran karya seni reka cipta.

Manakala pada 27 Januari yang juga merupakan Hari Minggu Katekatikal SeMalaysia, Katekis Pembimbing mengambil kesempatan untuk memperbaharui komitmen mereka di hadapan YM Uskup Cornelius Piong dalam perayaan Ekaristi.

Selepas bacaan Injil, pemenang bagi pertandingan Pidato, adik Bridget Walter di beri peluang menyampaikan pidatonya yang bertemakan “Kristus Misi Kita.”

Melalui pembaptisan yang diterima, peranan Katekis itu sudah adalah dalam diri setiap umat. Khususnya kepada ibu bapa dalam keluarga, merekalah Katekis yang pertama dan utama untuk mewartakan Kristus. Namun begitu, perlunya juga orang awam yang rela melayani sebagai Katekis Pembimbing dan Katekis Ibadat.

Uskup dalam homilinya,  mencadangkan agar Katekis Pembimbing memberi penekanan kepada ketagihan dan penyalahgunaan dadah serta pornografi supaya anak-anak muda tidak terpesong daripada ajaran Gereja.

Seusai perayaan Misa, majlis jamuan kesyukuran diadakan di Dewan Solidariti Keuskupan Keningau. Majlis di meriahkan lagi dengan persembahan pentas, cabutan tiket bertuah dan penyampaian hadiah. KOMSOS KGAU

 

Adik Audrey Isabelle Sumping, pemenang Pertandingan Bercerita menyampaikan ceritanya sekali lagi

 

 

Persembahan Lakonan yang disampaikan oleh para Katekis Pembimbing
Galeri Minggu Katekatikal