MENGASIHI UNTUK DIKASIHI

Renungan Hari Minggu Paska Ke 6 ( C )

Kis. 15:1-2.22-29;     Why. 21:10-14.22-23;     Yoh. 14:23-29

“Sesiapa mengasihi Aku, akan berpegang teguh pada sabda-Ku….” Bagi Yesus, setia kepada Sabda-Nya bererti setia kepada perintah-Nya iaitu mengasihi sesama menjadi hamba diantara satu sama lain. Yesus telah membasuh kaki para murid-Nya walaupun Dia menyedari salah seorang dari mereka akan mengkhianati-Nya, seorang lagi akan menyangkal Dia dan murid-murid yang lain meninggalkan Dia. Walaupun Dia guru, Dia memilih untuk merendahkan diri-Nya menjadi hamba. Kerendahan hati seperti itu bukanlah sesuatu yang mudah kita lakukan dalam hubungan kita dengan orang lain. Namun, jika kita mengasihi Yesus maka kita perlu lakukan kasih ini dalam perbuatan kita.

maxresdefault

Namun kita ada kecendurungan menolak untuk berjuang mengasihi sebagai seorang hamba kepada semua. Yesus mengetahui bahawa kita perlu kehadiran-Nya yang berterusan, sebab Dialah sumber kasih, yang perlu tinggal dalam diri kita. Sebenarnya Dia sudah berjanji kepada kita bahawa Dia dan Bapa akan datang dan tinggal bersama kita supaya kita tidak keseorangan dalam perjalanan untuk mengasihi. Yesus juga berjanji mencurahkan Roh Kudus-Nya untuk membimbing kita. Akhirnya Yesus memberi damai-Nya yang menghibur kita bila kita merasa penat dan kekeringan kasih serta menguatkan kita supaya tidak takut menghadapi risiko dalam mengasihi orang lain.

a92ba205aac9d97af07e418d34107c2eYesus tidak akan mengecewakan kita, Dia tetap setia kepada segala janji yang telah Dia berikan kepada kita. Pada hari ini, marilah kita percaya kepada-Nya kerana Dia sangat mengasihi kita dan semoga tahun berbelas kasih ini membuka ruang lebih luas lagi bagi kita mengalami belas kasih Tuhan.

Soalan Renungan.

  1. Menurut pengalaman anda, apakah benar bahawa lebih mudah mengasihi Tuhan lebih mudah
    daripada mengasihi sesama?
  2. Apakah pendapat anda tentang ajaran Yesus bahawa seseorang itu menipu dirinya sendiri bila
    dia mengatakan saya mengasihi Tuhan tetapi membenci orang lain?

TANPA KASIH SEMUANYA SIA-SIA!

Renungan Hari Minggu Paska Ke 5 ( C )

Kis. 14:21b-27;     Why. 21:1-5a;     Yoh. 13:31-33a.34-35

Aku memberikan perintah baru kepada kamu, iaitu supaya kamu saling mengasihi, sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi. Dengan demikian, semua orang akan tahu, bahawa kamu adalah murid-murid-Ku, iaitu jikalau kami saling mengasihi.

maxresdefault

Dalam Yoh 3:16, “Kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.”

Memang wajar Yesus memberi perintah supaya saling mengasihi sebab Dia sendiri adalah karunia dan wajah kasih Allah. Seluruh hidup Yesus adalah keutuhan kasih Allah kerana Allah itu sendiri adalah kasih(1 Yoh 4:7-21). ”Tidak seorangpun pernah melihat Allah. Jika kita saling mengasihi, Allah hidup bersatu dengan kita, dan kasih-Nya disempurnakan dalam diri kita.” Oleh kerana itu percaya kepada Yesus bererti bersatu dalam kasih Allah dan hidup menurut kasih Allah. Oleh yang demikian setiap kita merupakan wajah kasih Allah yang perlu kita tunjukkan kepada sesama kita. Ini akan mewujudkan komuniti yang disemangati kasih Allah. Komuniti penyayang!

enewsl3Hidup keluarga atau rumah tangga menjadi kuat bila suasana kasih antara anggota keluarga dipelihara dan dikembangkan dengan baik dan setia, berdasarkan pedoman hidup keluarga Kristiani. Banyak keluarga telah memelihara semangat ini dan mereka menikmati buahnya, damai dan kebahagiaan. Sebelum Yesus mati dikayu salib, Dia telah menasihati murid-murid-Nya agar mereka hidup saling mengasihi. Sebagai murid, mereka telah dipersatukan sebagai satu keluarga dan seterusnya harus bekerjasama menghidupkan kasih itu demi melaksanakan karya keselamatan Yesus Kristus. Karya keselamatan ini adalah persaudaraan yang dilandasi KASIH, seperti teladan yang ditunjukkan oleh Yesus sendiri, “Sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi. “

Hidup dalam kasih adalah ciri khas hidup Kristiani sejati. Kasih menghidupkan banyak kebajikan didalam diri setiap pemgikut Kristus. Tanpa kasih semuanya sia-sia!

Soalan renungan.

  1. Bagaimana saya merealisasikan kasih Yesus masa kini dengan sesama, dalam keluarga, dalam komuniti dan dalam masyarakat?
  2. Apakah “bahasa kasih” Yesus yang perlu anda tanamkan supaya anda menjadi wajah kasih Allah?

“GEMBALA MEMBERI KEHIDUPAN KEKAL”

Renungan Hari Minggu Paska Ke 4 ( C )

Kis. 13:14,43-52;     Why.7:9, 14b-17;     Yoh. 10:27-30

gembalaDalam bab 10 injil Yohanes, gembala dan domba-domba menggambarkan hubungan intim diantara Yesus dan para pengikut-Nya. Budaya menjaga ternakan dalam masyarakat Yahudi mempunyai dua erti. Pertama, gembala dan domba tidak dapat dipisahkan. Kawanan domba tidak dapat dijaga dan dipelihara tanpa gembala dan tugas utama gembala adalah menjaga dan mempastikan supaya kawanan domba itu selamat, cukup makan dan terhindar dari ancaman binatang buas. Kedua, pekerjaan gembala dalam masyarakat Yahudi adalah perkerjaan “kelas kambing” atau status pekerjaan yang paling rendah. Oleh itu golongan ini dipandang rendah oleh masyarakat kaum Yahudi.

Oleh kerana keintiman hubungan antara gembala dan doma maka gembala mengenali setiap domba dan domba mengenali gembala mereka. Gembala yang sering bersama dengan domba-domba dapat dikenali dari suaranya dan dari baunya. Setiap hari kawanan domba itu sering mendengar jeritan atau pekikan suara gembala untuk member arahan kepada mereka. Bukan sahaja itu tetapi gembala akan tidur bersama dengan domba-domba dikandangnya dan ini membuat gembala itu diharumi bau domba peliharaannyaBau ini membuat domba itu lebih rapat dengan gembala itu.

Seluruh hidup gembali diserahkannya untuk hidup domba-domba peliharaannya dan Yesus berkara, “Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka dan mereka pasti tidak akan binasa sampai-selama-lamanya….”

Jesus crucifixion wallpaperYesus sebagai gembala kita telah merendahkan Diri-Nya dan mengorban hidup-Nya bagi kita semua. Masa Paskah ini meyakinkan kita bahawa Yesus sebagai gembala baik telah menjaga dan memelihara kita melalui kematian dan kebgangkitan-Nya. Sudah tentulah mellui sakramen pembaptisan kita telah ditebus oleh Yesus kerana dalam pembaptisan kita mati dan bangkit bersama Yesus. Inilah tindakan belas kasih Tuhan yang teragung.

Namun kehidupan kekal ini tidaklah secara otomatik dapat dimiliki tanpa usaha iman kita. Tidak ada jalan jalan singkat pergi ke syurga. Untuk memmiliki kehidupan kekal ini, Yesus mengingatkan kita bahawa “domab-domba-Ku mendengarkan suara-Ku dan Aku mengenal mereka dan mereka mengikuti Aku.” Sikap bijak mendengar suara Tuhan setiap hari dapat memperdalamkan hubungan yang intim dengan Tuhan. Pada masa yang sama banyak juga suara yang lain disekeliling kita untuk memesongkan iman kita dan merenggangkan hubungan kita dengan Tuhan.

Lectio_divina-300x287Antara lain aktiviti-aktiviti rohani yang boleh membantu kita merapatkan relasi dengan Tuhan ialah membaca dan berdoa Alkitab, Firman Tuhan. Dengarkanlah pesan dan ajaran-Nya melalui “Lectio Divina” supaya pengenalan kita kita dengan Tuhan semakin mendalam dan bila kita semakin mengenali suara-Nya semakin kita diresapi dengan Roh Kudus yang tentunya menguatkan kita dalam perjalanan iman kita. Menghadiri ekaristi, berdoa secara komuniti dan peribadi, devosi, amal bakti adalah tempat kita mendengar suara Tuhan. Inilah yang akan mengharumi hidup kita menuju kehidupan kekal yang telah dijanjikan oleh Yesus.

Soalan renungan.

  1. Gembala adalah sinonim dengan pemimpin. Fikirkan peristiwa-peristiwa dimana anda telah menunaikan peranan sebagai “gembala” dalam keluarga, komuniti dan masyakat?
  2. Apakah kualiti-kualiti yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang komited dan efektif?
  3. Dimanakah kita dapat mendengar suara Tuhan dalam Gereja?

CABARAN UNTUK MENGASIHI

Renungan Hari Minggu Paska Ke 3 ( C )

Kis. 5:27-32,40-41;     Wah.5:11-14;     Yoh. 21:1-19

Minggu lalu kita telah menyaksikan para murid Yesus berkurung didalam ruang bilik kerana ketakutan dan Tomas pula melarikan diri dari komuniti rasul itu. Injil pada hari ini mengisahkan satu lagi peristiwa dimana Petrus dan rasul yang lain kembali kepada pekerjaan mereka yang lama sebab tidak apa-apa lagi yang penting hendak dibuat kerana Yesus sudah tiada. Petrus berkata kepada mereka, “Aku pergi menangkap ikan,” dan rasul-rasul yang lain juga berkata, “Kami pergi juga dengan engkau.” Namun mereka amat kecewa kerana tidak ada ikan yang ditangkap oleh mereka. Sia-sia sahaja jerih payah semalaman menangkap ikan. Akhirnya tidak ada apa-apa untuk dimakan.

yesus-yang-sudah-bangkit-di-tepi-pantai-danauDalam keadaan itu, Yesus yang mereka tidak kenali datang memperlihatkan DiriNya kepada mereka buat ketiga kalinya dan menyuruh mereka menebarkan jala mereka. Walaupun mereka tidak kenal Yesus dan dalam keadaan usaha yang sia-sia, mereka mendengar kata-kata Yesus lalu menjala ikan. Pengalaman kita juga mengajar kita bahawa dalam keadaan kekosongan kita selalu mengharapkan sesuatu supaya tidak merasa hampa dari usaha gigih kita.

Dalam kisah ini kerana terlalu kecewa maka mereka sama sekali telah melupakan kata-kata Yesus bahawa Dia akan bangkit dari mati. Rupa-rupanya ajaran-ajaran Yesus semasa Dia bersama mereka sama sekali tidak direnungi dan dihayati oleh mereka sehingga mereka kembali kepada cara hidup yang lama. Cara hidup yang ternyata tidak menjamin apa-apa, bahkan usaha gigih mereka mendatangkan kekecewaan.

Petrus yang tidak berpakaian sebelum penangkapan ikan yang banyak mengenakan pakaian ketika mendengar dari murid yang dikasihi Yesus mengenali TuhanYesus. Ini menandakan bahawa Petrus kembali mengenakan kehidupan yang baru sesudah menemui Yesus yang sudah bangkit, bahkan semua murid kembali mengenali Yesus sesudah mereka makan bersama dengan Yesus.

petrus-dan-yesus-setelah-kebangkitannyaDiakhir Injil ini, kita melihat Petrus “disoalsiasat” oleh Yesus sejauh manakah dia mengasihi Dia. Sebanyak tiga kali Yesus mengutarakan soalan yang sama, “Simon anak Yohanes, apakah engkau mengasihi Aku?” Soalan pertama dan kedua dijawab oleh Simon secara biasa sahaja, “Benar Tuhan, Engkau tahu, bahawa aku mengasihi Engaku.” Sesudah Simon menjawab, Yesus memberi tugas dan kepercayaan kepadanya untuk menggembalakan domba-domba-Nya. Jawaban Simon kepada soalan ketiga agak berbeza dan lebih utuh, “Tuhan, Engkau tahu segala sesuatu, Engkau tahu, bahawa aku mengasihi Engkau.” Ini merupakan respon Simon bahawa dia mengasihi SEPENUHNYA kepada Yesus dan memahami tugas yang diberikan oleh Yesus kepadanya serta akibat dari responnya itu.

Dalam bacaan pertama kita melihat bagaimana Petrus sebagai pemimpin bersama dengan rasul-rasul yang lain menunaikan tugas dan kepercayaan itu. Khabar gembira tentang kebangkitan Yesus yang diajarkan oleh mereka diseluruh Yerusalem ditentang hebat oleh pemimpin agama, mereka melarang supaya tidak menyebut nama Yesus. Tetapi Petrus dengan berani tetap mendukung semangat kasih yang pernah dia lafazkan kepada Yesus dan berkata, “Kita harus lebih taat kepada Allah daripada kepada manusia………”

Paskah adalah ungkapan kasih Allah yang teragung, tidak ada kasih yang menandingi yang ditunjukkan oleh Allah dalam Diri Yesus. Gereja yang didirikan oleh Yesus dan digembalakan oleh Petrus adalah rumah belas kasih Allah. Disebabkan belas kasihan Allah ini kita menikmati kasih Allah, kasih penebusan supaya kita juga mengalami kebangkitan berkat kebangkitan Yesus. Namun kasih Allah itu tidak berhenti disana. Cabarannya bagaimana kita menghidupi dan menyatakan belas kasih Allah itu kepada sesama. “Berbelas kasihanlah seperti Bapa berbelas kasihan.” (Luk 6:36) Maka setiap kita anggota Gereja diserahi dengan tanggungjawab untuk merealisasikan belas kasih Allah didunia ini.

Soalan renungan.

  1. Seperti Petrus, Yesus juga mengajukan pertanyaan kepada kita, “Apakah kamu mengasihi Aku?” Apakah jawaban kita secara peribadi?
  2. Sempena Tahun belas kasih ini, apakah tindakan-tindakan konkrit yang kita lakukan sebagai respon kita kepada belas kasihan Allah Bapa?
  3. Apakah fahaman anda tentang pernyataan Petrus dalam bacaan pertama, “Kita harus lebih taat kepada Allah daripada manusia?”

MAKAN AMAL – TABUNG PEMBANGUNAN PUSAT ZIARAH KEUSKUPAN KENINGAU, NULU SOSOPON (PZKKNS)

IMG_7344

Keningau – Setiap tahun, Keuskupan Keningau mengadakan aktiviti Makan Amal. Tahun ini, sekali lagi dianjurkan Makan Amal yang bertujuan untuk mengutip sumbangan bagi tabung pembangunan Pusat Ziarah Keuskupan Keningau, Nulu Sosopon (PZKKNS). IMG_7363

Seramai lebih dari 1000 umat, hadir dan memenuhi tempat-tempat yang telah disediakan dan acara berlangsung di Dataran Terbuka Keuskupan Keningau.

IMG_7315

Puan Maria Kuntiou selaku Pengerusi penganjur makan amal kali ini, dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua umat yang hadir pada malam makan amal tersebut. Menurut beliau, makan amal pada kali ini bertujuan untuk tabung pembangunan pusat ziarah bagi Keuskupan Keningau yang letaknya di Nulu Sosopon.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong kerana telah mempercayakan tanggungjawab untuk menyelenggarakan makan amal pada kali ini. Dan mewakili team AJKT Pelaksana, beliau berterima kasih kepada semua umat yang telah membeli tiket makan amal tersebut. Kerana kemurahan hati, maka pembangunan pusat ziarah dapat diteruskan tanpa mengalami sedikit masalah pun.

Beliau berharap bahawa semua umat yang hadir pada malam tersebut, mengalami cintakasih Tuhan, berkat atas kemurahan dan bersyukur kerana kebaikan-Nya.

IMG_7334

IMG_7252

IMG_7261

Dalam kesempatan yang sama, Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dalam ucapannya, menjelaskan tujuan makan amal pada kali ini ialah untuk mencari dana untuk pembangunan PZKKNS. Pembangunan terus berjalan dan diperkirakan 95% pekerjaan hampir selesai. Dalam masa yang sama, menurut Bapa Uskup, sekarang ini sedang diusahakan untuk membangun sebuah menara berbentuk salib yang memiliki ketinggian 70 kaki. Diharapkan menara salib ini akan menjadi satu tarikan di Keuskupan Keningau dan bagi seluruh Sabah.

IMG_7326

IMG_7287

IMG_7280

Untuk mencari dana, anjuran makan amal seperti ini dirasakan sesuai kerana menurut Bapa Uskup, iman kristiani Katolik, “makan” itu bagi Tuhan dan bagi pengikut-pengikut-Nya mempunyai erti yang khusus. “Makan” itu bersifat persaudaraan dan dirasakan paling baik membantu Keuskupan atau Gereja kita dengan makan amal seperti ini. Tujuan untuk menghadiri makan amal bukanlah semata-mata untuk mencari dan menikmati makanan yang sedap-sedap, melainkan bersyukur kepada Tuhan atas berkat dan rezeki yang telah Tuhan berikan dan kita menyalurkan berkat itu dengan menyumbang untuk makan amal pada kali ini.

IMG_7371

IMG_7377

Acara makan amal diselingi dengan cabutan tiket bertuah dan persembahan nyanyiaan dari para Paderi dari Keuskupan Keningau, Seminarian David dan beberapa umat yang hadir dalam kesempatan kali ini. Makan Amal berakhir tepat jam 10 malam.

IMG_7278

IMG_7270

IMG_7269

IMG_7264