SAMBUTAN UTK 26 PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU: Pada 19 Mei 2019, paroki Katedral St. Francis Xavier (KSFX) telah merayakan Ulang Tahun ke-26 Keuskupan Keningau (UTK) peringkat paroki KSFX di Dataran Keuskupan Keningau.

Misa diselebrankan oleh YM Uskup Cornelius Piong yang juga menyambut ulang tahun pentahbisannya menjadi uskup.

Perayaan UTK merupakan ungkapan kesyukuran dan terima kasih kepada Yesus yang memungkin perjalanan selama 26 tahun di Keuskupan Keningau.

Harapan Uskup, agar perjalanan iman umat di Keuskupan Keningau terus berkembang dan semoga umatNya terus berjalan bersama dengan berkat dan ajaran Yesus.

Gimik perasmian sambutan UTK 26

Prelatus itu juga mengajak umat untuk terus memelihara dan menghargai bahasa ibunda sempena dengan Pesta Kaamatan ini supaya identiti ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Penyerahan panji UTK 27 kepada Zon Bingkor yang akan menjadi tuan rumah pada tahun depan

Pengerusi Tim Pelaksana, Cik Nancy Nelly Joneh juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama dan memberikan sumbangan tenaga, fizikal dan rohani. “Kebersamaan kita telah membawa kita sama-sama mengungkapkan kesyukuran dalam perayaan UTK ini, khususnya kepada Uskup kita yang telah menyahut panggiilan menjadi Uskup pada 26 tahun yang lalu,” Ujar beliau.

Sempena dengan perayaan UTK 26 ini juga, Komiti Sukan Solidariti KSFX telah menganjurkan sukaneka tradisional pada 18 Mei 2019 di padang Sekolah Rendah St. Francis Xavier. 13 kumpulan yang terdiri daripada 6 orang wakil setiap KKD dan ZON naungan Paroki KSFX. Selain merupakan pengisian sambutan UTK 26 Paroki KSFX, aktiviti ini juga memupuk semangat solidariti antara umat dan memelihara sukan tradisional. 

Antara Sukaneka Tradisi  yang diadakan

Selipar Gergasi

Rampanau

Melastik tin

Menyumpit

Mengupas kulit kelapa menggunakan batu

Turut diadakan pada hari yang sama iaitu pertandingan bercerita dalam bahasa Kadazan, Dusun dan Murut (KDM). Kategori bercerita terbahagi kepada 2 iaitu Tahap 1(8 orang) Tahap 2 (11 orang).

Peserta pertandingan bercerita dalam bahasa Kadazan Dusun Murut (KDM)

Sharing is caring!

Leave a Reply