JADILAH PEMIMPIN YANG BAIK

Hari Minggu Paska Ke – 4 ( B )

Kis. 4:8-12; 1Yoh. 10:11-18; Yoh. 10:11-18

Dunia zaman sekarang ini sungguh memerlukan pemimpin-pemimpin yang berwawasan untuk membangun – bukan meruntuhkan, menjaga – bukan menyalagunakan kuasa, membolehkan orang – bukan mendominasikan dan bukan pemimpin yang mencari keuntungan di dalam kedaifan orang yang dipimpinnya.

christYesus adalah pemimpin paling agung yang pernah kita dengar di dunia ini. Injil pada hari ini memperkatakan tentang-Nya “Gembala Yang Baik” sebagai model kepimpinan kita. Kisah sejarah mengenai latar belakang Gembala Yang Baik dalam Injil hari ini sebenarnya berdasarkan kitab Yehezkiel bab 34, di mana nabi diberi kuasa untuk melawan pemimpin-pemimpin (gembala-gembala) Israel yang lebih mementingkan diri mereka. Pendik kata, pemimpin-pemimpin yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan semasa mereka memegang kuasa.

Bagi mereka yang berpura-pura menjadi pemimpin, Yesus menegaskan bahawa Dialah pemimpin yang perlu dicontohi. Yesus memberikan tiga sifat asas yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin yang tulen – berdidikasi, mengenal orang-orang yang dipimpinnya dan berdikari.

Sifat pertama, berdedikasi. Sebagai seorang gembala yang baik, dia hendaknya bersedia mengorbankan diri demi orang-orang yang dipimpinnya. Tidak seperti pemimpin-pemimpin biasa yang biasanya mengambil banyak kesempatan untuk menambah kekayaan diri sendiri daripada menjaga kesejahteraan orang-orang yang dipimpinnya.

Sifat kedua, mengenal orang yang dipimpinnya. Pemimpin yang tulen adalah pemimpin yang kenal dan dikenali oleh orang-orang yang dipimpinnya. “Mengenali” bererti memenuhi dan mengetahui keperluan-keperluan asas orang-orang yang dipimpinnya.

Sifat ketiga, berdikari. Jika kita perhatikan dengan lebih, apabila Yesus menyelamatkan kita, Dia tidak menggunakan kuasa ilahi-Nya. Dia mengalami kesengsaraan dan akhirnya mati sebagai seorang manusia, bukan dengan cara keajaiban atau cara olok-olok sahaja.

Inilah sebabnya mengapa Yesus meninggalkan murid-murid-Nya tanpa apa-apa peninggalan daripada-Nya sebagai bantuan untuk mereka meneruskan karya penyelamatan-Nya. Dengan berbuat demikian, Yesus pasti mempunyai alasan-alasan yang kukuh. Dia sebenarnya mengajar kita bahawa seorang pemimpin yang sejati tidak seharusnya melakukan segala sesuatu secara bersendirian. Seorang pemimpin yang baik sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada pengikut-pengikut-Nya untuk mengambil peranan betapa sedikit pun kemampuannya. Supaya para pemimpin dapat berkata, “Bukan saya sahaja membangun Gereja, kampung dan Negara ini tetapi juga kamu, dengan keringat dan segala kekhawatiran kamu.” Kata-kata ini juga pernah diucapkan oleh mantan Perdana Menteri kita Pak Lah, dengan versi lain, “Bekerjalah bersama saya dan bukan bekerja untuk saya.” Malah gelaran Yang Berhormat (=YB) perlu diberi suntikan semangat baru menjadi Yang Berkhidmat.

Sifat kepimpinan Yesus memang menarik untuk dipelajari dan sebenarnya tidak sukar juga untuk ditauladani. Berdasarkan maklumat-maklumat yang kita perolehi di dalam Injil, terdapat tiga jenis kekuatan kepimpinan yang dimiliki-Nya.

–           Kekuatan kawalan kendari yang kuat dalam menghadapi apa juga keadaan.

–           Kekuatan untuk melakukan apa yang difikirkan dan dikatakan-Nya.

–           Kekuatan untuk berhubungan dengan segenap lapisan masyarakat.

Kemunginan pada ketika ini kita hanya mempunyai satu atau dua kekuatan kepimpinan tersebut. Namun kejayaan di dalam apa juga bidang pengurusan, memerlukan ketiga-tiga kekuatan tersebut. Misalnya seorang guru mempunyai kekuatan kawalan kendiri dan kekuatan melakukan apa yang difikirkan dan dikatakannya, tetapi lemah dalam kekuatan
perhubungan sosial! Maka nilai kerjayanya sebagai seorang guru pasti kurang dan terhad. Demikian juga betapa sering kita mendengar kejatuhan pemimpin-pemimpin politik yang mempunyai kekuatan perhubungan sosial dan kekuatan melakukan apa yang difikirkan dan dikatakannya tetapi sangat lemah dalam kekuatan kawalan kendiri.

Perhatikan dua orang pemimpin politik berikut ini. Suatu hari pemimpin pertama menjemput pemimpin kedua datang ke rumahnya untuk merayakan kejayaan sebagai pemimpin. Pemimpin kedua sangat kagum pada rumah dan semua perabot di dalam rumah yang serba mewah itu dan bertanya bagaimana dia membiayai itu semua, “Kau lihat balai raya di tengah padang itu? Kata pemimpin pertama “50%”. Pemimpin kedua mengangguk-angguk kepalanya tanda faham bahawa 50% daripada peruntukan balai raya tersebut masuk ke dalam poket si pemimpin pertama.

gembalaBeberapa bulan kemudian, pemimpin kedua menjemput pemimpin pertama ke perasmian rumah barunya. Pemimpin kedua sangat kagum pada rumah tersebut dan bertanya bagaimana dia mendapat wang membena rumah bagaikan istana itu. “Sahabatku, lihat di sungai itu” katanya sambil memperlihatkan pelan jambatan besi. “Tetapi saya tidak melihat jambatan di sungai itu” kata sang pemimpin pertama yang langsung dijawab oleh pemimpin kedua sambil berbisik di telinganya “100%!” Kedua-duanya ketawa terbahak-bahak kerana saling memahami kelicikan hati mereka berdua. Memang lucu, tapi mahukah kita pemimpin seperti ini. Atau mahukah kita meniru pemimpin ini untuk menjadi tauladan bagi kehidupan harian kita pula?

Akhirnya kita semua sebenarnya mahu mencari pemimpin yang rela ‘bekerja di ladang yang mengarah pada hasil tuaian yang lumayan’ serta mengiktiraf bahawa tempat kerja/pejabat di mana sebahagiaan besar daripada kita menghabiskan masa kehidupan harian di sana, adalah sesungguhnya tempat yang suci dan ‘tanah yang subur’ yang perlu dihormati dengan sikap dan sifat yang bersih, cekap dan amanah serta “melayani bukan untuk dilayani”. (JL)

Cadangan soalan refleksi peribadi dan perkongsian KKD.

1          Menurut anda siapakah Gembala yang baik itu? Mengapa demikian?

2          Apakah sikap-sikap yang harus ada di dalam diri kita untuk menjadi gembala yang baik bagi sesama kita?

Cadangan aktiviti minggu ini.

Berdoalah secara peribadi, bersama keluarga atau bersama Komuniti Kristian Dasar anda, atau diri anda sendiri agar ramai kaum muda kita berani menyahut panggilan Tuhan untuk menjadi paderi dan religius.

RETRET PERSIAPAN DAN PEMBAHARUAN KOMITMEN PARA ANGGOTA BETANIA

Keenam anggota Komuniti Betania yang telah memperbaharui komitmen mereka bergambar bersama dengan Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, bersama para paderi dan belia yang berminat dengan cara hidup ISKB.

17

 

Anggota Komuniti Betania (ISKB) mengadakan retret selama 8 hari mempersiapkan diri untuk memperbaharui komitmen. Retret pada tahun ini dibimbing langsung oleh Rev Fr Giovanni CSE

Para anggota Komuniti Betania mengadakan retret selama 8 hari yang dibimbing oleh Rev Fr Giovanni Chrysostom CSE

1

4

3

 

 

Para belia yang berminat dengan cara hidup

Komuniti Betania (ISKB)

Para belia dibawa untuk mengenal dan mencinta firman Tuhan
Para belia dibawa untuk mengenal dan mencinta firman Tuhan
Mengsharingkan pengalaman mereka selama dibimbing untuk mengenal panggilan Tuhan.
Mengsharingkan pengalaman mereka selama dibimbing untuk mengenal panggilan Tuhan.

10405445_10203006378665984_933529985000024508_n

10404093_10203006378385977_8141205444458445299_n

1544361_10203006376385927_8497108068985501446_n

BELIA KSFX KENINGAU MENYAMBUT KETIBAAN SALIB SYD DARI PAROKI ST THERESA TAMBUNAN

Salib SYD diarak sepanjang perjalanan bermula dari Gereja St Theresa, Tambunan dan tiba di Katedral St Francis Xavier, Keningau.
Salib SYD diarak sepanjang perjalanan bermula dari Gereja St Theresa, Tambunan dan tiba di Katedral St Francis Xavier, Keningau.

SONY DSC

Salib SYD diarak dengan tarian Sumazau.
Salib SYD diarak dengan tarian Sumazau.
Umat KSFX berlutut untuk menghormati Salib SYD. Turut hadir dalam penerimaan Salib ini ialah Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.
Umat KSFX berlutut untuk menghormati Salib SYD. Turut hadir dalam penerimaan Salib ini ialah Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.
Penyerahan secara rasmi Salib SYD. Sdr. Felix menyerahkan Salib SYD dan diterima oleh Sdr. Cornelius yang mewakili umat KSFX.
Penyerahan secara rasmi Salib SYD. Sdr. Felix menyerahkan Salib SYD dan diterima oleh Sdr. Cornelius yang mewakili umat KSFX.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Kesaksian dari Sdr. Russel (peserta dari Paroki St Theresa) tentang pengorbanan Kristus hingga ke salib yang banyak mengubah dan mempengaruhi kehidupannya.
Kesaksian dari Sdr. Russel (peserta dari Paroki St Theresa) tentang pengorbanan Kristus hingga ke salib yang banyak mengubah dan mempengaruhi kehidupannya.
Sdr. Kelly Vitus Medin turut memberikan kesaksiannya, bagaimana persiapan secara peribadi menanti ketibaan Salib SYD.
Sdr. Kelly Vitus Medin turut memberikan kesaksiannya, bagaimana persiapan secara peribadi menanti ketibaan Salib SYD.
Sebelum mengakhir acara, seramai 12 belia mewakili 12 Zon yang bernaung di bawah Paroki KSFX melakukan para liturgi
Sebelum mengakhir acara, seramai 12 belia mewakili 12 Zon yang bernaung di bawah Paroki KSFX melakukan para liturgi

PEMILIHAN AJKT MPP KATEDRAL ST FRANCIS XAVIER TAHUN 2015-2018

SONY DSC

AJKT MPP KSFX TAHUN 2015 – 2018

Pengerusi: Pn Stella Kinsik

Tim. Pengerusi: En Dedacus Philip

Setiausaha: Cik Nancy Nelly Joneh

Pen. Setiausaha: En Andrew Hindol

AJK:

En Michael Wong, Pn Mathilda Nain, En Mathew Tok

dan En Johny Anthony Kadau

Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong turut hadir dalam pemilihan AJKT MPP KSFX.
Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong turut hadir dalam pemilihan AJKT MPP KSFX.
Antara petugas yang dilantik sebagai Tim Pemantau bagi pemilihan AJKT.
Antara petugas yang dilantik sebagai Tim Pemantau bagi pemilihan AJKT.

SONY DSC

Para calon yang hadir dalam pemilihan tersebut.
Para calon yang hadir dalam pemilihan tersebut.

SONY DSC

Proses pemilihan sedang dijalankan.
Proses pemilihan sedang dijalankan.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

AJKT MPP KSFX mengangkat sumpah di hadapan Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan disaksikan oleh umat yang hadir dalam Perayaan Misa Minggu.
AJKT MPP KSFX mengangkat sumpah di hadapan Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan disaksikan oleh umat yang hadir dalam Perayaan Misa Minggu.

SONY DSC

Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong memberkati AJKT MPP terpilih dengan Evangeliarum
Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong memberkati AJKT MPP terpilih dengan Evangeliarum