UTK PERINGKAT GEREJA HOLY CROSS TOBOH

SONY DSC

Toboh Tambunan : Perayaan 3 dalam 1, iaitu Perayaan Ulangtahun Keuskupan Keningau Kali Ke-23, Ulangtahun Pentahbisan Bapa Uskup, Rev. Datuk Cornelius Piong serta Perayaan Kaamatan peringkat Paroki Holy Cross Toboh yang berpusat di Gereja St. Anthony Patau, KUK Patau pada 7 Mei 2016 yang lalu. Perayaan tahun ini adalah bertemakan “Keluarga Berpusat Kepada Kristus, Berbudaya Menyembah Tuhan, memantapkan Iman dan Bertanggungjawab Sosial”.

SONY DSC

Perayaan ini telah dimulakan dengan Misa Kudus yang bermula pada jam 10.00 pagi disempurnakan sendiri oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Gimik perasmian telah disadakan di mana bapa Uskup telah menskru pada tempat yang telah dikhaskan .

SONY DSC

SONY DSC

Semasa dalam ucapan, Rev. Datuk Cornelius Piong berkata, setelah 23 tahun Keukupan Keningau ditubuhkan, ia merupakan sebahagian daripada perjalanan Keuskupan Keningau untuk wawasan Keuskupan. Beliau menekankan tiga perkara yang harus dijadikan gaya hidup atau pedoman oleh umat katolik terutamanya di Keuskupan Keningau. Pertama adalah membina kesatuan kita berdasarkan peribadi Yesus. Umat diingatkan agar tidak hanya berpuas hati dengan pentahbisan yang diperolehi namun terus menghidupi pentahbisan tersebut dengan menyatukan diri dengan peribadi Yesus agar tidak lemah. Kedua adalah sentiasa mempraktikkan kehadiran roh kudus dalam doa dan kehidupan seharian, dan yang ketiga adalah menekankan semangat hidup berkomuniti sebagai umat Allah di Keuskupan Keningau.

SONY DSC

SONY DSC

Selepas missa kudus, acara melawat pondok-pondok zon telah dilakukan. Selain daripada dewan utama gereja sebagai tempat perayaan,sebanyak tujuh buah pondok perayaan telah disediakan dan  dilawatioleh umat di mana setiap pondok zon KUK dan KKD menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik untuk turut disertai oleh para umat yang hadir. Makanan-makanan tradisional pelbagai jenis  juga turut dihidangkan. Lawatan –lawatan ke pondok perayaan yang diketuai oleh bapa Uskup dan diiringi oleh MPP serta AJK penganjur telah memeriahkan lagi suasana perayaan tersebut.

Sharing is caring!