ULANG TAHUN KEUSKUPAN KENINGAU KE-24

IMG_20170508_0007

TAMBUNAN: “Ulang Tahun Ke-24 Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong sebagai Uskup dan seterusnya kewujudan Keuskupan Keningau pada 06 Mei 1993 adalah suatu peristiwa yang istimewa dalam sejarah Gereja Katolik di Sabah,” kata Paderi Paroki Holy Cross Toboh, Rev. Fr. Bede Anthonius sempena perayaan ulang tahun Keuskupan yang ke-24.

UTK1

Gereja Holy Cross Toboh (HCT) sekali lagi menjadi tuan rumah. Perayaan pertama kali diadakan pada 01 Mei 1996 dan kedua pada 03 Mei 2008. Kini, HCT merayakan Perayaan 4 dalam 1 yang mana dirayakan Ulangtahun Keuskupan Menuju Jubli Perak, Kesyukuran Sumbangan Keluarga dalam Pembangunan Keuskupan, Ulangtahun Pentahbisan Bapa Uskup Ke-24 dan Pesta Kaamatan Peringkat Keuskupan Keningau dalam persiapan menyambut Jubli Perak Keuskupan pada tahun hadapan.

UTK2

Perayaan Ulang Tahun Keuskupan Keningau diraikan dengan meriah oleh tiga ribu umat yang datang dari jauh dan dekat. Persiapan perayaan UTK-24 kali ini telah bermula sejak bulan Jun tahun 2016. Menurut Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Toboh, Puan Helen Gurini, “Objektif utama perayaan ini adalah untuk mengajak seluruh umat Allah bersyukur terhadap penyelenggaran Ilahi selama 24 tahun sebagai sebuah Keuskupan. Perayaan ini merupakan satu peluang dan kesempatan rahmat Tuhan untuk mengukuhkan kebersamaan umat Allah sebagai sebuah Keuskupan seperti motto pentahbisan Bapa Uskup,  “Kebahagiaan adalah Kekitaan” dalam suasana kebudayaan setempat.”

UTK3

UTK5

Semasa memimpin Misa Kudus sempena Ulang Tahun Keuskupan Ke-24, Uskup Cornelius Piong memetik tema perayaan itu, “Keluarga berpusat kepada Kristus, berbudaya menyembah Tuhan, memantapkan iman dan bertanggungjawab sosial” sebagai luahan syukur dan sukacita selaku anggota-anggota keluarga besar Keuskupan Keningau.

UTK6

UTK7

Bapa Uskup mengingatkan kembali para umat tentang cita-cita Keuskupan selama ini untuk menjadi “Komuniti Umat Allah yang komited dan efektif melayani kerajaan-Nya” harus sentiasa menjadi fokus dan arah perjalanan iman kita. Beliau menjelaskan bahawa cita-cita ini pertama-tama harus bermula dari dalam keluarga dimana suasana mahu mengenal,  menghadir dan memihak kepada Yesus menjadi keutamaan kita sehari-hari. Oleh itu, Bapa Uskup menasihati para umat agar terus mendekatkan diri dan mengalami kesatuan yang akrab dengan Yesus yang memampukan para umat untuk setia dan rela berkorban bagi Dia.

UTK10

UTK12

Pada penghujung perayaan Misa Kudus, Uskup Cornelius secara rasmi merasmikan Perayaan 4 dalam 1 serta mengumumkan Katedral St Francis Xavier sebagai tuan rumah bagi perayaan UTK Ke-25 tahun hadapan. Bapa Uskup bersama dengan Rev. Fr. Bede Anthonius, Rev. Fr. Roney Mailap dan Pengerusi MPP Toboh, Puan Helen Gurini menyerahkan Panji UTK kepada Pengerusi MPP KSFX, iaitu Puan Stella Kinsik.

UTK9

UTK11

Selepas Misa Kudus, Bapa Uskup, para Paderi dan umat menuju ke Dewan Paroki untuk menikmati makan tengahari. Acara lawatan ke galeri dan pondok-pondok diadakan sejurus Bapa Uskup dan umat selesai makan tengahari. Acara persembahan pentas dari Rumah Kanak-Kanak Bondulu (RKKBT), dan beberapa persembahan dari paroki dan mission di bawah Keuskupan Keningau memeriahkan lagi suasana majlis. Acara kesyukuran ini selesai tepat jam 6 petang.

UTK12

Sharing is caring!