SAMBUTAN PASKAH DAN TADAU KAAMATAN ZON MINAWO

Keningau – Zon Minawo telah mengadakan sambutan kesyukuran Paskah dan Tadau Kaamatan bertempat di KUK St. Yohanes Rasul Bomboi pada 1 Mei 2019 sempena cuti hari pekerja.

Sementara itu mesyuarat bulanan para Komiti Katekis (KOMKAT) juga turut diadakan di Dewan Keluarga Kudus St. Yohanes Rasul Bomboi yang dipengerusikan oleh Katekis Severinus Jaitin, Pengerusi KOMKAT iaitu dan dihadiri oleh Rev. Fr. Bonaventure Unting selaku Pembimbing Rohani KOMKAT

Seusai mesyuarat, jemputan beralih  ke Gereja St. Yohanes Rasul Bomboi untuk merayakan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Fr. Bonaventure.

Dalam renungannya, Fr. Bonaventure menegaskan bahawa sebagai umat yan sempurna dan bertanggungjawab haruslah bekerja agar dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik seperti orang cacat, sakit dan orang tua.

“Kerja yang paling dan utama adalah berdoa, mensyukuri apa rezeki yang diberikan kepada Tuhan katanya. Walaupun dalam kesibukan bekerja setiap hari kita juga harus merehatkan diri. Seperti mana dalam Kitab Kejadian, Tuhan telah bekerja selama enam hari untuk menciptakan Alam Semesta, dan hari ketujuh Ia pun berehat.” Ujar Fr. Bonaventure.

 Pada masa yang sama, seramai tujuh orang kanak-kanan telah menerima Komuni Pertama.

Encik Handrie Yamorong, Pengerusi Zon Minawo beliau berterima kasih kepada katekis pembimbing yang bertungkus lumus membimbing calon Komuni untuk mendalami iman mereka seterusnya mengenali Tuhan Yesus Kristus.

     Berberapa aktiviti di jalankan oleh para Katekis seperti sukaneka dan juga kesyukuran persaraan dua Katekis iaitu Katekis Petrus Gontoh dan Katekis Alfred Witeh. Tadius Kilip

Sharing is caring!