AMBIL KESEMPATAN UNTUK BERTAUBAT

Renungan Hari Minggu Ke 3 Musim Puasa (C)

Kel 3:1-8,13-15;     1Kor 10:1-6, 10-12;     Luk 13:1-9

 

red cardKad merah sangat ditakuti oleh para pemain bola sepak. Sebab jika seseorang pemain itu dilayangkan dengan kad merah, maka itu bererti tiada lagi maaf baginya dan ia harus keluar dari padang permainan. Tetapi sebelum kad merah ini dilayangkan, sebenarnya masih ada dua tahap sebelumnya dilakukan oleh sang pengadil. Pertama, beliau akan memberi amaran kepada pemain yang bersalah itu. Kalau kesalahan tersebut diulangi lagi maka kad kuning akan dilayangkan, kad merah itu adalah yang terakhir dan muktamad.

Demikian juga dengan sukan yang lain. Semuanya ada maaf tapi ada hadnya. Misalnya dalam sukan lompat tinggi dan besbol. Jika kita gagal melompati atau gagal memukul bola sebanyak tiga kali berturut-turut maka berakhirlah penyertaan kita dalam pertandingan untuk mendapatkan kejuaraan.

Kesemua syarat-syarat yang berhad ini mungkin dipengaruhi oleh sikap manusia itu sendiri yang suka memberi had dalam mengampuni atau memberi kesempatan kepada sesamanya. Misalnya apabila ada seseorang bersalah pada kita, maka kita selalu mengungkapkan kata-kata, “Awas! Ini yang terakhir. Lain kali tiada maaf lagi bagimu!” Atau jika seseorang itu diberi suatu tugas tapi kita anggap kurang memuaskan, maka apabila tamat tempoh masa tugasnya kita tidak mahu membaharuinya walaupun dia memohon supaya diberi kesempatan sekali lagi, lengkap dengan janji untuk berbuat yang lebih baik lagi.

pengampunan

Pengalaman menunjukkan bahawa seringkali terdapat had dalam hal mengampuni di dalam hati setiap manusia. Pemilik pokok ara dalam Injil tadi pun mempunyai perasaan yang sama seperti kita. Beliau menghendaki agar pokok ara tersebut ditebang oleh pengurus kebunnya, “Sudah tiga tahun aku datang mencari buah pada pohon ara ini dan aku tidak menemukannya. Tebanglah pohon ini! Untuk apa ia hidup di tanah ini dengan percuma” (ay 7) katanya.

Kayu ara tersebut sebenarnya mewakili diri kita masing-masing. Allah (=pemilik pokok ara tersebut) menghendaki agar Dia menemukan buah yang baik di dalam diri kita. Dalam hal ini rupa-rupanya Allah pun mempunyai kesabaran yang terhad pula.

Yesus, yang digambarkan sebagai pengurus ladang tersebut menjadi perantara dan berunding dengan Allah Bapa bagi pihak kita manusia, “Tuan, biarlah dia tumbuh tahun ini lagi” (ay 8a), lengkap dengan sebab mengapa perlu diberi kesempatan sekali lagi. “…Aku akan mencangkul tanah sekeliling dan memberi baja kepadanya. Mungkin tahun depan ia berbuah” (ay 8a,9a). Dalam hal ini fikiran Tuhan Yesus adalah lebih kepada memberi kesempatan bukan pada penghapusan dan Dia bukan bermaksud pada pokok ara tersebut tetapi Dia bercakap tentang manusia yang bergelut dengan kehidupan.

Masyarakat kita di zaman yang serba mencabar ini seakan-akan dengan mudah saling berteriak, “Dengan tiga kiraan kamu pasti tewas!” Bagaikan perlawanan gusti, apabila tidak ada tindak balas sesudah kiraan tiga, maka dikira tewas. Tetapi nampaknya Yesus dalam petikan Injil hari ini seakan-akan berkata dengan tenang dan penuh nada cinta kasih menambah, “Tambahkan lagi dengan kiraan yang ke empat.” Yesus sentiasa membayangkan kemajuan dan memberkati usaha-usaha kita walaupun tidak sempurna. Belas kasihan merupakan suatu sifat kebaikan sangat positif, yang seharusnya tidak dipandang sebagai kelemahan.

Saya masih ingat waktu zaman kanak-kanak. Apabila ada sedikit perselisihan faham semasa bermain, pasti aksi bertumbuk menjadi lumrah. Tetapi celakanya, ada teman-teman yang lain memberi batu api sambil berteriak, “Tumbuk dia sekali lagi.” Bayangkanlah suasana yang pada mulanya sangat menyeronokkan menjadi huru hara sekelip mata. Bayangkanlah juga jika amalan-amalan yang negetif ini diamalkan di dalam hidup kita seharian.

Tetapi bayangkanlah jika sikap Yesus yang suka memberi kesempatan pada orang lain untuk menjadi lebih baik itu kita amalkan setiap hari. Pastilah dunia ini menjadi suatu tempat yang aman damai.

imagesSanto Petrus pernah menyangkal Yesus sebanyak tiga kali, tetapi diberi kesempatan oleh Yesus sekali lagi dan sejak itu Petrus tidak lagi pernah meninggalkan Yesus. Malah Dia diangkat menjadi Paus yang pertama dan mati sebagai seorang martir. Tanpa kiraan Yesus yang “ke empat” itu, seluruh tulisan sejarah umat kristian pasti bukan apa yang tercatat sekarang. Sedihnya pula, Yudas yang telah diberi kesempatan sekali lagi, telah menolaknya begitu sahaja. Akibatnya? Wallahualam.

Pengampunan merupakan sifat Tuhan kita yang bukan untuk kita salahgunakan sebab kita tahu Tuhan itu memang pemurah dan pengasih, tetapi digunakan oleh orang-orang yang lemah dan bergelut untuk menghadapi cabaran-cabaran hidup seperti kita yang berada di sini.

Tuhan memang tahu kelemahan kita, maka itulah sebabnya Dia bukan mengampuni kita terhad hanya kiraan “tiga” atau “empat” sahaja, tetapi sampai kepada “tujuh kali tujuh” malah sampai pada kiraan “tujuh puluh kali tujuh kali” (Mt 18:22) alias pengampunan tanpa had.

Perumapaan Tentang Pohon Ara

Melalui perumpamaan Injil hari ini, pokok ara yang tidak berbuah itu melambangkan manusia. Tuan yang terlalu ‘mengira’ adalah ‘bos’ dan Yesus sebagai pengurus ladang. Perselisihan dimenangi oleh kasih yang maha suci dan akhirnya kiraan tersebut berakhir dalam keadaan yang menggembirakan. Sang pokok ara diberi kesempatan untuk berbuah. Pokok ara (=kita manusia) jangan sampai lupa siapa yang membuat tuan ladang sehingga menukar fikirannya dan memberikan kesempatan sekali lagi, iaitu si pengurus ladang alias Yesus Kristus, Tuhan dan Penyelamat kita. (JL)

Cadangan soalan refleksi peribadi dan perkongsian KKD.

  1. Beriman bererti sanggup meninggalkan kepentingan peribadi demi sesama. Menurut anda, apakah kepentingan-kepentingan peribadi yang perlu kita tinggalkan demi kepentingan sesama itu?
  2. Santo Paulus pernah berkata, “Siapa yang menyangka, bahawa ia teguh berdiri, hati-hatilah supaya ia tidak jatuh” (1Kor 10:12). Apa yang anda fahami kata-kata ini sehubungan dengan hidup kita terutama masa Prapaska ini?

Cadangan aktiviti minggu ini.

Baca kata-kata St. Paulus ini berkali-kali “Siapa yang menyangka, bahawa ia teguh berdiri, hati-hatilah supaya ia jangan jatuh” (1Kor 10:12). Lebih baik lagi ditulis dengan tulisan yang besar, diletakkan di pintu atau tempat-tempat yang mudah dilihat, untuk menyedarkan sikap keegoan kita yang selalu menganggap diri ini serba ok, padahal banyak dosa yang mengerogoti kehidupan kita secara perlahan-lahan.

JUBLI PERAK KEPADERIAN REV FR DR CHARLES CHIEW

5 loaves 2 fishes

Keningau – “5 ROTI JELAI DAN 2 EKOR IKAN” merupakan moto yang dirasakan sesuai oleh Rev Fr Charles Chiew, yang mana pada 25 November 2015, telah genap 25 tahun melayani sebagai seorang paderi diosesan. Moto tersebut digunakan kerana dipandang sesuai untuk merangkum perjalanan beliau sebagai seorang pelayan Tuhan.

Bertepatan dengan Hari Raya Tuhan Kita Yesus Kristus Raja Semesta Alam, Rev Fr Charles Chiew melangkah memasuki Gereja Katedral St Francis Xavier untuk merayakan perayaan Ekaristi. Di hari yang sama, beliau merayakan ulangtahun kepaderian beliau yang telah ditempuh selama 25 tahun. Disaksikan dengan kehadiran umat pada hari minggu tersebut, memeriahkan lagi suasana di dalam rumah Tuhan.

SONY DSCDi dalam kotbahnya, Rev Fr Charles Chiew membawa umat untuk mengenal siapakah Yesus Kristus yang disebut Raja Semesta Alam. Segala sesuatu yang terciptakan adalah karya tangan-Nya. Tak ada suatu pun yang terlepas dari pandangan Tuhan dan segala sesuatu diciptakan sempurna adanya. Roh atau “Ruah” yang ditiupkan ke dalam tubuh manusia menandakan bahawa hidup manusia tercipta semata-mata hanya untuk Tuhan. Untuk memuji dan mengagungkan kebesaran dan kemuliaan Tuhan, Raja di atas segala raja.

Menurut beliau, banyak umat yang ditemuinya bertanya mengapa beliau tidak merayakan ulangtahun kepaderiannya pada hari khusus agar suasana lebih meriah. Namun beliau menolak dengan alasan, Yesus harus menjadi besar dan aku (Rev Fr Charles Chiew) menjadi kecil. Kata-kata yang diucapkan oleh Yohanes Pembaptis memberi inspirasi kepada beliau dan itulah yang sebetulnya harus terjadi. Yesus harus diutamakan atas segala sesuatu.

SONY DSC
Rev Fr Charles bergambar bersama dengan anggota Institut Sekular Komuniti Betania (ISKB)

Beliau mengambil bacaan dari Injil Yohanes 6:1-15 untuk mengawali perkongsiannya selama 25 tahun ini. Bacaan tersebut dapat merumuskan perjalanan 25 tahun kehidupannya sebagai seorang paderi. Mengimbas kembali panggilan beliau, fahaman tentang iman kristian bermula ketika beliau berumur 7 tahun. Pengalaman mengunjungi salah satu rakan sedarjah (classmate) yang sakit dan menginjak kaki di Gereja buat pertama kali memberi kesan hingga saat ini. Pengalaman kedua yang banyak memberi impak akan imannya adalah ketika penganiayaan para misionaris yang melayani di Sabah. Mereka ditangkap dan diusir keluar pada awal tahun 1970-an. Masalah ekonomi yang dialami dalam keluarga membuat Rev Fr Charles Chiew takut jikalau dikeluarkan dari sekolah. Tapi Tuhan tidak pernah meninggalkan anak-anak-Nya. Tuhan bekerja secara misteri dan menggerakan seorang “samaritan yang baik” untuk membantu beliau. Beliau mendapat biasiswa dan melewati masa-masa gelap hingga menyelesaikan pendidikan di tingkatan lima.

Para Sister FSIC tidak ketinggalan bergambar bersama dengan Rev Fr Charles Chiew yang merayakan ulangtahun kepaderian yang ke-25 tahun
Para Sister FSIC tidak ketinggalan bergambar bersama dengan Rev Fr Charles Chiew yang merayakan ulangtahun kepaderian yang ke-25 tahun

Seperti Bapa yang mengubah kematian Anak-Nya menjadi berkat, begitu juga Bapa menggerakkan hati Ketua Menteri (waktu itu) untuk menubuhkan biasiswa bagi anak-anak bumiputera Sabah. Penganiayaan yang dialami oleh para misionaris menumbuhkan benih-benih panggilan dalam anak tempatan. Gereja menjadi “kosong” dan ini adalah cabaran buat anak-anak tempatan untuk menyahut panggilan Tuhan “Tuaian memang banyak tetapi pekerja sedikit”.

Beliau memberanikan diri untuk menyerahkan permohonan untuk diterima menjalani kehidupan sebagai seorang seminarian. Pada tahun 1977-1979, bersama dengan rakan-rakannya, beliau diterima masuk di Singapore Minor Seminary. Beliau sedar bahawa kekayaan dunia tidak berpengaruh terhadapnya, jika kekayaan tersebut tidak dapat memberi keselamatan jiwanya. Kekayaan yang dapat memuaskan lapar dan dahaga seseorang hanya Ekaristi – sumber dan kemuncak penyembahan Kristian.

Rev Fr Charles Chiew bergambar bersama dengan anggota keluarga
Rev Fr Charles Chiew bergambar bersama dengan anggota keluarga

Tepat pada 25 November 1990 bertempat di Padang St Francis Xavier, beliau berlutut dan ditahbiskan menjadi seorang paderi muda. Dan kini, tarikh dan bulan yang sama pula, menjadi saksi bahawa telah 25 tahun dijalaninya di dalam pengabdian beliau sebagai seorang paderi. Untuk merangkum suka duka yang telah dilalui oleh beliau, satu sajak telah ditulis sendiri olehnya sebagai ungkapan betapa rencana dan rancangan Tuhan itu sungguh indah, indah pada waktunya.

Engkau Tuhan… Hebat!

Ajaib Tuhan panggilan-Mu

Permata kasar diseliputi semangat kebebasan tak terkawal

Engkau gilap menjadi cahaya sinar-Mu

Yang mustahil di mataku Engkau mungkinkan

Yang mustahil di benakku Engkau nyatakan

Kemuskilan menjadi sebuah kenyataan yang meyakinkan

Kebodohan, sebuah kebijaksanaan

Mana mungkin langkah yang ragu, langkah yang takut, langkah dilema ini

mampu berjalan antara lorong dan jalan raya

antara titian dan jambatan

Ajaib Tuhan!

25 tahun Engkau mungkinkan berjalan licin atas onak duri

Belayar tenang dalam lautan badai

Tabah menempuh taufan badai

Aku bersyukur Tuhan, sungguh bersyukur

Engkau menobatku

pelayanan membantu, seperti Yohanes Pembaptis,

walau tidak layak melepaskan sandal-Mu,

Simon dari Kirene, yang berkongsi keistimewaan memikul kayu salib-Mu,

dan seorang anak kecil, bertuah amat mengongsikan sedikit punyanya

5 roti jelai, 2 ikan…

Engkau tidak melihat kelembapanku pun kedegilanku

jauh sekali kelemahanku

permata kelam ini Engkau pahat,

Engkau bentuk tanpa henti, sabar, kasih…

aku sedar aku hanya perlu beri hatiku,

beri fikiranku, beri jiwaku,

pasrah pada-Mu

percaya pada penciptaan semula-Mu

Pun saat ini, tika ini, waktu ini

kerana Engkau masih setia membentukku,

akupun mahu terus belajar, rela dipakai oleh-Mu

langkahku, langkah-Mu

bicaraku, bicara-Mu

hidupku, hidup-Mu

hanya itu yang aku mahu

semua mahu-Mu Tuhan.

REKOLEKSI DAN UPACARA PENERIMAAN CALON BAPTIS

SONY DSC

Keningau – Pada sabtu yang lalu (13/02), seramai 509 calon baptis mengikuti rekoleksi singkat yang diadakan di Dataran Keuskupan Keningau, untuk mempersiapkan para calon baptis diterima pada keesokan harinya di dalam perayaan Ekaristi.

SONY DSCPara calon baptis yang hadir dalam rekoleksi singkat ini, adalah calon-calon yang datang dari 12 Zon (Bingkor, Biah, Senagang, Menawo, Apin-Apin, Magatang, Toboh Laut, Kepayan, KSFX dan naungan) yang bernaung di bawah Paroki Katedral St Francis Xavier, Keningau. Dan didalam rekoleksi singkat ini, mereka dapat bertemu langsung dengan pembicara khas, iaitu, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong sendiri.

SONY DSCDi dalam ceramahnya, Bapa Uskup memberikan nasihat-nasihat kepada para calon baptis, tentang erti menjadi pengikut Yesus yang sejati. Beliau menekankan bahawa bukan jumlah yang diperlukan, melainkan kualiti yang ada dalam setiap calon. Para calon juga diingatkan bahawa kehadiran mereka untuk dibaptis pada malam Paskah nanti, bukanlah disebabkan mahu mendapat nama baru yang populer, melainkan mahu secara peribadi menjadi anak-anak Tuhan dan sekaligus menjadi agen-agen penyebar cintakasih kepada sesama.

Beliau mengutip petikan dari Injil Matius 16:24 yang berbunyi “Lalu Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Setiap orang yang mahu mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku”. Dari petikan ini, para calon baptis diajak untuk mengerti bahawa keputusan mahu mengikuti Yesus, bererti siap untuk mengalami penderitaan dan pencobaan. Mengikuti Yesus bukanlah hidup dalam keadaan yang enak-enak, melainkan siap sedia untuk mengalami penderitaan dan penganiayaan kerana iman akan Yesus. Untuk itulah, para calon baptis perlu setiap hari memohon rahmat dari Tuhan agar siap untuk mengangkat salib-salib kehidupan. Membiarkan kehendan dan rencana Tuhan yang terjadi di dalam hidup dan berdoa agar tidak mudah untuk mengkhianati iman akan Tuhan Yesus.

Bagaimana para calon baptis dapat menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut Yesus? Sekali lagi Bapa Uskup memberikan petikan dari Kolose 2:7 yang mana: “Hendaklah kamu berakar di dalam Dia dan dibangun di atas Dia, hendaklah kamu bertambah teguh dalam iman yang telah diajarkan kepadamu, dan hendaklah hatimu melimpah dengan syukur”. Pertama-tama, para calon baptis haruslah memiliki hubungan yang akrab dan dekat dengan Tuhan Yesus. Dengan apa? Dengan berdoa secara peribadi, membaca Alkitab setiap hari, hadir di dalam Adorasi dan Saat Teduh, dan merayakan perayaan Ekaristi sekaligus menghayati Sakramen-Sakramen, iaitu, Sakramen Rekonsiliasi dan Sakramen Ekaristi. Tanpa hubungan yang akrab dengan Yesus, mustahil bagi para calon baptis untuk setia memikul salib dan meneruskan perjalanannya sebagai pengikut Yesus.

SONY DSC

Keesokan harinya, kesemua 495 para calon baptis, diselidiki oleh Bapa Uskup dan 12 calon mewakili setiap Zon naik ke halaman altar dan menandatangani buku upacara penerimaan dan diterima sendiri oleh Bapa Uskup untuk dibaptis pada malam Paskah nanti.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Dalam homilinya, beliau membawa umat untuk sedar bahawa dalam kehidupan ini, setiap manusia tidak pernah lepas dari godaan dan cubaan. Godaan untuk tidak taat kepada Tuhan, godaan untuk tidak melaksanakan apa yang menjadi tanggungjawab kita. Umat dijelaskan bahawa godaan yang dialami bukanlah suatu dosa, tetapi menjadi satu dosa ketika manusia mengikuti “kemahuan dan melakukan” dari si penggoda iaitu si Iblis itu sendiri. Iblis, menurut Bapa Uskup, mempunyai misi iaitu untuk menjatuhkan manusia dan Iblis selalu taat untuk melawan kehendak Tuhan. Yesus yang dikisahkan dalam Injil pada hari ini, turut mengalami godaan dari si Iblis. Godaan ada baiknya juga iaitu membawa manusia untuk merenungkan sejauh mana ketaatan kita terhadap perintah-perintah yang telah Tuhan berikan. Tanpa godaan, kita tidak akan pernah tahu, sejauh mana iman kita selama ini. Dari kelemahan kita itu, kita belajar untuk bangun dan terus memperbaiki diri.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Sekali lagi, para calon baptis diingatkan kembali bahawa keputusan mereka ini janganlah kerana ikut-ikutan. Kita mahu agar matlamat kita menjadi pengikut Yesus ialah agar kita hidup menyerupai Dia. Agar dapat menyerupai Yesus, perlu sentiasa ada ketaatan, taat kepada kehendak Tuhan. Jangan berfikir bahawa dengan dibaptis maka segalanya selesai. Pembaptisan hanyalah permulaan kita melangkah untuk mengikuti Yesus. Maka itu, kita perlu menyatukan diri kita dengan Yesus di dalam doa, membaca dan merenung firman Tuhan seperti yang tertulis dalam Mazmur 119:105 bahawa firman Tuhan itu adalah pelita yang memimpin langkah hidup kita dan terang yang menerangi akal budi kita, hadir dalam Adorasi dan Saat Teduh, hadir dalam perayaan Ekaristi dan menghayati Sakramen-Sakramen. Pesan ini bukan hanya untuk para calon baptis, tetapi juga bagi mereka yang sudah dibaptis, tegas Bapa Uskup.

SONY DSC

SONY DSC

Di akhir homilinya, beliau berpesan kepada semua umat bahawa jangan pernah bangga dengan diri sendiri ketika sudah mengalahkan suatu godaan. Seperti kisah dalam Injil pada pagi ini, beliau menjelaskan bahawa Iblis pergi meninggalkan Yesus dan menunggu peluang yang sesuai untuk datang kembali untuk menggoda-Nya. Bagi para pemimpin-pemimpin, pelayan-pelayan umat, kitalah yang sering digoda oleh Iblis. Semoga Injil pada pagi ini, kita semakin diteguhkan dan berpegang dan bersandar hanya kepada Yesus.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

RABU ABU: BERTOBATLAH DAN PERCAYALAH KEPADA INJIL

SONY DSC

Keningau – Pada hari rabu yang lalu (10/02), bertepatan dengan Hari Rabu Abu, umat Katolik yang bernaung di bawah Paroki Katedral St Francis Xavier, hadir di dalam perayaan Ekaristi. Perayaan Ekaristi pada tahun ini, dimulai pada jam 7 pagi. Bangku-bangku dipenuhi dan perkarangan Gereja dipadati dengan umat yang datang mengikuti pemberkatan dan pembagian abu.

SONY DSC

Dalam kata pembukaannya, Bapa Uskup berpesan bahawa pada hari ini, semua umat Katolik di seluruh dunia berkumpul bersama untuk menerima abu yang menandakan bermulanya puasa dan pantang selama 40 hari. Kita diajak untuk mahu mengakui bahawa kita adalah orang-orang lemah dan berdosa, yang memerlukan pertolongan Tuhan.

SONY DSCBapa Uskup mengajak umat untuk bersyukur kerana setiap tahun, umat Katolik dapat bersama menyambut masa prapaskah, selama 40 hari selaku umat Allah, dapat merenungkan dan menilai hubungan kita dengan Tuhan dan dengan sesama manusia. Beliau menjelaskan bahawa, dengan menerimakan dan ditandai dengan abu pada dahi, bukanlah sebuah jimat, tetapi tanda bahawa kita menerima ajakan Tuhan dan ikhlas mengakui bahawa kita orang berdosa dan kemahuan untuk bertobat. Berniat untuk meninggalkan cara hidup yang tidak berkenan di mata Tuhan dan memperbaiki hubungan kita dengan sesama. Keinginan untuk diperbaharui dan pembaharuan ini terjadi bukan atas kekuatan kita tetapi atas dorongan dan bantuan Roh Kudus melalui ketaatan kita dalam berdoa, amalan sedekah dan juga puasa.

Dalam kesempatan ini, mari kita baharui dan tingkatkan pemahaman kita tentang puasa. Mungkin selama ini pengertia kita kaitannya dengan puasa iaitu tentang makanan dan minuman belaka. Puasa bukan hanya menahan dari keinginan kita untuk menikmati makanan yang sedap-sedap belaka, tetapi lebih kepada relasi/hubungan kita dengan Tuhan. Berapa banyak masa yang kita sempatkan untuk bersama dengan Tuhan? Kita lebih banyak habiskan masa kita dengan benda-benda yang kurang berfaedah seperti bermain telefon bimbit, menghadap tv hampir 24 jam, dan menyibukan diri dengan media massa seperti facebook dll. Amat menyedihkan jika mengunjungi rumah-rumah umat, yang terpapar dan paling besar di ruang tamu bukanlah altar tempat berdoa melainkan tv dan tv ini menjadi “altar” bagi keluarga tersebut.

SONY DSC

SONY DSC

Bapa Uskup mencabar umat Katolik, apakah berani untuk berubah dan mengambil masa dan tidak terpaku dengan tv, melainkan memberi waktu untuk Tuhan. Masa prapaskah adalah masa kita dengan rela untuk meluangkan lebih banyak masa untuk Tuhan. Menghabiskan masa dengan berdoa peribadi, keluarga dan komuniti, hadir dalam Adorasi dan Saat Teduh, membaca Alkitab, mengikuti perayaan Ekaristi dan menghayati Sakramen-Sakramen. Ini agar kita memiliki hubungan yang akrab dengan Yesus. Agar sedikit demi sedikit, kita dapat menyerupai seperti Tuhan. Dan dalam tahun belaskasihan ini, apa yang kita perolehi dari Tuhan, dapat kita berikan pula kepada anggota keluarga kita dan terhadap alam.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

REKOLEKSI 3 HARI KERASULAN BELIA KATOLIK, KSFX

20160131_141304

Tambunan – Sesuai dengan komitmen yang telah diucapkan, melayani dengan bakat yang sudah Tuhan anugerahkan, seramai 12 orang belia dari Katedral St Francis Xavier, memutuskan untuk mengadakan rekoleksi bermula dari 29hb – 31hb Januari yang lalu. Rekoleksi di awal tahun 2016 kali ini, diadakan di Taman Getsemani, Tambunan.

20160131_141324

Perjalanan dari bandar Keningau menuju destinasi mengambil masa 45 minit dan ditempuh dengan kenderaan masing-masing peserta. Setelah tiba di tempat tujuan, pemilik Taman Getsemani iaitu Encik George William, menerima kedatangan para peserta dengan senyuman dan mempersilakan peserta untuk mengalami keheningan bersama dengan Sang Penguasa tempat itu iaitu, Tuhan Yesus sendiri.

Rekoleksi pada kali ini diadakan atas permintaan para peserta sendiri. Mereka ini adalah para belia yang melayani di dalam Kerasulan Belia Katolik (pelayanan koir). Selaku belia-belia yang melayani di bahagian pusat (Katedral St Francis Xavier, Keningau), tidak mungkin dapat mengunjungi dan melayani para belia yang bernaung di bawah Paroki St Francis Xavier, jika mereka sendiri tidak dipersiapkan dan diperlengkapi dengan pengetahuan yang diperlukan. Atas alasan inilah mereka bertekad mahu meninggalkan keramaian dan bertemu dengan Tuhan di dalam keheningan dan kesunyian.

Taman Getsemani yang letaknya di Kampung Kiawayan, Tambunan mampu memberi suasana yang diperlukan. Di tempat ini, para peserta yang datang, boleh mengalami keheningan yang dalam dan bertemu dengan Tuhan secara peribadi. Taman Getsemani ini dilengkapi dengan bangunan-bangunan seperti sebuah bilik pertemuan, dua buah chapel yang dapat digunakan untuk perayaan Ekaristi dan tentunya alam yang terbuka untuk dapat mengadakan Devosi Jalan Salib, dan sebagainya.

DSC_0018

Tepat pada jam 8 malam, para peserta berkumpul di bilik pertemuan untuk memulai aktiviti yang telah dirancang. Pertemuan dimulai dengan menyanyikan lagu “Kisah Cintaku” yang menghantar para peserta untuk mulai terbuka terhadap bimbingan kuasa Roh Kudus. Selanjutnya, Saudara Aldrin Benedict, membawa para peserta untuk terbuka dan memberi pertanyaan, “Mengapa mahu datang ke tempat ini? Apakah harapan selama rekoleksi ini berjalan dan komitmen seperti apakah yang mahu dibawa setelah meninggalkan tempat ini?. Program yang diberi waktu selama 2 jam, ternyata tidak mencukupi. Para peserta masing-masing mengeluarkan “curhat” atau curahan hati. Dimana mereka mensharingkan jatuh bangunnya mereka ketika bergerak di dalam pelayanan belia. Setiap titisan air mata menjadi saksi bahawa mereka sebetulnya tidak kuat, tetapi kerana Tuhan yang memanggil mereka satu persatu, Tuhan jugalah yang akan memberikan kekuatan dan rahmat buat mereka.

20160130_093536

Keesokan harinya, para peserta memulai kembali kegiatan rohani mereka dengan menyelami siapakah mereka yang sesungguhnya. Di dalam acara “Self Discovery”, mereka mencuba untuk menyelami siapakah mereka tanpa menggunakan “topeng-topeng”. Acara menyelami siapakah aku ini difasilitatorkan oleh Saudari Roselinah Francis dan Saudara Roney Eming, selaku wakil dari Komisi Belia Keuskupan Keningau.

20160130_093549

Para peserta dibagi menjadi dua kumpulan dan masing-masing mereka saling berhadapan. Mereka semua diberi masa selama 2 minit untuk bertanya kepada pasangan mereka “Who are you?”Di dalam 2 minit ini, peserta yang ditanya memberikan jawapan dan yang bertanya tidak boleh bertanya soalan yang lain, selain “Who are you?”sahaja. setelah 2 minit berakhir, peserta yang ditanya sebelumnya, mulai bertanya kembali ke pasangannnya. Ketika mereka mengongsikan pengalaman mereka, ternyata mereka belum mengenal siapakah mereka yang sebenarnya. Semua jawapan yang diberikan sifatnya umum dan tidak menyentuh kedalaman peribadi mereka. Semakin mereka ditanya, semakin sukar untuk menjawab. Maka timbullah perasaan marah kerana pertanyaan yang dilontarkan seolah-olah mereka kurang dipercayai dan dihakimi. Inilah proses untuk mengenal peribadi yang dilalui oleh para peserta.

20160130_090927

Sesi berikutnya, mereka diberi masa untuk mencari dari majalah-majalah dan suratkhabar, gambar-gambar yang boleh menggambarkan peribadi mereka. Proses ini membuat mereka berfikir mengapa gambar ini sesuai dengan peribadi mereka dan seterusnya.

DSC_0022

Pada petang hari, Saudara Jerome, memberikan kesaksian berkaitan dengan ceramah penyembuhan. Beliau menjelaskan bagaimana manusia seharusnya mempersiapkan diri untuk menerima rahmat yang disediakan oleh Tuhan melalui Sakramen-Sakramen. Selanjutnya, para peserta dijelaskan bagaimana luka-luka batin itu diperolehi dan bagaimana caranya untuk menyembuhkannya. Setelah ceramah selesai, para peserta mempersiapkan diri untuk mengikuti acara penyembuhan dari luka-luka batin. Sesi ini dilayani oleh Saudara Heldi dan dibantu dari team KIPKK dari KUK Monsok, Tambunan. Di dalam sesi ini, peserta dibawa untuk menelurusi lorong-lorong “gelap” dan menemukan luka-lukanya. Mulai dari dalam kandungan hinggalah saat mereka sekarang ini. Membiarkan kasih Tuhan menutupi luka-luka tersebut dan disirami dengan kasih-Nya yang menyembuhkan dan menguatkan.

Hari terakhir, para peserta mengikuti perayaan Ekaristi di Gereja St Theresa, Tambunan. Homili dari Rev Fr Anthony Mikat menjelaskan bahawa setiap manusia, namanya tertulis di telapak tangan Tuhan dan “Ruah” atau Roh Tuhan telah ditiupkan ke dalam tubuh dan mendapat kehidupan daripada-Nya. Kerana itu, tidak ada seorangpun yang berhak mengambil nyawa orang lain. Hanya Tuhan yang berhak menariknya kembali. Rev Fr Anthony Mikat juga menjelaskan bahawa, hubungan luar nikah dipandang serong dan sifatnya dosa, tetapi anak yang dilahirkan adalah anak Tuhan kerana nafas yang ditiupkan Tuhan ketika terjadinya persenyawaan.

20160131_114203

Seusai perayaan Ekaristi, para peserta kembali ke Taman Getsemani untuk meneruskan program yang terakhir iaitu acara “Integration” dimana para peserta sekali lagi mensharingkan pengalaman mereka sejak malam jumaat hinggalah hari terakhir. Apakah harapan mereka setelah ini. Dan mereka juga diajak untuk saling memberi sokongan dan bantuan di dalam pelayanan.

Selamat tinggal Taman Getsemani dan sampai berjumpa lagi di lain hari. Para peserta sedar bahawa tempat ini menjadi saksi bahawa titisan air mata mereka adalah bukti bahawa mereka lemah dan memerlukan orang lain untuk menyokong pelayanan mereka. Doakan mereka agar semakin bersatu di dalam setiap pelayanan.

20160131_135017

20160131_135008

 20160131_134942

20160131_134930