MENGIKUTI YESUS 100%

Renungan Hari Minggu Biasa Ke 13 ( C )

1Raj.19:16b.19-21          Gal.5:1.13-18     Luk.9:51-62

 

Minggu yang lalu, kita merenungkan jalan yang harus diikuti oleh pengikut-pengikut Yesus yang sudah mengenalinya sebagai Mesias. Jalan yang dijanjikan oleh Yesus bagi semua pengikut-Nya adalah JALAN SALIB. Injil hari ini mengajak kita untuk mengikuti Yesus dengan sepenuh hati.

4414100_20130808070156

Ketika Yesus bersama murid-Nya berjalan menuju ke Yerusalem, ditengah jalan mereka harus melalui kawasan perkampungan orang Samaria. Orang-orang Samaria tidak menerima mereka sebab orang Samaria dan Yahudi saling bermusuhan. Mereka langsung tidak diterima. Yohanes dan Yakobus mempunyai idea dan jalan penyelesaian sendiri untuk menghukum orang-orang samaria itu kerana tidak menerima mereka. “Tuhan apakah Engkaun mahu supaya kami menyuruh api turun dari langit untuk membinasakan mereka?” Bagi kedua-dua murid itu, mereka yang sama sekali tidak percaya kepada Tuhan haruslah dipaksa dengan menggunakan kekerasan. Jika tidak percaya kepada Tuhan, kepala mereka dipancung, dibakar dan diletupkan dengan bom. Yesus menegur mereka bahawa cara itu bukanlah jalan yang benar kerana ia bertentangan dengan hukum cinta kasih.

tumblr_m1pu9jvabc1r7w2c7o1_500_196241804

Yesus dan murid-murid-Nya meneruskan perjalanan dan ditengah jalan ada beberapa orang yang mahu mengikuti dengan suka rela dan ada juga yang dipanggil Yesus. Sukarelawan yang pertama mengatakan, “Aku akan mengikuti Engkau, kemana sahaja Engkau pergi.” Orang ini memang sangat bersemangat untuk mengikuti-Nya namun dia mengharapkan sesuatu, dia mempunyai motif yang salah dalam mengikuti Yesus. Sukarelawan ini memikirkan ganjaran dalam mengikuti Yesus. Yesus memberi amaran kepadanya bahawa “serigala mempunyai liang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak manusia tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kepala-Nya.” Hal ini tidak menarik baginya lalu pergi.

Sukarelawan yang kedua mengatakan, “Aku akan mengikuti Engkau Tuhan, tetapi izinkanlah aku pamitan dahulu dengan keluargaku.” Tetapi Yesus berkata, “Setiap orang yang siap untuk membajak tetapi menoleh ke belakang tidak layak untuk Kerajaan Allah.” Dalam mengikuti Yesus kita dituntut bersedia memberi komitmen 100%. Tidak berbelah bahagi. Apabila kita sudah memulakan perjalanan mengikuti Yesus maka jangan kita “alang-alang.” Jika kita mengikuti sampai separuh jalan sahaja tentulah kita tidak sampai ke detinasi yang kita tujui iaitu Kerajaan Syurga. Hanya mereka yang tetap setia akan menikmati Kerajaan Syurga.

Ada juga orang yang dipanggil oleh Yesus, “Ikutilah Aku!” Orang ini dengan gembira menyahut panggilan Yesus namun dia juga meletakkan syarat,”izinkanlah aku pergi dahulu menguburkan bapaku.” Tetapi Yesus berkata kepada, “Biarlah orang mati mengubur orang mati, tetapi engkau, pergilah dan beritakanlah Kerajaan Allah.” Sekali kita mengikuti Yesus maka jangan lagi kita terikat dengan cara kehidupan lama, jangan lagi memberi kesempatan kepada kepentingan diri sendiri yang menghalang kita memberitakan Kerajaan Syurga. Kita yang sudah dipanggil hendaklah tidak terganggu dengan kepentingan –kepentingan duniawi yang menghalang kita memberi komitmen 100% dalam mengikuti Yesus.

imagesKesimpulannya, dalam mengikuti Yesus kita akan berhadapan dengan mereka yang langsung tidak percaya kepada Tuhan. Walaupun demikian kita hendaklah sentiasa memperlihatkan cinta kasih dan belas kasihan Tuhan kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka akan mencicipi belas kasih Allah melalui perbuatan kita dengan harapan suatu hari nanti mereka disentuh dan terbuka hati menjadi pengikut-Nya. Mereka yang mengikuti Tuhan atas nama sukarelawan, tidak sesuai untuk diperjuangkan dalam Gereja kerana sukarelawan tidak lama bertahan kerana pelayanan mereka tidak didasari oleh kesetiaan dan kerendahan hati dalam mengikuti Yesus. Sukarelawan melayani dengan syarat. Jika ada ganjaran mereka akan lakukan tetapi jika tidak ada maka mereka tidaklah melibatkan diri. Ia bertentangan dengan jalan Salib yang diperjuangkan oleh Yesus.

Soalan renungan.

  1. Bagaimana anda memberi respon bila anda menghadapi tentangan dalam keluarga dan komuniti kerana melayani dalam gereja?
  2. Bagaimanakah anda mempertingkatkan komitmen dalam pelayanan?
  3. “Setiap orang yang siap untuk membajak tetapi menoleh ke belakang tidak layak untuk Kerajaan Allah.” Apakah pengertian anda tentang kata-kata Yesus ini?

JALAN SALIB – JAMBATAN DAN JALAN MENUJU KEHIDUPAN KEKAL

Renungan Hari Minggu Biasa Ke 12 ( C )

Zak. 12:10-11 – 13:1      Gal. 3:26-29      Luk. 9:18-24

 

“Siapakah Aku ini?” Pertanyaan yang diajukan oleh Yesus kepada murid-murid-Nya. Pertanyaan ini juga adalah pertanyaan yang perlu dijawab oleh setiap pengikut Yesus pada hari ini. Menurut kamu, “Siapakah Aku ini?” Yesus menghendaki jawaban peribadi dari kita bukan dalam bentuk teori dan intelek. Dengan kata lain kita menjawab dari pengalaman peribadi kita.

who-am-i1

Sesudah beberapa lama bersama Yesus maka Petrus sudah melihat segala apa yang telah dilakukan oleh Yesus; menyembuhkan orang-orang yang sakit, lumpuh, buta, mengampuni, mengajar dan mengasihi. Perbuatan-perbuatan Yesus ini direnungkankan oleh Petrus dan membuat kesimpulan bahawa Yesus bukan sahaja seorang nabi tetapi lebih daripada itu. Kerana itu, dia menjawab bahawa Yesus adalah “Mesias dari Allah.” Namun Petrus mungkin tidak begitu mengerti apa yang diucapkannya itu. Bagi Petrus dan murid-murid yang lain menjadi Mesias atau Kristus bererti kemenangan, kemuliaan dan hormat. Namun, jalan dan kehendak Tuhan berbeza dari fikiran dan kehendak manusia.

YESUS RELA MENDERITA DAN MATI DI KAYU SALIB+GSJA-KEMULIAANJusteru itu, Yesus segera menjelaskan bahawa Mesias harus menanggung banyak penderitaan dan ditolak, dibunuh sebelum Dia bangkit pada hari ketiga. Jalan yang dipilih oleh Yesus ialah jalan salib dan jalan inilah yang menjadi jalan yang diikuti oleh setiap pengikut-Nya. Jika kita menerima Yesus sebagai Mesias atau Kristus bererti kita bersedia untuk menyangkal diri, memikul salib setiap hari.

Didunia ini, banyak jalan yang menjadi pilihan kita untuk diikuti dan jalan-jalan ini semuanya mudah sahaja sebab jalan-jalan tersebut direka oleh manusia. Kalau boleh jalan itu haruslah dicipta semudah mungkin, tidak membebankan dan boleh membantu cepat sampai ke penghujung. Kalau boleh jangan membahayakan nyawa kita, jalan pintas lebih digemari. Namun dalam mengikuti Yesus, kita tidak dijanjikan dengan jalan pintas dan juga tidak dijanjikan jalan mudah malah Yesus dengan tegasnya memberi amaran bahawa “Sesiapa mahu menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi sesiapa kehilangan nyawanya kerana Aku, Ia akan menyelamatkannya.”

Jadi, jika kita menemui jawaban siapa Yesus maka kita sudah menemui jalan untuk mengikuti Dia. Ikutilah jalan salib Yesus dan jangan cuba memotongnya dalam perjalanan iman kita sebab salib itu tidak cukup panjang untuk menjadi jambatan kita menyeberangi jurang yang panjang. Umat kristian tidak boleh dipisahkan dengan salib dan umat kristian tanpa salib bukanlah pengikut Yesus yang benar. Umat kristian tidak ditempatkan berada di istana raja tetapi ditempatkan di dalam keluarga yang penuh cabaran, umat kristian ditempatkan ditengah-tengah orang yang tidak beriman, ditengah-tengah orang miskin dan mereka yang susah. Inilah jalan salib yang menjadi jambatan bagi kita menuju ke istana raja di syurga. Jalan salib ini menjanjikan hidup yang bahagia.

Soalan renungan.

  1. Cuba fikirkan, sejak bila anda mengenali Yesus dan bagaimana anda telah mengenali Dia? Mungkin pengalaman anda ini boleh dikongsikan kepada kawan-kawan anda.
  2. Apakah cabaran yang paling berat bagi anda dalam mengikuti Yesus?
  3. “Sesiapa mahu menyelamatkan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya; tetapi sesiapa kehilangan nyawanya kerana Aku, Ia akan menyelamatkannya.” Bagaimana anda memahami dan menghidupi kata-kata Yesus ini?

RENDAH HATI PINTU PERTOBATAN

Renungan Hari Minggu Biasa Ke 11 ( C )

2Sam.12:7-10.13           Gal. 2:16,19-21              Luk.7:36 – 8:3

 

Dalam zaman sekarang, dalam apapun bidang sama ada berkaitan dengan politik, ekonomi, sosial dan pendidikan, manusia sanggup melakukan apa sahaja yang dia fikirkan dapat meneruskan hidupnya di dunia ini tanpa mengambil kira apakah akibat dari perbuatannya itu. Segala tindakan dilihat “dibenarkan” (justified) kerana semuanya itu menyokong untuk menjaga kehidupan manusia atau kekal dalam memegang kuasa. Ada tindakan-tindakan yang disembunyikan atas nama kebaikan umum dan ada juga tindakan-tindakan yang motifnya sangat ketara. Keinginan manusia yang ingin menguasai segala-gala tidak lagi dilihat sebagai dosa.

Hal-16

Dalam bacaan pertama memberitahu kepada kita bahawa raja Daud yang dipilih oleh Allah memimpin umat-Nya telah melakukan dosa yang sangat serius. Oleh kerana dia didorong oleh hawa nafsu maka dia sanggup membunuh orang yang paling setia kepadanya(Uria) semata-mata mahu memiliki isterinya yang cantik iaitu Betseba. Namun, melalui Natan Tuhan menegur Raja Daud atas perbuatannya yang jahat itu. Dengan teguran itu maka raja Daud akhirnya dengan rendah hati mengakui dosanya itu dan dia segera bertobat. “Tuhan telah mengampuni dosanya.”

kaki-yesus-dibersihkan-di-rumah-farisi-simonDalam Injil pula menampilkan seorang perempuan yang sangat terkenal dengan perbuatan yang tidak baik. Ketika perempuan itu memasuki rumah Simon, semua orang segera mengenali dia sebagai seorang pendosa dan terhina dalam masyarakat. Perempuan itu telah menarik perhatian sehingga orang-orang yang berada disitu termasuklah orang-orang farisi membuat penghakiman terhadapnya. Pada masa yang sama perempuan itu tertarik dengan Yesus. Bagaimana pula kita melihat orang lain; sahabat, ahli keluarga, ahli dalam komuniti, sesama umat di paroki? Bagaimana pula mereka melihat diri kita sendiri? Bagaimana pula Yesus melihat kita dan orang lain?

Simon melihat dan menghakimi, bukan sahaja perempuan itu tetapi juga Yesus. Bagi Simon, jika Yesus benar-benar nabi maka sepatutnya dia tidak membenarkan perempuan itu menyentuh dia. Itu dapat menimbulkan skandal! Simon dikuasai oleh sikap suka menghakimi sehingga dia tidak lagi dapat melihat hati dan kasih melalui tindakan perempuan itu juga tidak dapat melihat sikap belas kasih yang ditunjukan oleh Yesus yang menerima perempuan itu dengan penuh pengampunan.

Perempuan itu memiliki satu kekuatan iaitu sikap mahu bertobat dan kasih yang mendalam. Dia sama sekali tidak melakukan itu tanpa kehadiran rasa tobat dan kasihnya kepada Yesus sehingga dia tidak lagi peduli dengan kata-kata orang lain. Dia hanya mahu menyatakan kasihnya yang mendalam terhadap Yesus. Tindakan perempuan dengan membawa minyak wangi, menangis, membasuh Yesus dengan air matanya dan menyekannya dengan rambut adalah ungkapan kasihnya yang tidak terhingga.

menangisYesus mengetahui fkiran Simon, orang-orang farisi dan semua orang yang ada disana. Dia memberitahu satu perumpamaan tentang dua orang yang berhutang, yang satu hutang sedikit dan yang satu lagi berhutang banyak. Kedua-duanya tidak mampu membayar dan akhirnya hutang mereka dilupuskan. Yesus bertanya mana satu yang lebih mengasihinya Dia. Simon menjawab bahawa orang yang mempunyai hutang yang banyak yang lebih mengasihi Dia. Perempuan itu dilihat seorang yang berhutang banyak yang mencurahkan kasihnya kepada Yesus dan hasilnya dia mendapat pengampunan dari Yesus. Orang yang menganggap dirinya tidak berdosa , tidak akan dapat mencurahkan kasihnya kepada Tuhan kerana mereka yang saleh tidak memerlukan pengampunan dari Tuhan. Sikap yang menganggap diri mereka lebih baik dari orang lain menutup rahmat kasih Tuhan dicurahkan ke atas mereka. Kasih yang benar datang dari hati yang bertobat dan bertobat dengan rendah hati akan menerima buah pengampunan yang berlimpah-limpah.

Pada hari ini Yersus mengajak kita untuk menerima satu kenyataan bahawa kita memerlukan belas kasih Tuhan kerana hanya dengan mengalami belas kasih Tuhan kita mendapat pengampunan. Bila kita disentuh dengan belas kasih Tuhan maka disanalah kita ada masa untuk mengasihi orang lain dan bukan menghakimi. Sta. Theresa dari Kalkuta mengatakan, “Bila kita menghakimi kita tidak ada masa untuk mengasihi orang lain.”

“Percayalah bahawa Tuhan tidak pernah merasa penat mengasihi kita. Disebaliknya kitalah yang seharusnya merasa penat mencari dan menemui belas kasih Tuhan kepada kita.” (Sri Paus Francis)

Soalan renungan.

  1. Pernahkah anda berusaha mencari dan menemukan belas kasih Tuhan?
  2. Apakah hasilnya yang kita perolehi bila kita sering menghakimi orang lain?
  3. Berapa kerapnya anda pergi menerima sakramen pengakuan?

“BELAS KASIHAN ALLAH MENYELAMATKAN MANUSIA”

Renungan Hari Minggu Biasa Ke 10 ( C )

1Raj. 17:17-24               Gal. 1:11-19                  Luk. 7:11-17

 

imagesDalam injil hari ini menyatakan dengan jelas tentang belas kasih Yesus. Yesus tergerak hati dengan belas kasihan ketika Dia melihat seorang janda menangis kerana kematian satu-satunya pengharapan hidupnya iaitu anaknya. Belas kasih adalah kemampuan untuk merasakan apa yang dirasai oleh seseorang dan menderita bersama dengannya. Belas kasihan Yesus mendorong-Nya untuk membatalkan perarakan upacara pengkebumian supaya Dia dapat bersimpati dan memberi penghiburan kepada janda itu dengan mengatakan, “jangan menangis!”

Yesus tahu bagaimana seorang perempuan janda diperlakukan dalam masyarakat yang dikuasai oleh kaum lelaki. Pertama-tama, dia kehilangan suaminya dan sekarang dia sangat sedih atas kematian anak lelakinya. Dia kehilangan segala-galanya!

Tetapi Yesus telah melakukan sesuatu perkara diluar dugaan. Yesus memecahkan benteng budaya kuasa lelaki dengan mengangkat martabat perempuan. Yesus menghampiri dan menyentuh keranda itu, dan berkata, “hai anak muda, Aku menyuruh kamu bangun! Pemuda itu bangun lalu Yesus menyerahkan kepada ibunya. Yesus tidak hanya mengucapkan kata-kata penghiburan kepada janda itu dengan kata-kata “RIP” atau “tabahkanlah hatimu” dan terus berjalan tetapi belas kasihan-Nya telah mendorong Dia memberi hidup dari kematian.

416237_620

Budaya sibuk dan mengejar masa setiap hari membuat kita tidak dapat melihat dan membuat kita tidak ada masa untuk memperhatikan orang lain terutama mereka yang dalam kesedihan. Pada hari ini, Yesus mengajak kita untuk berhenti seketika waktu dan melihat apa yang berlaku disekeliling kita. Dia memanggil kita menjadi manusia yang prihatin, disentuh dan didorong dengan belas kasih dan bukan dengan intelek atau jadual-jadual aktiviti harian kita. Kita tidak ada kuasa ke atas kehidupan dan kematian tetapi kita masih boleh digerakkan atau didorong oleh belas kasihan dalam situasi yang menyedihkan dan sebagainya. Belas kasih dapat merasakan penderitaan seseorang disaat-saat kita diperlukan dan inilah kesempatan bagi kita untuk bersaksi menghadirkan keamanan dan harapan Allah kepada mereka.

Dalam menghadapi kehilangan seseorang yang kita kasihi atau apapun kesusahan kita mungkin terfikir, “jika Tuhan Yesus hanya ada disini, Dia akan memberi kehidupan baru .” Kita tidak berfikir seperti itu tetapi kita perlu percaya bahawa pada hari ini Yesus ada ditengah-tengah kita. Dia adalah “imanuel” dalam apapun keadaan yang kita hadapi. Itu adalah janji Tuhan! Dalam menghadapi masalah, Yesus berseru kepada kita dengan kasih dan belas kasih, bangunlah!

Marilah kita benarkan Yesus hidup menyatakan hati-Nya berbelas kasih supaya kita juga memiliki hati yang sama.

Soalan renungan.

  1. Apakah kesusahan dan kesengsaraan orang lain menggerakkan hati kita untuk berbelas kasih?
  2. Apakah yang terjadi jika kita tidak memiliki hati yang prihatin terhadap orang lain? Budaya prihatin, masih relevankah?