PEMBERKATAN GUA MARIA DAN JALAN SALIB – GEREJA MARIA RATU PERDAMAIAN, BERIAWA TENGAH

GM1

Keningau – Uskup Keningau Datuk Cornelius Piong memberkati Jalan Salib dan Gua Maria, Beriawa Tengah pada Khamis, 23/02. Pemberkatan diawali dengan Perayaan Ekaristi yang dihadiri sekitar 150 umat beriman.

GM2

Dalam homili, Bapa Uskup memaparkan peranan Bonda Maria yang juga Bonda Kerahiman yang penuh belaskasih, pengampunan, perhatian dan cinta. “Bonda Maria juga sebagai perantara kita. Tidak diminta pun, Maria mahu menyampaikan keperluan manusia kepada Allah,” katanya.

GM3

Lanjutnya, beliau menasihati semua umat yang ada di KUK Beriawa untuk lebih komited di dalam pelayanan dan kehadiran Bonda Maria, semoga umat semakin menjadi garam dan terang bagi lingkungan, masyarakat dan di dalam keluarga sendiri. Selain itu, umat haruslah menjadikan kehadiran sarana-sarana seperti Gua Maria dan Jalan Salib untuk meningkatkan dan mengembangkan imannya. Tegasnya, umat hendaknya memiliki devosi dan setiap waktu mengadakan Ibadat Jalan Salib, bersama keluarga, bersama KKD dan bukan hanya hadir ketika musim Prapaskah.

GM4

GM5

Pada kesempatan itu, Bapa Uskup mengucapkan terima kasih atas kehadiran umat dan juga para penderma yang bermurah hati mendermakan patung Bonda Maria, Gua Maria dan Salib-salib yang akan digunakan di setiap perhentian.

GM6

GM7

Seusai Perayaan Ekaristi, Bapa Uskup mewakili umat beriman memberikan tanda kenang-kenangan kepada para penderma yang hadir di dalam perayaan tersebut. Dan kemeriahan dilanjutkan dengan makan malam bersama sebagai tanda syukur dan terima kasih.

GM8

ENAM ANGGOTA FSIC MERAYAKAN JUBLI PERAK

jubli

KOTA KINABALU – “Menyaksikan enam orang Sister Fransiskan memperbaharui kaul yang dilafazkan 25 tahun lalu, benar-benar menyentuh hati saya. Saya percaya, selama 25 tahun ini, para jubilarian ini telah menyentuh kehidupan ramai umat dan memperkenalkan Kristus kepada semua orang,” ujar Pn. Elizabeth Ann Paidis, salah seorang daripada 500 orang umat yang gembira meraikan enam orang jublirian FSIC.

Pada 4 Februari lalu, enam orang biarawati dari kongregasi Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) telah memperbaharui komitmen religius mereka sempena ulang tahun jubli perak mereka di Katedral Hati Kudus, Kota Kinabalu.

25 tahun lalu, Sister Christella Lim dari Beaufort, Suzana Guntabid dari Sandakan, Terecia Loukang dari Inanam, Lounah Pulis dari Limbanak, Carmen Cordova dari Sandakan, dan Joan Michael dari Kiulu melafazkan kaul pertama mereka pada 27 Februari, 1992.

Uskup Agung John Wong yang memimpin Misa Kudus dibantu oleh dua orang Uskup dari Keningau dan Sandakan serta Uskup Agung Emeritus John Lee. Turut hadir ialah Msgr Primus Jouil, Fr John Chong dari Kuching dan beberapa orang Paderi dari Keuskupan Agung KK dan Keningau.

Para jublirian tersebut memasuki Kongregasi FSIC pada tahun 1989, melafazkan kaul pertama mereka pada tahun 1992 dan mengucapkan kaul akhir pada 1997.

Selepas homili, para jubilarian memperbaharui kaul mereka seraya bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan di atas rahmat-Nya.

Dalam ucapannya selepas Misa, Uskup Agung John Wong mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada para jubilarian di atas pelayanan, komitmen dan kehidupan rohani mereka yang dicurahkan di pelbagai Gereja tempatan, sepanjang 25 tahun ini.

Prelatus itu juga menyuntik semangat para jubilarian itu agar meneruskan pelayanan mereka untuk memperkenalkan Kristus kepada semua orang di samping menjaga kesihatan mereka dengan baik.

Superior General FSIC, Sr Grace Deosing dalam ucapannya turut mengucapkan tahniah kepada para jubilarian dan berterima kasih kepada semua umat yang mendoakan serta membantu para jubilarian ini untuk bertumbuh dalam panggilan mereka.

Majlis meraikan enam orang jubilarian FSIC ini diteruskan di Pusat Paroki dengan acara makan bersama dan persembahan pentas. (sumber: Herald Malaysia Online).

KHEMAH BELIA PAROKI (KBP) SOOK KE-5

KBP5 8

Sook – “Pergilah dan beritakanlah: Kerajaan Syurga sudah dekat” (Mat 10:7) adalah tema untuk Khemah Belia Paroki (KBP) Sook yang kali kelima telah diadakan di tahun 2016. Bertempat di Gereja Roh Kudus Sook, seramai 1017 belia telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kegiatan yang telah disediakan untuk mereka. Khemah Belia Paroki (KBP) Sook Ke-5, telah berlangsung dari 1-3 Disember tahun 2016. Kegiatan selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan didampingi oleh Rev. Fr. Claudius Andrew selaku Paderi Paroki dan Rev. Fr. Hilanus Simon sebagai Pembantu Paderi Paroki.

KBP5 7

KBP5 9

Khemah Belia Paroki (KBP) Sook tahun ini, untuk julung kalinya mencatat jumlah peserta yang besar. Objektif diadakan Khemah Belia Paroki (KBP) Sook ini adalah bertujuan: Pertama, untuk menyedarkan para belia akan kehadiran Kerajaan Allah adalah anugerah nyata dalam peribadi mereka. Kedua, untuk mempersiapkan dan memperkasakan jati diri para belia untuk menjadi ejen perubahan dalam mewartakan Injil (pelayanan sebagai Karolers) dan yang terakhir, agar dapat mempereratkan persahabatan di antara para belia sebagai kesatuan Umat Allah.

KBP5 6

KBP5 3

Selama tiga hari berlangsung Khemah Belia Paroki (KBP) Sook ini, terdapat beberapa pengisian aktiviti dan diantaranya seperti persembahan lagu-lagu Adven, persembahan tari-tarian dari setiap ZON di dalam acara Welcoming Night, nyanyian dan lakonan serta pengisian ceramah kaitannya dengan pelayanan sebagai seorang belia. Beberapa permainan turut diselitkan yang bertujuan untuk membentuk jati diri para peserta.

KBP5 2

KBP5 1

Kemuncak dari Khemah Belia Paroki (KBP) Sook Ke-5 ini adalah pengutusan anggota Karolers yang dipimpin sendiri oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong selaku Uskup di Keuskupan Keningau. Sebelum Khemah Belia Paroki (KBP) Sook Ke-5 ditutup secara rasmi, Bapa Uskup mengumumkan tuan rumah Khemah Belia Paroki Sook Ke-6 adalah St. Bede, Nabawan.

MAKAN AMAL SEMPENA HARI VALENTINE

KSFX – Bersempena sambutan Hari Valentine, Komiti Makan Amal Valentine Katedral St Francis Xavier (KSFX), dengan kerjasama MPP KSFX telah menganjurkan Majlis Makan Amal – “Cinta Kasih Asas Keluarga” pada 17 Februari yang lalu.

v1

Majlis Makan Amal Valentine diadakan di Dataran Terbuka Keuskupan Keningau itu bertujuan bukan sahaja untuk menyambut Hari Valentine 2017 sambil memberi sumbangan kasih dalam persiapan menyambut Jubli Perak Keuskupan Keningau pada tahun 2018 tetapi juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi semangat cinta kasih, kepeduliaan, kerjasama dan sikap toleransi kita terhadap satu sama lain.

v2

Pengerusi Penganjur, John Lainsin berkata, Majlis Makan Amal sempena Hari Valentine genap 15 tahun. Aktiviti serupa ini sudah dimulai sejak tahun 2002. Beliau berharap agar aktiviti semacam ini akan diteruskan oleh generasi yang baru supaya budaya cinta kasih diteruskan melalui aktiviti semacam ini. Dalam kesempatan tersebut, beliau juga berterima kasih kepada “team” yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis Makan Amal tersebut kerana tugas ini bukanlah tugas yang mudah untuk dilaksanakan.

v3

Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dalam ucapannya berterima kasih kepada semua umat yang hadir dan menjayakan Majlis Makan Amal sempena Hari Valentine tersebut. Kehadiran pada malam tersebut mengungkapkan bahawa cinta kasih amat sangat penting bagi manusia dan tambahnya, cinta kasih yang sejati dan yang datang dari Tuhan perlu diperhatikan dan dibagikan kepada sesama manusia. Beliau berharap dalam majlis tersebut, semua yang hadir dapat membahagikan cinta kasih ini dan mengeratkan lagi kasih persaudaraan di dalam keluarga dan sesama.

v4

v5

v6

v37

v38

v39

v36

v27

v25

PEMBAHARUAN PERSEMBAHAN DIRI DARI PARA PELAKU HIDUP BAKTI

bakti 2

Nulu Sosopon – Sebagai salah satu kegiatan mengisi Perayaan Hidup Bakti 2017, para biarawan-biarawati dan anggota Komuniti Sekular (FSIC, Putri Karmel, IJ, FSC, CSE dan ISKB) merayakan Perayaan Ekaristi bersama di Gereja Keluarga Kudus, Nulu Sosopon, Keningau. Perayaan bersama ini turut disaksikan  sejumlah umat beriman yang hadir dalam Perayaan Ekaristi tersebut.

grotto 1

Perayaan Ekaristi diawali dengan pemberkatan Patung Bonda Maria dari Lourdes, oleh Yang Mulia Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan didampingi lapan Paderi (Fr. Joseph Gapitang, Fr. Benedict Runsab, Fr. Rudolf Joanes, Fr. Claudius Andrew, Fr. Ronnie Luni, Fr. Gilbert Lasius, Fr. Giovanni CSE dan Fr. Harry Dorisoh) yang turut serta di dalam Pemberkatan dan Perayaan Hidup Bakti. Bapa Uskup dalam renungan singkatnya, mengajak umat beriman berdoa bersama dengan Sang Perawan bagi mereka yang sedang sakit, agar dapat menanggung penderitaan dan diberikan kesembuhan.

Dalam homilinya, Bapa Uskup mengajak mereka yang membaktikan diri kepada Tuhan, baik biarawan/biarawati mahupun awam agar: Pertama, sebagai hari yang dikhususkan untuk mengucap syukur dan terima kasih kepada Tuhan atas aneka hidup yang dibaktikan secara khusus kepada Tuhan yang sekaligus memperkaya Gereja dengan berbagai karya misi dan karisma. Kedua, mengajak Gereja untuk lebih memahami dan menaruh hormat terhadap aneka bentuk hidup bakti, yang dengan karisma dan tradisi masing-masing menjaga kehidupan Gereja. Ketiga, sebagai hari undangan bagi Gereja dan kaum hidup bakti untuk merayakan anugerah ini  dengan penuh sukacita dan kegembiraan.

Setelah Bapa Uskup mengakhiri homilinya, para pelaku hidup bakti dari setiap Kongregasi dan Institut Sekular mengulangi pembaharuan persembahan diri atau janji setia di hadapan Tuhan secara bersama-sama.

bakti 1

Fr. Giovanni CSE mewakili para pelaku hidup bakti, dalam ucapannya mengajak dan menghimbau kembali apa yang menjadi pesan Paus Fransiskus kepada para pelaku hidup bakti. Beliau mengutip kembali kata-kata Paus Fransiskus yang mana: Pertama, para pelaku hidup bakti pertama-tama mesti menyatukan diri dengan Yesus Kristus. Dengan bersatu dengan dengan Kristus, para pelaku hidup bakti akan dapat menghayati karisma-karisma yang telah diwariskan oleh para pengasas masing-masing. Kedua, dalam perjalanan sebagai para pelaku hidup bakti, memang tidak mudah, banyak cabaran dan tentangan yang mesti dilalui, justeru persatuan dengan Kristus adalah wadah untuk tetap bertahan dan setia di dalam panggilan khusus ini. Ketiga, para pelaku hidup bakti harus sedar dan tahu diri, mengenal peranan masing-masing dan tidak perlu iri terhadap karisma kongregasi lainnya. Kita semua memiliki peranan yang khas, yang akhirnya akan membentuk menjadi tubuh Kristus dan Kristus menjadi kepala-Nya.

Bapa Uskup mengambil kesempatan berterima kasih kepada umat beriman yang hadir dalam Perayaan Ekaristi tersebut. Beliau juga berterima kasih kepada Kongregasi-Kongregasi yang berkarya di Keuskupan Keningau. Lanjutnya, beliau berpesan agar para pelaku hidup bakti agar berpandu kepada Visi, Misi dan Matlamat Keuskupan. Karisma yang dimiliki mestilah digunakan untuk merealisasikan Visi, Misi dan Matlamat di Keuskupan Keningau.

B1

B2

Setelah Perayaan Ekaristi selesai, pihak Majlis Pastoral Paroki mengundang semua para pelaku hidup bakti untuk makan tengahari bersama sebagai ungkapan kesyukuran dan terima kasih. Para pelaku hidup bakti turut dihiburkan dengan persembahan tari-tarian dan lagu dari umat yang hadir.

B3

B4

B5

B6

B7

B8

B9