ULANG TAHUN KE 26 KEUSKUPAN KENINGAU

BEAUFORT: Pada 4 Mei yang lalu telah berlangsung satu lagi acara yang penting dalam kalender Gereja Katolik Keuskupan Keningau iaitu Ulang tahun Keuskupan Keningau ke-26 dan ulang tahun ke-26 Pentahbisan YM Uskup Cornelius Piong menjadi Uskup dan juga pesta Kaamatan Peringkat Keuskupan Keningau.

Persediaan untuk UTK ke-26 ini telah dirancang sejak awal tahun lagi dengan pembentukan AJK pelaksana dan disusuli dengan beberapa mesyuarat sepanjang tempoh tersebut bagi merancang pelaksanaan UTK ke 26.

Perayaan dimulakan dengan perarakan masuk para paderi ke dalam gereja diiringi oleh kumpulan penari Sumazau dan paluan gong.

 

Uskup mengalu-alukan kehadiran Uskup Agung John Wong dan juga Emeritus Uskup Agung John Lee.

“Yesus yang memampukan kita untuk berjalan bersama selama 26 tahun. Mengingatkan kepada kita penyertaan Yesus itu penting dalam perjalanan hidup dan iman kita sehari-hari.

“Terdapat tiga aspek penting untuk terus berjalan bersama dalam Yesus Kristus. Pertama, berbangga dengan identiti kita sebagai pengikut Yesus yang bermula dalam keluarga. Kedua, kita dibaptis untuk mewartakan dan menjadi saluran kehadiran Yesus Kristus. Ketiga, beringat sentiasa perjalanan hidup didunia hanya sementara dan destinasi utama hidup adalah rumah Bapa di syurga.” Kata prelatus itu yang turut diraikan dalam perayaan itu.

Pengerusi penganjur, En. Paul Bigul dalam ucapannya berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyumbangkan tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan UKT ke 26.

Rev. Fr.  Bede Antonius menyatakan tanpa sokongan dan kerjasama semua, UTK ke 26 pasti sukar dilaksanakan, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bapa Uskup kerana telah merealisasikan harapan Gereja St. Valentine Beaufort untuk mempunyai sebuah dewan terbuka dan berharap Gereja St. Valentine Beaufort juga akan mendapat sebuah bangunan gereja baru.

Uskup dalam ucapannya mengingatkan agar sentiasa memberi ruang kepada Yesus dalam kehidupan peribadi, keluarga seterusnya komuniti agar terus dapat berjalan bersama. Uskup juga berpesan agar terus berdoa kepada Bonda Maria kerana Dia mengetahui keperluan umat yang percaya kepada Puteranya.

Gimik perasmian UTK ke 26 pun dilakukan oleh Bapa Uskup dengan memalu Gong dan majlis disusuli dengan penyerahan Panji UTK ke 27 bagi tahun 2020 kepada Pengerusi Paroki St. Anthony, Tenom.

Acara diteruskan di dewan terbuka dengan acara pemotongan kek dan doa makan. Selesai saja acara makan Bapa Uskup dibawa melawat khemah untuk menjamah makanan dan minuman tradisional yang unik dan tersendiri yang disediakan oleh KKD dan KUK.

Acara pada hari tersebut di teruskan dengan persembahan daripada setiap KUK dan Paroki, di selang seli dengan cabutan bertuah. Simon Tay

Sharing is caring!