PENERIMAAN PARA CALON BAPTIS PERINGKAT PAROKI KSFX

img08calon400

Keningau – Pada 22hb Mac yang lalu, seramai 300 calon baptis diterima oleh YM. Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dalam perayaan Ekaristi. Calon-calon baptis ini berasal dari 10 Zon yang bernaung di bawah Paroki St Francis Xavier.

img03calon400

Dalam khotbah Bapa Uskup, beliau pertama-tama mengingatkan umat yang hadir, dan lebih-lebih lagi kepada para calon baptis, bahawa kita telah memasuki minggu pertama dalam masa Prapaskah. Dalam masa Prapaskah ini, kita diminta untuk semakin mendekatkan diri kita dengan Tuhan, dalam amal kasih, dalam doa dan pantang, dalam kasih persaudaraan, dan terutamanya dalam perayaan Ekaristi itu sendiri. Dalam perayaan Ekaristi inilah, Yesus sungguh-sungguh hadir dan menyapa umat-Nya melalui sabda-Nya dan menguatkan hidup rohani kita dengan memakan Tubuh-Nya dalam perjamuan kudus.

img06calon400

img05calon400

Kedua, bagaimana kita memiliki relasi yang dekat/intim dengan Tuhan dan dengan sesama? Tidak lain, iaitu dengan menghadiri perayaan Ekaristi, dengan menerima Sakramen-Sakramen secara teratur secara khusus Sakramen Ekaristi dan Sakramen Rekonsiliasi, selalu membaca dan merenungkan Firman Tuhan, berdoa dan memiliki devosi kepada para kudus. Hubungan yang akrab dengan Tuhan akan mengalir dalam persaudaraan dengan sesama.

img02calon400

img01calon400

Ketiga, bagi para calon baptis, hendaknya mulai mempersiapkan diri untuk dibaptis pada malam Paskah nanti. Dan biarlah ini merupakan kehendak bebas/pilihan dari diri sendiri kerana cinta kepada Tuhan dan bukannya disebabkan paksaan dari mana-mana pihak.

img07calon400

MISA RABU ABU

SONY DSC

Keningau – Keuskupan Keningau, atas kebijakan pastoral, telah menetapkan bahawa Rabu Abu jatuh pada 17hb di semua paroki yang bernaung di Keuskupan ini. Manakala bagi stasi-stasi di setiap paroki, mereka boleh menerima abu pada keesokan harinya pula. Seramai 2000 umat berkumpul di Gereja St Francis Xavier untuk mengikuti perayaan Ekaristi sekaligus mempersiapkan diri untuk ditandai dengan abu pada dahi mereka. Rabu Abu pada kali ini dipersembahkan sendiri oleh YM. Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.

SONY DSC

Dalam homilinya, beliau menekankan bahawa masa Prapaskah adalah masa yang penting bagi umat Katolik. Masa Prapaskah adalah masa untuk mengingatkan kembali janji-janji sewaktu kita dibaptis, dan inilah kesempatan bagi kita untuk memeriksa sejauh mana kesetiaan kita kepada janji-janji baptis itu, yang kita lakukan bukan terhadap sesiapa tetapi kepada peribadi Yesus.

Kedua, ada saudara-saudari kita yang sedang mempersiapkan diri untuk dibaptis dan masa Prapaskah inilah masa yang sangat penting bagi mereka dan kita doakan mereka benar-benar dapat mempersiapkan diri agar pembaptisan yang mereka terima itu satu keputusan yang sejujur-jujurnya terhadap Kristus, mahu mengikuti Dia walau apa pun kesusahan dan penderitaan yang bakal di alami. Namun, sebagai manusia biasa, kita tidak lepas dari yang namanya godaan. Terkadang godaan dan tawaran dunia membuat kita lupa siapa kita dihadapan Yesus, lupa akan janji-janji baptis dan membelakangi Yesus. Sebagaimana yang dikatakan dalam pengantar Injil sebentar tadi, “Kita ini manusia/orang yang keras kepala”. Berkali-kali kita diingatkan oleh Tuhan, berkali-kali juga kita lemah dan jatuh. Inilah proses pembentukan iman kita. Hanya dengan pembaptisan saja tidak memberi jaminan kita akan masuk dalam kerajaan Syurga. Tetapi mana seperti yang dikatakan oleh Paulus dalam suratnya di Kolose penting bagi kita semua, “Kamu sudah menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan, oleh itu tetaplah bersatu dengan Dia”. Bukan bersatu dengan Dia sekali setahun atau dua kali setahun tetapi tiap-tiap hari kita mesti berusaha belajar menyatukan diri kita dengan Yesus. Sentiasa mahu mengutamakan Dia, membangun di atas Dia dan berakar umbi pada Dia, seperti pohon yang akan hidup, masuk ke dalam tanah dan berdiri teguh. Angin kencang, ribut, banjir dan sebagainya, tetapi kalau pohon itu benar-benar mempunyai akar yang kuat, tidak akan tumbang. Zaman ini begitu banyak godaan dan tawaran yang mampu membuat kita terlepas dan membelakangi Yesus. Apakah kita sudah punya akar yang benar-benar kepada Yesus?

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

KURSUS PROGRAM LATIHAN TERAPI SPA

Poster A3 (2)

TAKLIMAT KERJAYA

KURSUS PROGRAM LATIHAN TERAPI SPA

 

Tempat: Dewan Gereja KSFX, Keningau
Tarikh: 10 Mac 2015
Jam: 10 pagi

 

Kelayakan :
Berumur 18 – 40 tahun
Perempuan sahaja dan memerlukan komitmen ingin belajar skill baru

BICARA IMAN: PERBEZAAN GEREJA KATOLIK, ORTODOKS DAN PROTESTAN

bicara iman

Mari dan ikutilah BICARA IMAN pada 07 – 08 Mac 2015. Para peserta akan dibawa untuk mengenali perbezaan apa saja yang terdapat di dalam Gereja Katolik, Ortodoks dan Protestan. Tujuan BICARA IMAN ini tidak lain adalah untuk membuka mata umat Katolik betapa kaya dengan “HARTA KARUN” yang tidak terhingga sehingga dapat memantapkan iman secara peribadi, membagi dan memperkongsikan pengetahuan kepada sesama.

Pendaftaran kini dibuka, silakan menghubungi di talian 087-333075 untuk keterangan lanjut.