ULANG TAHUN INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA YANG KE 21

KENINGAU : Dengan penyertaan kuasa Tuhan, Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) telah berjalan bersama selama 21 tahun.

Seramai kira-kira 100 orang umat termasukalah anggota ISKB hadir dalam Ulang Tahun IKSB yang ke 21 pada 27 Julai 2018. Misa sempena ulang tahun ISKB diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT) yang disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong. Turut hadir, Rev. Fr Ronnie Luni dan Rev. Fr Bonaventure Unting.

ISKB telah dibentuk dan disahkan secara rasmi di Katerdal St. Francis Xavier Keningau yang disempurnakan oleh Uskup Cornelius Piong. Sempena pelancaraan ini, 3 orang anggota komuniti melafazkan Komitmen Pertama yang terdiri daripada Saudari Rita Titing (Mission Sook), Saudari Losia Tumpangon (Paroki St John) dan Saudari Anita Uliti (Paroki Holy Cross Toboh).

Anggota ISKB dan peninjau mengabadikan kenangan bersama Uskup dan paderi

Setakat ini, anggota ISKB mempunyai 20 orang anggota yang melayani di Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan juga di Keuskupan Keningau. Pelayanan anggota ISKB sama ada dalam Katekatikal, rumah ret-ret, kantin, menjual barang Kudus adalah untuk membantu umat dalam pembangunan iman.

Anggota ISKB hidup dan memilih pekerjaan sendiri sesuai dengan bakat, kemampuan dan kesempatan yang ada dengan menghayati komitmen yang diikrarkan melalui penglibatan secara sukarela dan aktif dalam pelbagai kegiatan di dalam Gereja, Jabatan Kerajaan dan masyarakat dan pekerjaan sederhana.

Uskup dalam homilinya, mengatakan inspirasi daripada Roh Kudus, komitmen dan usaha yang menjayakan pembentukkan ISKB. Beliau berpesan kepada anggota ISKB agar mengambil  sikap yang perlu supaya dapat menghasilkan buah yang baik untuk pelayanan yang efektif.

Antara umat yang datang memeriahkan Ulang Tahun ke 21 ISKB

“Pelayanan sememangnya bukan mudah, maka dengan itu ambilah sikap keterbukaan agar sentiasa terbuka kepada firman Tuhan. Kerana tanpa firmanNya kesediaan untuk melayani kurang. Meskipun kamu sentiasa membaca firmanNya, itu hanyalah sia-sia kerana tidak bertumbuh kalau tiada sikap keterbukaan,” pesan Uskup.

Anggota ISKB yang berkomitmen

Seusai Misa, jamuan kesyukuran diadakan di dewan RRKKT. Sempena dengan itu juga disambut ulang tahun kelahiran dua orang ahli ISKB.