SAMBUTAN PESTA KERAHIMAN ILAHI PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU: Pada 28 April 2019, perayaan Misa sempena dengan sambutan Pesta Kerahiman Ilahi telah diadakan. Misa yang diselebrankan oleh YM Uskup Cornelius Piong diadakan di Gereja St. Mary, Toboh Baru.

Uskup menggalakkan umat turut serta dalam Devosi Kerahiman Ilahi, terutama sekali kaum lelaki. Kerana sejak terbentuknya devosi ini, timbulnya pengharapan dalam umat.

Perarakan membawa Ikon Kerahiman Ilahi masuk ke dalam gereja

Sebagai anggota yang menjalankan devosi ini, penting untuk mendekatkan diri dengan Tuhan dan mencerminkan sikap yang baik dalam kehidupan untuk mewartakan kerahiman Ilahi. Menjadi anggota yang diutus Bapa kepada sesama.

Kanak-kanak berpakaian seperti Santa Faustina sebagai seruan semangat menjawab panggilan Tuhan kepada anak-anak muda

 

Uskup memberkati barang-barang kudus yang dibawa oleh umat

Ukup berkata, Kerahiman Ilahi membawa dalam menghidupi kehidupan holistik, dan banyak cara untuk meningkatkan iman kerohanian iaitu melalui penyembahan, buku-buku untuk pemantapan iman serta tanggungjawab sosial seperti mengunjungi dan membantu keluarga-keluarga yang memerlukan.

Penyerahan Ikon Kerahiman Ilahi kepada tuan rumah, Zon Senagang untuk sambutan Pesta Kerahiman Ilahi tahun 2020

Antara aktiviti yang diadakan sempena dengan pesta ni adalah pertandingan mewarna. Menariknya pertandingan ini adalah disertai oleh keluarga untuk mengeratkan dan memupuk semangat kesatuan dalam keluarga.

Majlis Kesyukuran dimulakan dengan acara pemotongan kek

Sambutan pesta Kerahiman Ilahi pada tahun depan akan diadakan di Zon Senagang. KOMSOS K’GAU

Sharing is caring!

Leave a Reply