ULANGTAHUN KEPADERIAN REV CLAUDIUS ANDREW

SONY DSC

Holy Cross Toboh – Umat KKD Toboh ( KKD St Maria Siba Toboh, KKD St. Theresa Lisieux Mumus Toboh, KKD St. Michael Kuta Toboh dan KKD St. John Pinampangan Toboh ) telah berganding bahu merayakan ulangtahun kepaderian Rev. Fr. Claudius Andrew yang ke-9, pada 12 Jun 2016 bertempat di dewan Ton Putman, Holy Cross Toboh.

SONY DSC

Walaupun sibuk dengan pelayanan Fr. Claudius sebagai paderi paroki Sook, namun beliau tetap meluangkan masa dengan umat terutamanya di kampung kelahirannya di Kampung Toboh. Sambutan ulangtahun kepaderian Rev. Fr. Claudius Andrew ini, walaupun dirayakan secara sederhana, namun ternyata ia disambut dengan penuh meriah dengan kehadiran umat yang ramai. Kehadiran paderi paroki dan pembantu paderi paroki, barisan MPP Holy Cross Toboh, pengerusi-pengerusi kerasulan Holy Cross Toboh turut memeriahkan suasana sammbutan majlis ini.

SONY DSC

SONY DSC

Rev. Fr. Claudius Andrew, begitu terharu dengan kehadiran umat dalam majlis ini. Beliau merakamkan jutaan terima kasih dan dengan sambutan ini, akan terus memberikan sokongan kepada beliau dalam pelayanannya sebagai seorang paderi.

Sambutan ini juga telah dimeriahkan dengan beberapa persembahan yang diatur oleh peringkat KKD Toboh serta persembahan daripada Kerasulan Belia Katolik pusat HCT.

Sharing is caring!