UMAT PAROKI ST ANTHONY TENOM BERGEMBIRA MENERIMA KETIBAAN SALIB BELIA

Tenom – Pada 11 April 2015 bermulanya perjalanan Salib Belia di Paroki Tenom sehinggalah diteruskan perjalanan Salib Belia ini dihantar ke Gereja Bonda Maria Mission Kemabong pada 25 April 2015.

Menanti ketibaan Salib dari Paroki Sook

Menanti ketibaan

Sepanjang Salib Belia ini berada di Paroki Tenom, Salib ini telah dihantar ke beberapa oustasi yang telah dipersetujui oleh Paderi Paroki Rev Fr. David Mamat bersama dengan pengerusi KBK oustasi seperti yang telah dirancangkan semasa perbincangan program belia 2015 pada awal tahun lagi. 5 KUK yang terpilih adalah St Peter Pamilaan yang bergabung dengan St Thomas Monggol dan Gereja Kristus Bangkit Tipoh, St Francis Asisi Pengalat bergabung dengan Gereja Santa Maria Melalap, St Martha Lagud bergabung dengan St Paul Pagansangon dan St Maria Magdelina Pulong, Gereja Ratu Rosari LIGS bergabung Gereja Tritunggal MahaKudus Pougokon dan KUK St Joseph Batu-Batu yang bergabung dengan St Yohanes Mandalom dan St Dimianus Inubai dan terakhir adalah di paroki yang bergabung dengan St Micheal Pangie sebelum dihantar ke Mission Kemabong.

Penyerahan Salib dari Paroki Sook kepada Paroki Tenom

SAT ke  St Peter Pamilaan

Sejuruh penerimaan, puji-pujian dijalankan dan seterusnya Misa Kudus. Dalam homili, Fr. David dan Fr. Benedict sering mengingatkan kepada belia agar dapat merenungkan bukan pada kayu salib itu semata-mata tetapi lebih kepada yang disalibkan iaitu Yesus itu sendiri, dan berharap para belia dan umat setempat mengambil kesempatan untuk berdoa bersama dihadapan salib Yesus dan mendapatkan sesuatu yang dapat mengubah cara hidup dan seterusnya dapat memantap iman secara peribadi.

Dan pada 25 April 2015 berakhirlah Salib Belia ini di paroki St Anthony Tenom sebelum dihantar ke Gereja Bonda Maria Mission Kemabong.

SAT ke Mission Kemabong

Tarian SAT sambutan Salib dari paroki Sook

ULANGTAHUN KEUSKUPAN KE-22 PERINGKAT PAROKI TENOM

IMG_0143

Perayaan Ulangtahun Keuskupan Keningau Ke-22 Peringkat Paroki St Anthony Tenom (4)

Tenom – 14 Jun 2015 Paroki St Anthony Tenom telah merayakan Perayaan 4 dalam iaitu Ulangtahun Keuskupan Keningau, Ulangtahun Pentahbisan Bapa Uskup dan Pesta Penaung Gereja St Anthony Of Padua serta Pesta keaamatan peringkat Paroki Tenom.

Sebelum merayakan perayaan tersebut, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong telah memimpin dalam perayaan misa kudus dibantu oleh Rektor Paroki Rev. Fr David dan Fr Benedict. Dalam homili Bapa Uskup, kita sebagai pengikut Kristus mempunyai dua kerakyatan iaitu sebagai rakyat kerajaan di surga dan juga sebagai rakyat kerajaan di bumi dan bagi para krismawan dan krimawati kamu merupakan agen-agen bagi kerajaan Allah dan harus berani bersaksi bagiNya. Seramai 117 orang krismawan dan krismawati telah menerima sakramen ini. Dalam ucapan bapa Uskup berkata mengapa kita harus mengadakan pesta kaamatan ini adalah kerana untuk generasi muda agar mereka mengenal dan mengetahui apa makna kaamatan itu walaupun cara kita mungkin berbeza dengan dahulu kala yangmana kita bersyukur dengan mengadakan misa kudus kesyukuran berbanding dengan dahulu yang mengadakan ritual memuja semangat padi.

IMG_0246

IMG_0240

IMG_0227

Selesai misa kudus perayaan telah diadakan di dewan terbuka Msgr Agustine Wacher dengan menampilkan pengacara Saudara Ronald James dan Saudari Audry Tay, didahului dengan tarian sambut tamu yang ditarikan oleh belia daripada KUK St Martha Lagud diikuti dengan gimik perasmian dan doa pemberkatan makanan oleh Fr. David. Turut bersama dalam perayaan ini ialah Datuk Radin Maleh dan juga Fr. Clement Abel.   Perayaan turut disajikan dengan beberapa persembahan pentas dari pada setia zon dan LSKK St Anthony Tenom serta komiti Timoris. Acara pentas turut diselangselikan dengan cabutan tiket bertuah yang telah dianjurkan oleh KWK St Anthony. 2 artis jemputan tempatan telah menyerikan perayaan ini dengan masing-masing mendendangkan 2 buah lagu mereka sendiri, iaitu itu Saudara Wences Yusin Adam dan juga Saudara Ronnie Bahan.

Acara berakhir pada jam 5 petang dan doa penutup telah dipimpin oleh Fr David sendiri.

IMG_0212

IMG_0155

IMG_0156

KELUARGA KARMEL BERSUKACITA ATAS PERSEMBAHAN DIRI KETIGA ANGGOTA KONGREGASI

SONY DSC

Tambunan – Dua biarawati dan seorang biarawan dari Pertapaan Karmel Kaingaran, menorehkan sejarah dalam kehidupan mereka masing-masing. Mereka mengikrarkan kaul sementara dan kaul kekal dihadapan Tuhan dan disaksikan oleh umat yang hadir. Upacara tersebut dilaksanakan di Chapel St Maria Magdalena, Khamis (16/07) yang lalu.

Dalam rangkaian perayaan Ekaristi, mereka bertiga satu per satu maju di depan altar Tuhan dan mengucapkan janji setia layaknya suami isteri saat menerimakan sakramen perkahwinan. Namum kesetiaan itu bukanlah terfokus pada manusia, melainkan pada Tuhan dan pelayanan. Mereka pun menandatangai apa yang diucapkan itu diatas selembar kertas.

SONY DSC
Brother Xaverio Gurtiniani CSE mengikrarkan kaul sementara di hadapan Bro Theresius CSE selaku Local Superior bagi komuniti CSE Sabah.
SONY DSC
Sr Regina P.Karm mengikrarkan kaul sementara di hadapan Sr Maximilian Soon P.Karm selaku Local Superior bagi komuniti Putri Karmel di Sabah
SONY DSC
Sr Augustine Marie P.Karm mengikrarkan kaul kekal di hadapan Sr Maximilian Soon P.Karm selaku Local Superior bagi komuniti Putri Karmel di Sabah

Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong yang memimpin perayaan Ekaristi, dalam khotbahnya mengungkapkan bahawa hendaknya para sister dan brother yang akan mengucapkan janji setia dapat memegang teguh apa yang akan diucapkan dihadapan Tuhan dan umat. Kemiskinan, kemurnian dan ketaatan merupakan tiga janji yang harus dipelihara setian anggota Kongregasi Putri Karmel dan Carmelitae Sancti Eliae (CSE).

Lanjutnya, beliau mengongsikan pengalamannya selama menjadi seorang paderi selama 38 tahun. Pertama-tama, siapa pun itu harus memiliki hubungan yang akrab dengan Tuhan. Relasi yang akrab menentukan jalan panggilan seseorang. Semakin dekat dengan Tuhan, semakin kuatlah relasi yang dimilikinya. Semakin kuat relasinya dengan Tuhan, maka apa pun yang dialami, apa pun masalah yang dihadapi, dia sedar bahawa Tuhan tidak pernah meninggalkannya sedetikpun.

Hidup doa dan Sakramen-Sakramen haruslah mendapat tempat yang utama. Tanpa hidup doa, bagaimana mungkin dapat bertahan di dalam perjuangan. Hidup doa membantu untuk mengalahkan godaan-godaan yang berasal dari dunia dan dari si jahat. Firman Tuhan harus menjadi santapan sehari-hari. Kerana di dalam Firman Tuhan, banyak sekali janji-janji Tuhan kepada umat-Nya, di dalam Firman Tuhan banyak sekali ayat-ayat yang mampu menguatkan seseorang dalam perjalanan hidup kerohaniannya. Dan tidak lupa, penghayatan Sakramen-Sakramen amat penting sekali terutama Sakramen Ekaristi dan Sakramen Rekonsiliasi. Dengan menerima Yesus setiap hari dalam Ekaristi, akan membuat kita menjadi serupa dalam dia, menjadi seorang yang penuh kasih dan memiliki kerinduan untuk membawa orang lain untuk mengalami hal yang sama. Sakramen Rekonsiliasi pula mengingatkan kita bahawa Tuhan adalah mahakasih dan maharahim. Tidak ada satu dosa yang tidak mampu untuk Tuhan ampuni. Tuhan adalah Kasih itu sendiri.

Sebelum doa penutup, Sr Augustine Marie, P.Karm mewakili para Sister dan Brother yang berkaul menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada Tuhan yang telah memanggil mereka untuk melayani di ladang-Nya. Sr Augustine Marie juga mengucapkan terima kasih kepada orang tua dan adik-beradik yang telah mendukung mereka dalam doa sampai pada hari berbahagia ini.

SONY DSC

Akhirnya, Nuncio bagi Malaysia iaitu Archbishop Joseph Salvador Marino berterima kasih kepada pihak Pertapaan Karmel yang mengundang beliau untuk menghadiri perayaan pada hari ini, dan beliau berpesan bahawa Tuhan adalah Kasih untuk itu selalulah berpaut pada-Nya ketika kita senang mahupun ketika berhadapan dengan masalah-masalah. Tuhan tidak akan pernah mengecewakan bagi mereka yang berharap pada-Nya.

Setelah doa penutup, semua jemputan dijemput untuk makan tengahari bersama di Dewan St Magdalen sambil menikmati acara-acara yang telah disediakan.

Ketiga Brother dan Sister yang mengucapkan kaul sementara adalah Brother Xaverio Gurtiniani CSE (berasal dari Tambunan), Sister Regina P.Karm (berasal dari Membakut) dan yang mengucapkan kaul kekal adalah Sr Augustine Marie P.Karm (berasal dari Kinarut).

Sebahagian anggota religius dari berbagai kongregasi turut hadir menyaksikan pelafazan kaul ketiga anggota keluarga Karmel.
Sebahagian anggota religius dari berbagai kongregasi turut hadir menyaksikan pelafazan kaul ketiga anggota keluarga Karmel.

PENERIMAAN CALON KATEKUMEN DAN PELANTIKAN DAN PEMBAHARUAN KOMITMEN PARA LEKTORS

Keningau – Pada hari minggu yang lalu (12/07), bersamaan dengan Minggu Alkitab, Katedral St Francis Xavier merayakan dua upacara iaitu penerimaan para katekumen baru dan pelantikan dan pembaharuan komitmen anggota lektors yang baru dan lama. Perayaan hari minggu ini dipimpin sendiri oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong.

SONY DSC

SONY DSC

Sebelum perarakan masuk, Bapa Uskup menerima para katekumen yang mahu menggabungkan diri dengan Gereja Katolik. Sehari sebelumnya seramai 613 orang berkumpul di Dataran Keuskupan untuk mengikuti rekoleksi singkat. Dalam rekoleksi singkat ini, Bapa Uskup menjelaskan kepada para calon katekumen bahawa kehadiran saudara-saudari pada saat ini bukanlah suatu kebetulan, melainkan suatu undangan dari Tuhan Yesus sendiri.

Beliau menegaskan bahawa ini adalah pilihan peribadi masing-masing dan tanpa paksaan. Dan untuk mengikuti Yesus, para calon haruslah memiliki relasi yang akrab dengan Tuhan. Kita harus mengenal dan mengalami Tuhan secara peribadi. Tanpa pengalaman dan hubungan yang akrab dengan Tuhan, mustahil kita mahu memberikan seluruh hidup kita kepada Tuhan.

Tambahnya, jika mahu menjadi pengikut Tuhan janganlah separuh hati melainkan sepenuh hati. Kita tidak memerlukan jumlah yang banyak tetapi tidak memiliki kualiti, yang kita perlukan adalah mereka-mereka yang memiliki kualiti untuk disebut sebagai murid-murid Tuhan. Jumlah tidak menentukan apa-apa. Kualiti yang membuat kita mahal di mata Tuhan.

Setelah Injil selesai dibacakan, Bapa Uskup melantik para lektors baru. Seramai 17 orang telah dipilih melayani di Gereja St Francis setelah mengikuti kursus yang telah dianjurkan. Mereka-mereka ini akan melayani sebagai para lektor di dalam beberapa bahasa yang digunakan di dalam perayaan Ekaristi.

SONY DSC

SONY DSC

Disamping pelantikan anggota baru, mereka-mereka yang telah ditunjuk menjadi lektors sebelumnya, telah memperbaharui komitmen mereka dihapadan Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan telah disaksikan oleh umat yang menghadiri perayaan Ekaristi pada minggu itu.

SONY DSC

Kepada para lektors, Bapa Uskup mengingatkan agar mereka sebaik mungkin bertindak dengan dewasa agar apa yang diwartakan mampu menarik perhatian umat untuk semakin bersemangat mendengar Firman Tuhan yang diwartakan. Bapa Uskup tidak pernah jemu-jemu mengingatkan bahawa relasi yang akrab dengan Tuhan begitu penting sekali. Tanpa relasi dengan Tuhan, tidak mungkin para lektors dapat menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin.

Sebelum menghadiri perayaan Ekaristi dan bertugas sebagai lektor pada masa itu, para lektors haruslah mempersiapkan diri sebaik mungkin dengan membaca petikan terlebih dahulu, dan mencuba untuk memahami apa yang ingin disampaikan Tuhan lewat firman-Nya.

Kepada umat yang hadir, beliau meminta agar mendoakan para lektors yang baru dilantik dan yang memperbaharui komitmen mereka, agar mereka semakin bersemangat di dalam mewartakan Firman Tuhan dan menjadi saksi akan firman-Nya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

SONY DSC

Keningau – Pada 11 Julai yang lalu, rombongan umat dari Paroki St Martin, Telupid telah mengadakan kunjungan ke Pusat Pembentukan Pastoral Keuskupan Keningau (PPPKK). Rombongan ini seramai 40 peserta dan diketuai oleh Paderi Paroki St Martin, Telupid iaitu Rev Fr Jasery Gabuk. Tujuan kunjungan pada kali ini adalah untuk mengenal, mengetahui dan tujuan mengapa Pusat Pembentukan Pastoral didirikan.

Pada kesempatan itu, Encik John Lainsin selaku staf membawa para peserta untuk melihat bangunan Pusat Pembentukan Pastoral sekaligus memberi informasi yang diperlukan. Setelah itu mereka dibawa masuk ke dewan untuk mendengar taklimat berkaitan dengan tujuan Pusat Pastoral ini dibangun.

Encik John Lainsin menceritakan bahawa pada awal mula berdirinya Pusat Pastoral ini, banyak sekali peserta yang dikirim oleh Keuskupan masing-masing untuk mendapat pembentukan berkaitan dengan kursus-kursus yang telah ditawarkan. Memang pada awal mula, kewangan menjadi masalah namun semua ini dapat diatasi dengan bantuan dari Keuskupan yang selalu memperhatikan keperluan yang diperlukan.

Di Pusat Pembentukan Pastoral inilah para peserta dibentuk dan diajarkan materi-materi yang diperlukan untuk memenuhi pra-syarat untuk suatu tugas yang akan diemban nanti. Disini para peserta dibina untuk menjadi seorang Katekis yang tangguh dan mampu menjadi tangan-tangan bagi para paderi, seorang lektor dipersiapkan untuk dapat membawakan Firman Tuhan dengan sebaik mungkin dan para peserta yang mengikuti kursus Pelbagai Macam Doa juga dipersiapakan agar mereka dapat melayani umat yang memerlukan bantuan pelayanan.

Setelah selesai taklimat dari Encik John Lainsin, Rev Fr Jasery Gabuk mengucapkan terima kasih kerana telah sudi menerima kehadiran mereka. Kedatangan mereka ke tempat ini, adalah untuk lawatan sambil belajar dan sedikit sebanyak telah memperolehi informasi berkaitan dengan kursus-kursus yang ditawarkan. Beliau berharap agar semakin banyak umat yang mahu mengikuti kursus-kursus yang telah ada untuk dapat melayani umat-Nya dengan lebih baik lagi.

Sebelum meninggalkan Pusat Pembentukan Pastoral, Rev Fr Jasery Gabuk mengambil kesempatan bergambar dengan rombongan dan staf PPPKK. Pengerusi MPP KSFX, Pn. Stella Kinsik mewakili Katedral KSFX mengucapkan terima kasih untuk lawatan sambil belajar ini dan berharap dapat berjumpa lagi di lain masa.