REKOLEKSI KOMITI KOMSOS ST. PATRICK, MEMBAKUT

FB_IMG_1468753320924

Seramai 12 orang ahli Komiti Komunikasi Sosial (KOMSOS) dari Paroki St.Patrick, Membakut telah menyertai rekoleksi pertama mereka pada 16.07.2016. Sesi yang berkonsepkan luar kelas (outdoor) telah diadakan di Sulap Tokou, Kimanis.

Rekoleksi yang dikendalikan oleh Saudara Dennis Patrick tersebut antara lain membincangkan peranan ahli KOMSOS dalam melaksanakan pelayanan mereka bukan hanya untuk paroki mereka tetapi juga secara universal. Para peserta juga dibawa bersama-sama memahami dan mendalami pesanan Paus Fransiskus bersempena dengan Hari Komunikasi Sosial Sedunia 2016.

Cintakasih itu sendiri adalah komunikasi yang membawa kepada keterbukaan dan perkongsian. Tidak akan ada cintakasih tanpa komunikasi.

SEMINAR KEBANGUNAN ROHANI KATOLIK, ST. PATRICK MEMBAKUT

DSC_8534nowm

Membakut – Kelompok Inti Pembaharuan Karismatik Katolik (KIPKK) St.Patrick Membakut dan Sub Pedalaman Bawah Keuskupan Keningau telah menganjurkan seminar Kebangunan Rohani Katolik (KRK) pada 24 hingga 26 Jun 2016 yang lalu. Seminar ini telah diadakan gereja St. Patrick Membakut.

DSC_8677nowm

Seminar tiga hari ini telah menarik seramai 220 orang peserta dari paroki St.Patrick Membakut serta paroki-paroki berdekatan seperti paroki St.Valentine Beaufort, St. Yohanes Sipitang dan paroki st. Peter Bundu, Kuala Penyu. Program ini bertujuan untuk membangunkan kembali dan mengukuhkan iman setiap peserta yang hadir.

Seminar ini telah dimulakan dengan misa kudus yang dipimpin oleh Msgr Gilbertus Engan dan seterusnya diikuti dengan sesi pertama bertajuk “Yesus satu-satunya penyelamat” yang disampaikan oleh Msgr Gilbertus sendiri dan aktiviti seminar pada hari pertama diakhiri dengan adorasi sakramen Mahakudus yang dipimpin oleh saudari Beatrise Namesius dan Saudara Jackson Juin.

IMG_8419

IMG_8429

Pada hari kedua, para peserta dibawa menyelami tujuan hidup kristiani melalui sesi  “Iman tanpa perbuatan adalah mati” yang disampaikan oleh saudara Jackson Juin. Didalam sesi ini, semua peserta diajak untuk hidup dalam iman yang teguh, dan memaparkan iman terhadap Kristus melalui perbuatan yang nyata kerana walaupun semua orang Katolik mempunyai iman, tetapi tahap keimanan seseorang itulah yang membezakan setiap individu dan sekiranya iman tidak dinyatakan melalui perbuatan, ia adalah sia-sia. Pada sesi ketiga pula, saudari Hilda George telah menyampaikan sesi bertajuk “Tujuan akhir hidup kita”. Melalui sesi ini, peserta diajak untuk merenung tujuan hidup seorang Katolik bukanlah untuk mengejar harta duniawi tetapi untuk memuliakan Allah. Ini kerana, harta duniawi dapat membuatkan seseorang lupa diri dan tidak dapat merendahkan diri secara ikhlas.

IMG_8415

Didalam sesi keempat yang disampaikan oleh saudari Beatrise Namesius yang bertajuk “ Manusia yang terluka” pula, peserta diingatkan bahawa manusia diciptakan menurut gambar Allah, dan kesemua penderitaan yang membuatkan manusia terluka bukanlah kerana Allah melukai tetapi kerana kelemahan manusia itu sendiri.  Sesi diteruskan dengan acara memikul salib dimana peserta berpeluang merasai dan menghayati penderitaan Kristus ketika memikul salib ke bukit Golgota. Didalam sesi ini, peserta diberi peluang memikul salib yang disediakan sebagai simbolik penderitaan Kristus. Hari kedua program diakhiri dengan sesi pembasuhan kaki dimana peserta diajak untuk mengampuni orang-orang yang telah menyakiti hati mereka dan merendahkan diri dengan membasuh kaki rakan peserta yang lain sebagai simbol pengampunan.

IMG_8416

Pada hari terakhir program pula, selepas upacara memasuki Pintu Suci Belas kasihan dan Misa Kudus hari minggu yang dimpin oleh Fr.Paul Mikin, sesi “Hidup dipenuhi kuasa Roh Kudus” yang disampaikan oleh Saudara Gilbert Ondoi mengajak peserta untuk meninggalkan jalan hidup yang lama, meminta kepada Allah Bapa, Roh Kudus yang akan menjadi penolong hidup selama-lamanya. Sesi itu kemudiannya teruskan dengan sesi pencurahan Roh Kudus yang dipimpin oleh Tim KIPKK gabungan dan kemudiannya diakhiri dengan sesi perkonsian daripada peserta.

Kebanyakan peserta yang tampil untuk memberi kesaksian menyatakan bahawa, keseluruhan sesi didalam seminar ini telah membuka minda mereka untuk sentiasa menguatkan iman kerana hanya dengan iman sahaja, seseorang dapat merasai sukacita penyelamatan. Mereka juga menyatakan bahawa dengan merenung penderitaan Kristus, iman mereka serta merta dikuatkan dan bersedia berhadapan dengan cabaran baru di dunia luar.

Didalam ucapan penutupnya, saudari Senly Charistina Sintoh mengambil peluang tersebut untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta dan semua individu serta komiti yang terlibat menjayakan seminar tersebut. Beliau juga berharap agar seminar seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang supaya iman semua umat khususnya di paroki St.Patrick Membakut dapat sentiasa disegarkan. Ucapan beliau diakhiri dengan ungkapan “Bersatu Kita Berdoa, Bercerai Kita Bersaksi.”

PELAYAN BERSIFAT HAMBA DAN BELAS KASIHAN

IMG_20160625_124339

St Anthony Tenom – Bertemakan “Pelayan Bersifat Hamba dan Belas Kasihan”. Komiti Liturgi Paroki St Anthony telah mengadakan Seminar & Rekoleksi pelayan gereja pada 24 dan 25 Jun 2016 dan telah menarik minat seramai 516 orang pelayan gereja untuk menghadirinya dan mereka terdiri daripada pelayan gereja di Paroki, KUK dan KKD serta Komiti.   Seminar ini bukan tertumpuh kepada lektor sahaja tetapi merangkumi semua bentuk pelayanan yang terdapat di dalam gereja menurut pengerusi liturgi paroki Saudara Primus Koh.

IMG_20160625_093226

Seminar dan rekoleksi ini dimulakan dengan misa kudus yang diupacarakan oleh Rektor Paroki Fr. David Mamat diikuti dengan makanan malam seterusnya sessi pertama yang dikendalikan oleh Fr. David sendiri.  Hari kedua seminar dimulakan dengan doa oleh pengerusi belia Cik Audrey Tay diikut dengan puji-pujian oleh belia pusat sebelum diteruskan dengan sessi yang kedua yang dikendalikan oleh penceramah jemputan dari TPK Saudara John Liansin.  Dalam seminar ini peserta bukan saja mendengar ceramah yang disampaikan tetapi diselitkan dengan bengkel yang melibatkan semua peserta seminar.

IMG-20160608-WA0000

Diakhir seminar diadakan sessi soal-jawab dengan penceramah yang banyak memberi ‘input’ kepada peserta disusuli dengan sessi bergambar bersama.  Pengerusi penganjur juga telah memberi sumbangan kasih kepada saudara John Liansin sebagai tanda terima kasih.

IMG_20160625_093101

Semasa ucapan penutup oleh pengerusi liturgi merangkap pengerusi penganjur, mengucapkan terima kasih kepada Fr. David, Saudara John Liansin dan Kerasulan Wanita Katolik paroki serta ahli jawatankuasa pelaksana atas kerjasama untuk merealisasikan kejayaan seminar ini.   Saudara Primus Koh juga berharap agar dalam seminar ini mendapat banyak ‘input’ kepada semua peserta dalam membentuk iman dalam pelayanan mereka untuk dikongsikan kepada umat di KUK, KKD dan Komiti.  Beliau juga berharap agar komiti liturgi disetiap KUK, KKD dan komiti dapat berkerjasama dengan komiti liturgi paroki untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan dalam penyampaian bacaan para lektor dan pemazmur.  Pengerusi juga mencadangkan agar kerap kali membuat evualasi akan perjalanan misa dan tugasan mereka untuk memperbaiki sebarang kelemahan dan yang terakhir beliau berharap agar semua ahli jawatankuasa dalam komiti liturgi dapat memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.   Seminar ini ditutup dengan doa yang dipimpin oleh Kategis Angline dari Komiti Kategis St Anthony Tenom.

IMG_20160625_083957

IMG_20160624_185258

REKOLEKSI SINGKAT KOMITI KATEKIS ST. ANTHONY, TENOM

IMG-20160609-WA0017

St Anthony Tenom – 8hb Jun 2016 Komiti Kategis Paroki St Anthony Tenom telah melaksanakan rekoleksi singkat dan ziarah sempena Tahun Berbelas Kasih ke Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal.  Seramai 18 orang daripada 21 orang Kategis Pelayan Sabda paroki St Anthony telah mengikuti rombongan ziarah ini yang diketuai oleh Pengerusi Kategis Pelayan Sabda Puan Norry Bansunin.  Program didahului dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Rev. Fr David Mamat selaku paderi paroki di Chapel St Lukas Tatal.  Di dalam homilinya Fr. David menjelaskan seruan Paus Francis melalui suratnya tentang tahun berbelas kasih iaitu salah satu adalah “Sama seperti Bapaku berbelas kasih demikian juga kita dipanggil perlu berbelas kasih dengan yang lain, dengan mengalami belas kasih Allah kita dapat pergi kepada setiap orang untuk membawa kebaikan dan kelembutan Allah”.  Dan dengan melintasi ambang pintu suci, kita akan menemukan kekuatan untuk merangkul belas kasih Allah yang mendedikasikan diri kita untuk menjadikan penuh belas kasihan dengan orang lain sebagaimana yang telah dilakukan Bapa terhadap kita.

IMG-20160610-WA0001

Selesai misa kudus, peserta rombongan ziarah rehat sebentar sambil disajikan dengan minum pagi yang disediakan oleh RRKK Tatal.  Tepat jam 11 pagi rombongan ziarah meneruskan program dengan upacara memasuki ambang pintu suci yang dipimpin oleh Fr. David dan seterusnya renungan peribadi sehingga jam 12 tenghari di Chapel Adorasi Tatal.   Sebelum bergerak pulang para peserta rombongan makan bersama dengan paderi paroki di dewan makan yang juga disediakan oleh RRKK Tatal.

SIKAP RENDAH HATI DAN MENGHARGAI SESAMA

Renungan Hari Minggu Biasa Ke 22 ( C )

Sir. 3:19-21,30-31                   Ibr. 12:18-19.22-24a               Luk.14:1.7-14

 

Orang-orang Farisi suka mendapat penghormatan dan mencari tempat duduk terhormat di rumah ibadat dan perayaan-perayaan.  Kerana itu Yesus menasihati:  “Apabila engkau diundang, pergilah duduk di tempat yang paling rendah.  Mungkin tuan rumah kan datang dan berkata kepadamu:  Sahabat, silakan duduk di depan.  Dengan demikian engkau akan menerima hormat di depan mata semua tamu yang lain.”

Yesus juga menasihati dalam hal mengadakan pesta jangan hanya menjemput mereka yang mempunyai kepentingan seperti mereka yang hanya di kalangan kenalan rapat atau mereka yang mempunyai taraf yang sama.  Maka Yesus berkata, “Apabila engkau mengadakan perjamuan, undanglah orang-orang miskin, orang-orang cacat, orang-orang lumpuh, dan orang-orang buta.  Engkau akan berbahagia kerana mereka tidak mempunyai apa-apa untuk membalasnya kepadamu.  Sebab engkau akan mendapat balasnya pada hari kebangkitan orang-orang benar.” 

Adalah menjadi kebiasaan dimana orang terhormat atau jemputan khas datang kemudian selepas jemputan-jemputan yang lain sudah menunggu beberapa ketika. Maka adalah tugas tuan rumah untuk memastikan tempat duduk khas itu tidak diambil oleh orang lain.  Kadangkala ada yang suka menonjolkan diri dan mahu diberi perhatian.  Mahu duduk bersama-sama di kalangan ‘vip’ di meja jamuan.  Adalah amat tidak menyenangkan bagi seseorang yang mengambil tempat duduk khas tersebut dan apabila jemputan khas datang maka terpaksa mencari tempat lain.  Untunglah jika masih ada tempat duduk, jika tidak maka terpaksalah berdiri di tepi-tepi. Apakah itu menyenangkan?

Sikap rendah hati, menghargai setiap orang bahkan menganggap orang lain lebih penting daripada kita sendiri adalah suatu kebijaksanaan.  Ramai yang bersetuju dengan pernyataan ini dimana apabila kita menghormati orang lain, maka orang lain pun akan bersikap yang sama terhadap kita.

Marilah menghargai orang lain tanpa memandang status, kedudukan dan darjat.  Setiap manusia harus dihargai kerana semuanya sama-sama ciptaan Tuhan. Memberi tanpa mengharapkan balasan, ganjaran dan sanjungan semata-mata.  Pemberian dengan keikhlasan adalah yang berkenan kepada Allah.

SOALAN RENUNGAN

  1. Ceritakan pengalaman anda mengenai sikap rendah hati?
  2. Bagi anda, bagaimanakah cara membantu orang lain tanpa mengharapkan balasan atau sanjungan?